Last 2 weeks, setelah berbincang dengan lebih terperinci dengan pakar O&G, alhamdulillah aku tak jadi kena histerektomi (buang rahim). Jadinya doktor telah mencadangkan beberapa options iaitu suntikan (6 bulan sebelum pembedahan- sangat tidak dipersetujui oleh doktor), uterine artery embolization (UAE) dan pengambilan ubat. For sure la kan aku nak makan ubat je. Sebab kesan sampingan suntikan dan UAE/UFE tu membuatkan aku tak berapa yakin walaupun pengambilan ubat esmya ni adalah sangat² baru di Malaysia.
Setelah berbincang lanjut, aku memang setuju hendak mengambil ubat Ulipristal Acetate 5mg atau nama glamournya esmya. Walaupun ubat ni sangat mahal, aku pejam mata ajelah. Janji sihat. Pengambilan ubat ini memakan masa 18 bulan yang mana 3 bulan pertama dimakan secara terus, dan 1 bulan rehat dan diteruskan rutin yang sama sehingga mencapai 18 bulan.
- Tak perlu bawa spare baju, seluar 3 segi kecik dan pads banyak² kalau nak ke mana²
- Biasanya aku akan borong pads malam (nipis ke siang ke tak pakai sebab heavy flow all the time) banyak² untuk macam nak pakai setahun
- Bila dah heavy flow all the time, makanya, tiap kali nak solat, kena tukar pad, tukar seluar 3 segi kecik tu. Kena bersihla semua. Secara x langsung ada istilah darah istihadah. Of course, aku memang ada buku catatan kalendar untuk periods.
- Kalau dah duduk lama, rasa macam malasnya nak bangun. Kalau dah berdiri, rasa macam segannya nak duduk.
- Kat opis ke...kat rumah ke, aku memang lapik kerusi aku dengan alas plastik. Biasanya aku pakai baby changing mat tu....cilok je anak aku punya (depa dah besar pun, takkan nak pakai kut)
- Rasa tak best nak duduk di mana² (kecuali di opis dan rumah sebab ada baby changing mat tu) sebab takut stained.
- Anemia, hb low, mual, mabuk tu antara symptoms aku la... Kadang² kaki water retention, kalau minum air kosong, mesti rasa nak terkucil (macam orang pregnan pulak kan). Naik tangga pun mengah-mengah. Memang symptom mak² mengandungla (perut pun dah 20 minggu... besar kan..)
- Disebabkan no 7 tu, aku makan banyak... hahahaha...pastu salahkan diri sendiri sebab gemuk.
- Dan kena makan supplements/ubat macam iberet (aku benci betul sebab aku akan jadi loya dan mabuk- bau tu), mefenamic acid dan tranexamic acid. Sebenarnya ubat berkaitan darah ( yang tambah darah ke ...iron la senang) bau dia..adoiiiiila...
- Jenis aku, kadang² je kena senggugut yang amat sakit. Biasanya aku tahan ajelah dan telan ubat. Kalau teruk sangat, biasanya doktor akan cucuk kat punggung dan dapat MC 2 hari. Lepas kene cucuk, memang automatik mengantuk dan zzzZZZzzzzzz.
- Yang ni memang perlu persefahaman yang sangat² kukuh, iaitu kalau ko dah heavy bleeding all the time, macam mana la nak bersama kan dengan en suami ( orang dah kahwin je yea). Harap doktor or si isteri memberikan penjelasan yang sangat² jelas kepada kaum adam ni. Bukan salah si isteri mengalami masalah ni (dia pun takmo sebab serius memang x best kalo bleeding all the time...jenis tiap 2 jam kena tukar pad...dapat² aku dah nak masuk 8 tahun bleeding all the time ni (bapak lama kan))
Eh..eh..lamanya bleeding all the time....? Homopati dah try, herba² aku dah telan, ubat dari hospital of courselah kan... jumpa perawat Islam pun sudah. Tapi apakan daya, dosa banyak sangat. Sobs sobs....Sangka baik yea pada Allah. Allah masih belum berhendak untuk aku pulih lagi. Jadinya, keep patience and making doa'a. He is listening........Semoga aku cepat sembuh, aaammmiiinnn.