Tempat Makan Yang Viral Jika Berkunjung Ke Baling

By kin - January 29, 2024

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.




Hye hampa semua!

Kali ni aku nak share dengan hampa semua tempat-tempat makanan yang hampa kena cuba kalau maghi ke Baling tau!


M Idaman Cafe

M Idaman Cafe, Baling


Kalau hampa mencari-cari sarapan pagi di Baling, hampa boleh maghi ke M Idaman Cafe yang terletak di Kampung Dalam Wang. Lokasi kedai ni betul-betul di tepi jalan raya sahaja. Dibuka pada setiap hari seawal jam 7.00 pagi . Antara yang aku cuba di sini ialah nasi lemak dengan ayam goreng crispy. Serius sedap ayam goreng crispy di sini sebab memang rangup di luar tetapi lembut di dalam tau! Selain daripada tu, aku mencuba juga makan roti canai sempoi. Memang sempoi dapat-dapat makan roti canai sarang burung. Memang suuurrr la. Hampa memang kena try maghi makan kat sini tau. 

Lokasi :
Kampung Dalam Wang, Baling


Waktu Niaga :
Setiap hari
7.30am - 12.30pm


Untuk pertanyaan/tempahan : +6013.520.1286



Warong Mat Noi Roti Bakar

Warong Mat Noi Roti Bakar, Baling


Buat kaki-kaki bikers, tempat ni memang terkenal di kalangan mereka, jadi tidak hairanlah kalau hampa maghi ke sini, hampa akan melihat banyak pelekat-pelekat daripada mereka yang tertera di dinding-dinding di kedai ini. Berlokasi di sebelah Pejabat Tanah Daerah Baling dan dibuka pada setiap hari kecuali hari Khamis bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. 

Kalau hampa nak tahu, antara sarapan yang popular di sini ialah Set Kacang Pool dan Fried Egg (Sunny Set Up). Hampa mesti mencuba Set Kacang Pool ni kerana ianya tak sama kalau hampa pi Johor nun. Ini kerana, Set Kacang Pool ni memang dibuat khas untuk rakyat Baling, iaitu ada rasa sedikit pedas baru la ngam dengan citarasa rakyat Baling. 


Warong Mat Noi Roti Bakar, Baling


Selain daripada itu, hampa juga bolehla mencuba beberapa set roti bakar yang lain dan yang uniknya di sini, roti ini memang dibuat sendiri tau. Memang terasa sangat fresh bila hampa makan di sini. Selain daripada itu, kawasan ini dipenuhi dengan elemen untuk  hampa  ber'outfit of the day' (OOTD) di sini sejajar dengan konsep yang ingin diterapkan oleh pemilik kedai ini iaitu ke arah konsep breakfast garden.



Lokasi :
Bersebelahan Pejabat Tanah Daerah Baling, Pekan Baling


Waktu Niaga :
Setiap hari kecuali hari Khamis
7.30am - 12.30pm


Untuk pertanyaan/tempahan : +6013.483.3217


Media Sosial
https://www.tiktok.com/@anoi499
https://www.facebook.com/Route67WarungMatNoi



Mak Lang Nasi Kukus

Mak Lang Nasi Kukus, Baling


Kalau hampa maghi sini, hampa akan terus tertarik dengan konsep rumah kayu tradisional yang ada di kedai Mak lang Nasi Kukus ni. Memang tersergam indah lebih-lebih lagi kalau hampa maghi sini pada waktu malam. Lip lap lip lap dengan lampu dan dekorasi dalaman pula macam kediaman dulu-dulu. 

Mak Lang Nasi Kukus, Baling


Menu utama di sini yang menjadi kegemaran ramai semestinya Nasi Kukus Ayam Berempah yang dihidangkan bersama ayam goreng, ulam segar, keropok, kuah gulai dan sambal belacan. Kalau hampa nak tahu, kesedapan nasi kukus ini terletak pada kuah dan sambal belacannya serta keunikan ayam berempah ni digoreng dengan daun kari dan daun pandan.

Mak Lang Nasi Kukus, Baling




Selain daripada nasi kukus ayam berempah, hampa juga boleh mencuba masakan laksa, mee sup, nasi ayam madu atau bubur moi dan lain-lain. 

Lokasi :
K10, Jalan Baling

Waktu Niaga : 
Setiap hari 
8.00am - 11.00pm

Untuk pertanyaan/tempahan : +6013.968.1458

Media Sosial 
https://www.tiktok.com/@nasikukusayampenyet



The Warong Santai Santai

The Warong Santai Santai, Sungai Petani



Antara port makan yang menyediakan pelbagai jenis masakan bermula dari pagi hinggalah ke malam,  hampa boleh cuba ialah di The Warong Santai Santai. Kalau hampa nak tahu, kedai ini ada menyediakan masakan nasi berlauk untuk tengah hari, kuih muih serta roti canai untuk  petang, masakan bergoreng pada waktu malam. Selain daripada itu, kedai ini juga ada menyediakan masakan lauk pauk ketika bulan Ramadhan yang bermula pada jam 4.00 petang. 



Lokasi :
The Warong Santai Santai
No 1, Jalan Teja 1,
Taman Keladi, Sungai Petani

Waktu Niaga : 
Setiap hari 
10.00am - 10.00pm

Untuk pertanyaan/tempahan : +6019.739.5389



Famtrip ini dianjurkan oleh QTT Group Pit dengan kerjasama Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan pasukan sokongan KembaRojak. Terima kasih kepada semua penaja, Majlis Wilayah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Baling (APM Baling), Malim Gunung dan pasukan Gua Sireh.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments