Kisah Kembara di Utara Vietnam -The Journey To Viet's Beauty (part 2)

By kin - August 01, 2023

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.



Dingin dan berkabus di bumi Sa Pa

Sebenarnya kami sampai di Sa Pa pada jam 6.30 am tapi kitaorang tak dibenarkan keluar dari bas sehingga jam 7.00 am. Lagipun, semua dok bantai tidur sampai subuh aku pun terbabas la juga. Tepat jam 7.00 am je, apalagi semua keluar untuk ke destinasi masing-masing. Haa, masa ni ramai kaum etnik dari Hmong (aku teka ajelah sebab etnik ni paling terkenal di Sa Pa) mengerumuni kitaorang untuk menawarkan pakej trekking. Ok, masa ni aku masih blurred sebab sepanjang perjalanan menaiki bas menuju ke Sa Pa menempuh terlalu banyak selekoh dan mungkin kalau yang tak tahan akan muntah sepanjang perjalanan. Mujurlah, aku lena tidur (baca: kepenatan berjalan sekitar Hanoi kut). Cuma bila dah dekat nak sampai tu baru terbit rasa seriau di dalam hati. Fuhhh..Ngeri ingat-ingat balik bas ni driff sepanjang selekoh. 

Tapi mengenangkan kitaorang dah pun setelkan semuanya dari Malaysia, dan fix all our itinerary, aku terpaksa tolak la pelawaan mereka untuk ambil pakej trekking. Masa ni kitaorang masih mencari-cari jugalah kelibat teksi sapu (baca: Grab takde kat sini tau). So, dapatlah teksi dengan bayaran 100k dong untuk ke homestay kitaorang. Rasa macam oklah (mana nak cari lagi and takkan nak berjalan kaki pula kan) tapi mengenangkan seawal pagi mana nak dapat dan kitaorang pun tak tahu homestay kami ni jauh ke dekat. 

Seriuslah vibe kat Sa Pa ni masa aku keluar dari bas, wahhhh....Sejuk dan berkabus. Memang rasa nyaman sekali dan the feels tu macam best gile. (baca: korang kena datang sini tau...)


Homestay

North Vietnam


Teksi yang kitaorang naiki ni berhenti di tepi jalan (dekat-dekat selekoh jalan jugakla). Aku ingatkan dah sampai rupanya...Hahaha..Pemandu teksi tu cakap dia hanya boleh hantar sampai di sini sahaja. Selebihnya kena jalan kaki menuruni bukit ke bawah untuk sampai ke homestay. Hahaha....Nak tergelak je sebab ingat dah sampai tapi end up kena jalan juga. Mujur sangat-sangat weh sebab aku pakai backpack sebab plan asal memang nak bawa beg tarik (baca: aku sakit bahu (ada tear and masalah saraf) so takut tak larat nak bawa beg) Katakanlah aku bawa beg tarik, memang aku menangis la sambil tarik beg. Hahahahaha... Serius masa ni pemandangan kitaorang semuanya putih....Ku lihat hanya putih sahaja. 

North Vietnam


Sampai-sampai homestay je, aku terus letak beg dan greeting satu couple ni. Borak-borak basi biasalah aku kan. Then, aku bacalah apa yang ada kat dinding homestay tu dengan gambar-gambar yang ada tapi masa ni aku dah rasa pelik sebab nama homestay ni lain dari yang kitaorang booked tau. Masa ni si Wani baru nak masuk ke dalam dan aku dah ajak keluar. Sebab aku baru perasan yang kitaorang ni salah homestay daaa. Hahaha. Rupanya homestay kitaorang ke dalam lagi which is sebelah homestay yang kitaorang salah masuk ni. Hahaha. Lawak.

North Vietnam


Kira 'office' homestay ni kena turun tangga dan dari jauh aku dah nampak seekor anjing dah tunggu depan pintu. Alamak, ni yang buat aku nya jantung berdegup laju je. Tapi aku turun tangga juga dan berpura-pura la tak nampak itu anjing maa. Kitaorang minta kebenaran untuk letak beg, mandi dan makan kat situ. Kebetulan memang ada toilet, meja makan dan dapur. Tumpangla sekali untuk cas apa patut kat owner homestay ni. Baik ok.  Setel semuanya, kitaorang plan nak merayap sekitar bandar Sa Pa dengan menyewa motosikal dengan owner. Nak masuk bilik pun timing tak kena sebab check in dalam jam 2.00 pm. So, we're kill the time dengan merayap sekitar bandar Sa Pa dahulu.

