The Scam Hiking Trip ~ Gunung Buah Bunga

By kin - June 11, 2023

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.


Gunung Buah Bunga (GBB), Genting Highlands


Yeay!


 

Akhirnya hampir tiga (3) tahun, dapat juga tercapai impian nak daki GBB ni. Hiking kali ni kena gelar sebagai ‘The Scam Hiking Trip’ sebab aku bagitau depa yang hiking ni hanya separuh jalan sahaja, means you parked the car dah separuh jalan, then separuh lagi kita hiking.. Ala lagipun tak tinggi, baru 1430m je.. (jeeer).  Kui kui kui. Sesampai saja dah kene daki pacak. Hahahaha…Mujur gelap, tak nampak apa masa tu.


Sesi taklimat dan bacaan doa

Wefie sat selepas lepasi laluan pacak pertama



 


The rest, is a history. Hahaha.. Fhata kata trek jahat sangat, dah serupa macam trek Nuang, tinggal lagi GBB ni ada kabus dan berembun. Memang trek ni naik turun tapi mostly memang pacak ajelah.  So far, alhamdulillah kali ni aku rasa fit dan tak pewai (macam biasa aku pewai je...hahaha). Maklumlah, orang tak padu cengginilah. Hahahaha. Kita sosial climber je. Cuma masa nak turun, aku jadi barai sebab kuku kaki dah sakit gila. Masa ni lantaklah, gelongsor pun gelongsorla dengan selut-selut tu. Kotor takpe, boleh basuh nanti. Sebab masa naik dan turun tu adalah  hujan sedikit tapi trek memang lecak takleh bawa bincangla. Memang masa turun, aku yang paling last. Tapi masa naik ok, dan terasa laju skit (chewah).

 

Me, Fhata & Mira

Henlo buddy! Thanks sebab temankan kitaorang

Lepaking

Henlo Manja and friends

Daki jangan tak daki..

Terima kasih kepada Fhata (jangan serik naaa), Irra (finally..), Zedy (hahah skit punya bengang kena scammed) dan Mira (hi dik, nice to meet you) kerana joined this scam hiking. Hihihi…Sekali sekala kena scammed, hahaha. Tak lupa juga kepada organizer dan gogo daripada Kristal Hikers dan Qayyum Adventure. Special shoutout to Abam Napi, our sweeper tak berbayar; dengan ucapan “ You’re the best!!!”


Kawan baru

Geng Pisang! Hahaha

Happy Birthday Aida!!

Ehmm...

Crowded kat puncak

We!!!

Makan-makan



My personal opinion, trek paling jahat sepanjang pendakian ini ialah trek jalan tar masa nak balik (almost 2km lebih). Masa nak pergi tu masih ok sebab rasa excited, tapi bila nak balik tu, kaki dah jadi jelly dan tak kuat. Kalau nasib tak berapa baik, mau boleh terseliuh kat sini. Masa kat jalan tar ni, mulut dah bising-bising…

 

”Jauh lagi ke?”

 

 “Eh, betul ke kita lalu sini pagi tadi?”

 

“Eh, bukan sini takde pokok tumbang ke?”





Kenangan

Thanks to Abam Napi, mai jauh dari KB then terus naik Gunung Ledang plak..power betul!

The teams..

Bukan kaleng² atok ni tau! Padu bak hang!



Thanks guys! Naik dan turun bersama²


Thanks again. Kekonon ada orang tu nak healing tapi dapat sakit. Kui kui kui.





  • Share:

You Might Also Like

0 comments