Menyelusuri Sejarah Peradaban Batam ~ Muzium Batam Raja Ali Haji

By kin - July 19, 2022

 Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.




Pengenalan 
 
#batamtourismpromotionboard #kintravelous #batamtourism #wisata #muziumbatam #muziumbatamrajaalihaji #rajaalihaji #bjhabibie #riau #sejarahastaka #otoriabatam #famtrip #wonderfulindonesia #indonesia #batam

 

Jika ke Batam, salah satu tempat yang perlu anda kunjungi ialah di Muzium Batam Raja Ali Haji yang terletak di Dataran Engku Putri, Batam. Muzium ini menyediakan informasi yang lengkap tentang sejarah peradaban Batam yang perlu anda ketahui bermula dari era Kerajaan Riau- Lingga, Belanda, Jepun, Kemerdekaan Indonesia, Otorita Batam, Kepimpinan BJ Habibie, Kota Administratif, Sejarah Astaka, Khazanah Melayu dan terkini.

 

#batamtourismpromotionboard #kintravelous #batamtourism #wisata #muziumbatam #muziumbatamrajaalihaji #rajaalihaji #bjhabibie #riau #sejarahastaka #otoriabatam #famtrip #wonderfulindonesia #indonesia #batam



Muzium ini juga menyimpan sebanyak 72 koleksi barang yang mana informasinya boleh diakses dengan menggunakan aplikasi code Quick Response (QR) yang menyediakan dua (2) bahasa iaitu Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris selaras dengan peredaran zaman teknologi digital.

 

#batamtourismpromotionboard #kintravelous #batamtourism #wisata #muziumbatam #muziumbatamrajaalihaji #rajaalihaji #bjhabibie #riau #sejarahastaka #otoriabatam #famtrip #wonderfulindonesia #indonesia #batam





Di antara informasi yang menarik perhatian adalah:



Kepimpinan BJ Habibie

 

#batamtourismpromotionboard #kintravelous #batamtourism #wisata #muziumbatam #muziumbatamrajaalihaji #rajaalihaji #bjhabibie #riau #sejarahastaka #otoriabatam #famtrip #wonderfulindonesia #indonesia #batam




Selama 20 tahun bermula dari 1978 sehingga 1998, Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie telah memimpin Batam di dalam era Otorita Batam sehingga Batam melonjak kegemilangan dengan rancak dan berkembang pesat. Di bawah kepimpinan BJ Habibie, Batam telah dikenali sebagai salah satu tempat yang mempunyai kepentingan tinggi dari aspek perdagangan, industri berteknologi tinggi, pusat pemindahan kapal dan juga tempat perlancongan.


Di antara yang menjadi bualan di Batam ketika di bawah kepempinan beliau ialah dengan terbinanya Jambatan Barelang yang mampu mengubah kehidupan penduduk setempat pada umumnya. Jambatan ini telah dibina pada tahun 1998 yang dapat menghubungkan di antara Pulau Batam, Pulau Nipah, Rempang Stokok, Galang dan Galang Baru.

 

Penjajahan Belanda dan Jepun

 

#batamtourismpromotionboard #kintravelous #batamtourism #wisata #muziumbatam #muziumbatamrajaalihaji #rajaalihaji #bjhabibie #riau #sejarahastaka #otoriabatam #famtrip #wonderfulindonesia #indonesia #batam



Kesultanan Kerajaan Riau-Lingga merupakan pecahan daripada Kesultanan Johor yang dibentuk berdasarkan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dengan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah sebagai sultan yang pertama. Namun begitu, kesultanan ini telah dihapuskan oleh pemerintahan kolonial Belanda (Syarikat Hindia Belanda) pada tahun 1911.



Kesultanan Lingga-Riau memainkan peranan dalam perkembangan bahasa Melayu yang kini telah membentuk bahasa Indonesia kini. Pada zaman kesultanan ini, bahasa Melayu menjadi bahasa baku yang kaya dengan kesusasteraan serta memiliki ekabahasa sendiri sejajar dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Raja Ali Haji; seorang pujangga dan ahli sejarah yang berketurunan Melayu-Bugis ini merupakan tokoh yang memainkan peranan dan perkembangan bahasa Melayu.



Pada zaman penjajahan Jepun, Pulau Batam (termasuk Rempang-Galang) pernah dijadikan sebagai kubu pertahanan oleh tentera Jepun. Selain itu, Batam juga merupakan sumber bekalan tenaga buruh untuk dihantar ke Thailand oleh tentera Jepun.

 

Temenggung Abdul Jamal dan Khazanah Melayu

 

#batamtourismpromotionboard #kintravelous #batamtourism #wisata #muziumbatam #muziumbatamrajaalihaji #rajaalihaji #bjhabibie #riau #sejarahastaka #otoriabatam #famtrip #wonderfulindonesia #indonesia #batam


Pada zaman Kesultanan Johor, Temenggung Abdul Jamal dilahirkan pada tahun 1720 iaitu putera kepada Bendahara Tun Abbas. Temenggung Abdul Jamal merupakan bendahara Kerajaan Melayu Riau yang berkuasa di wilayah Bulang Lintang, Kecamatan Bulang, Batam dan juga di pulau-pulau sekitarnya. Pulau Bulang telah menjadi tapak pemerintahannya sejak tahun 1722 sehingga 1824. Temenggung Abdul Jamal meninggal dunia pada tahun 1802 dan dikebumikan di Pulau Bulang yang kini dikenali sebagai Makam Temenggung Abdul Jamal.

 

 #batamtourismpromotionboard #kintravelous #batamtourism #wisata #muziumbatam #muziumbatamrajaalihaji #rajaalihaji #bjhabibie #riau #sejarahastaka #otoriabatam #famtrip #wonderfulindonesia #indonesia #batam


#batamtourismpromotionboard #kintravelous #batamtourism #wisata #muziumbatam #muziumbatamrajaalihaji #rajaalihaji #bjhabibie #riau #sejarahastaka #otoriabatam #famtrip #wonderfulindonesia #indonesia #batam

Itu adalah antara fakta sejarah yang menarik yang perlu anda kunjungi jika ke Muzium Batam Raja Ali Haji. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut pembentukan wilayah Kepulauan Riau, Sejarah Astaka dan lain-lain, jangan lupa untuk datang ke Muzium Batam Raja Ali Haji.

 





  • Share:

You Might Also Like

0 comments