North Vietnam



Cat Cat Village

Disebabkan masa masih panjang dan plan so far memang masih mengikut itinerary, kitaorang pun menuju ke Cat Cat Village. Sebelum tu, kitaorang sibuk nak mencari stesen pam minyak. Masa google maps, macam jauh gila sampai 40km. Masa tu aku dah fikir, takkan la orang kat sini nak isi minyak jauh sangat. Tapi kitaorang masih meneruskan perjalanan menuju ke pekan Sa Pa (baca: ikut juga google maps tu) tapi tak sampai a few minutes, naahh...Terus nampak stesen pam minyak. Kitaorang isi minyak dan terus menuju ke Cat Cat Village.

North Vietnam


Jalan kat sini agak skeri juga dengan muka bumi yang berbukit-bukau plus macam agak licin sebab macam lembab dan yang membuatkan make it worst bila kabus putih sangat sampai tak nampak apa yang ada kat depan (baca: pandangan mata terhad je).

Kitaorang terus parked motor dan terus menuju first kedai yang ada menyediakan perkhidmatan sewa baju tradisional. Sebenarnya ni optional tapi Wani kata dia nak try. Aku bukannya takmo try tapi paham-paham ajelah dengan saiz badan aku ni...Hahahahaha..Orang sana dah la kecil-kecil dan molek. Arghh kompem la tak saiz. Aku masa tu cuma belek-belek ajelah baju-baju kat situ. Yang ada berkenan pun ala, macamla muat kan. Huhuhu...

Tapi kan, datang seorang auntie ni sambil pegang tangan aku (baca: menarik tangan aku) sambil pegang satu (1) baju ni. Masa ni punya la aku dok geleng-geleng kepala sambil tunjuk badan aku besar ok. Huhuhu. Walaupun cakap macam ayam itik, auntie tu berjaya tarik aku masuk ke bilik untuk tukar baju. Aku masa ni pasrah weh..Kang koyak dah satu hal la pula aku nak kena gantinya weh. Aku tengok ala, baju tu macam kecil gila untuk badan aku ni.Ta[i kan, bila aku pakai, wallla...Muat weh dan sedap dipakai. Kira aku angkat tangan ke pusing-pusing ke, memang rasa selesa (baca : aku risau koyak je..hahaha) Ok, baru aku rasa yakin skit. Hahahaha...Bila keluar dari bilik dan tengok kat cermin, aku bagitau kat Wani...Kira ni first time akak pakai baju ngam-ngam badan. Kira lama tak pakai baju kecil-kecil ni...Huhuhu.

North Vietnam



Then, dengan bunyi manik-manik dah serupa macam bunyi loceng aku rasa pakaian aku ni (baca: aku malu juga tapi bila lagi nak pakai kan?..haha) Oh yea, masa aku pakai baju ni, auntie tu suh buka la tudung, aku cakap takleh la sebab ni tudung ni untuk muslimah. Hentam sajalah harap dia paham la. Hahaha. 

North Village

North Vietnam



Puas juga OOTD kat situ, dengan beraturnyalah. Hai la macam-macam peel manusia. Sepanjang perjalanan kat Cat Cat Village ni, mostly kitaorang dah jadi perhatian ramai (baca: perasannya la wehh) Maybe sebab berhijab la kan. Tapi aku kerap kali ditegur oleh orang lokal. Cakap Vietnamese, macamlah aku paham...Hahaha. Diaorang ingat aku ni orang Champa kut. Kalau tak Champa pun diaorang akan teka aku orang Thailand. Hahaha..Adoiila.

North Vietnam


Memula kan aku ingat nama Cat Cat Village ni, mesti banyak kucing kan? Hahaha...Seekor kucing pun aku tak nampak. Hahaha...Kalau menyelusuri perkampungan ni, kitaorang kena memang jalan menurun dan bertangga. So far so good, sebab kitaorang memang fit. Chewah... (baca: kalau nak travel mesti fit baru syok bercuti). Dan aku sempat la juga membeli tiga (3) gelang tangan silver dengan harga aku buat tawaran iaitu 150k Dong (kalau ikutkan, satu gelang tu diaorang jual 100k tau). Lawa betul hasil buatan tangan diaorang ni. (bila dah balik bilik, aku dok teringat kenapa aku beli tiga je? huhuhu)

North Vietnam

North Vietnam

North Vietnam



Salah satu view lawa kat sini ialah view air terjun. Memang healing habislah. Nak tengok teres sawah padi pula, kitaorang datang bukan masa musimnya. So, layan-layanlah berhealing di air terjun bertemankan bunyi deruannya. Walaupun Cat Cat Village ni hanyalah perkampungan buatan, tapi sekurang-kurangnya kitaorang bolehlah mendapat gambaran secara amnya kehidupan komuniti Black H'Mong (terutamanya) yang masih mengekalkan tradisi kepakaran pertanian dan mengekalkan identiti mereka melalui barangan budaya yang dihasilkan.

North Vietnam

North Vietnam



Dah habis round, kitaorang plan nak naik motor sapu ajelah time balik. Tak kuasa la eh nak mendaki berjalan kaki. Penat woo (baca: eh..eh..dah tak fit..tadi skit punya poyo..hahaha). 


Putih di mana-mana

North Vietnam


Kesempatan masa yang masih berbaki, kitaorang round-round sekitar pekan Sa Pa ni. Sempat la pi mengopi kat cafe depan tasik, alang-alang tu kitaorang lunch sekali dengan pek kembara. Dah la makan bekal, siap minta sudu garfu dan pinggan kosong sekali kat staf cafe tu. Hahahaha. Perut dah kenyang, round sekitar tasik dan bergambar, walaupun sebenarnya kitaorang hanya nampak putih di mana-mana.

North Vietnam



Then, kitaorang decided nak shopping sekitar pekan Sa Pa ni. Trip kali ni seriuslah kitaorang banyak membeli dan membelah (tapi tak belah-belah pun..hahaha). Sakan nooo...


North Vietnam

North Vietnam


Adalah satu peristiwa ni, kitaorang konon berhenti sekejap kat satu tempat ni. Konon-konon nak tengoklah baju kat satu kedai ni tapi kitaorang tak berapa minat. Masa on the way nak ke motor, aku dengan ralitnya sibuk mengambil video kawasan sekitar (konon ambil feels kat situ) Tak semena-mena datang satu motor ni betul-betul melintas depan aku. Fuh, punyalah terkejut badak aku dibuatnya. Seriuslah sipi-sipi mau kena langgar. Dan kebetulan pula, Wani ada ambil video kejadian tu. Mujur weh, sipi aje. Tapi pemanduan motor kat sini, paham-paham ajelah. Kitaorang pun siap ikut cara depa juga. Hahaha.. Dah la pekan ni one way, kitaorang memang selamba jadikan two way. Hahahah... Kata travel like local.  

Antara plan asal, kitaorang nak hiking kat Bukit Ham Rong. Tapi maklumlah kalau semuanya putih, nak nampak apa kan? Tu yang asyik-asyik nak shopping je.  Alasan kan? 

North Vietnam


Dah lewat petang, kitaorang decided nak balik dan terus check in. Nak round memalam tak berani la nak bawa motor dengan kabus tebal dan lampu jalan pun takde. Bilik kitaorang memang sangat selesa, ada pancuran air panas. Lepas bersihkan badan, apalagi kitaorang makan lagi. Makan malam la pulak. Sejuk-sejuk ni cepat lapar la pula. Hahahaa. Dah makan kenyang-kenyang, mata dah berat so nak tarik selimut dan tidurlah, apalagi. Hihihihi.

Sebenarnya, tak sabar nak tunggu hari esok. Malam tu memang kitaorang berdoa dan berharap sangat-sangat cuaca akan menyebelahi kitaorang semasa kitaorang ke Gunung Fansipan nanti.






xo,

  • Share:

You Might Also Like

0 comments