Argentina Juara Dunia Bola Sepak!

By kin - December 19, 2022

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.  

 

FIFA World Cup, Argentina, WC2022

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan negara Argentina yang telah memenangi kejuaaraan bola sepak Piala Dunia pada Ahad lepas (18 Dec 2022). Aku ni bukan peminat bola sangat tapi as casual supporter jer. Memang kali ni permainan best juga la even first half tu, Perancis macam tak wujud je. Mencari-cari aku juga pemain Kylian Mbappe tu tapi takde kelibat langsung dalam first half. Mujur permainan ini  disajikan dengan  kejutan demi kejutan dan waktu perlawanan takdelah lewat sangat. Kira ngam juga la bermula jam 11 malam waktu Malaysia ni. 

FIFA, Lionel Messi, #10, Argentina


Kali ni aku nak kupas pemain Argentina yang memang terkenal iaitu Lionel Messi. Siapa yang tak kenal bukan? Antara pemain terhebat dalam sejarah peradaban bola sepak. Semua title yang berkemungkinan dia boleh menang, dah pun dia menang. Tinggal World Cup saja yang tak ada dalam senarai kemenangan beliau. Tambahan pula ini mungkin adalah World Cup terakhir beliau. Namun begitu, menurut jurulatih pasukan Argentina; Lionel Scaloni terpulang kepada Messi sekiranya ingin menyarung sekali lagi jersi pasukan negara untuk berentap World Cup 2026 di USA,Canada dan Mexico nanti.

 

Siapakah Lionel Messi? 

 

Lionel Messi, Argentina, Number 10

 


Dilahirkan pada 24 June 1987di Argentina  dan merupakan  pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain di posisi penyerang untuk kelab Paris Saint-German FC (PSG) di Perancis  dan ketua pasukan bola sepak kebangsaan bagi negara Argentina.

"Messi merupakan satu-satunya pemain bola sepak yang memenangi lima anugerah FIFA Ballon d'Or, di mana empat daripadanya dimenangi berturut-turut, dan pemain pertama yang memenangi anugerah bola emas Eropah. Bersama kelab FC Barcelona, beliau memenangi empat kejuaraan La Liga, empat kejuaraan UEFA Champions League dan empat kejuaraan Copa del Rey, serta beberapa buah trofi yang lain. Peranannya sebagai penjaring gol prolifik dan perancang yang kreatif membolehkan Messi memegang rekod penjaring gol terbanyak dalam La Liga (349 gol), penjaring gol terbanyak La Liga dalam satu musim (50 gol) dan penjaring gol terbanyak dalam kejuaraan di peringkat benua (73 gol) serta rekod pengumpan (assist) paling banyak dalam La Liga (137) dan dalam Copa América (11). Setakat ini beliau telah menjaring lebih 500 gol di peringkat senior sepanjang kariernya bersama kelab dan negara."

 sumber: wikipedia

 

Lionel Messi, Argentina


Messi merupakan pemain yang tiba-tiba dikenali ramai  pada pertengahan tahun 2000-an. Ini kerana beliau telah  membuka mata ramai peminat bola sepak  apabila beliau menjaringkan gol vs Getafe pada tahun 2007 yang mana gol tersebut sangat mirip dengan gol yang pernah dijaringkan oleh lagenda bola sepak Argentina iaitu  Maradona. 
 
Diego Maradona holding the FIFA World Cup trophy after winning the final to West Germany.

 
Kelincahan Messi seperti Maradona  dan berjaya menjaringkan gol mirip Maradona merupakan satu keajaiban buat pemain ini. Berlari secara solo dari tengah kanan padang  dan berlari menewasan beberapa pemain sebelum sampai ke kawasan petak penalti dan berjaya menjaringkan gol dengan memperdaya penjaga gol, pada semi final Copa Del Rey pada 2007. (boleh rujuk penangan gol Messi vs Getafe 2007).
 
 

 
Kalau korang nak tahu, kat Argentina ni, rakyatnya memang gila dengan dengan bola sepak. Bukan sakit gila tu, tapi lebih kepada obsesi dan fanatik bola. Sehingga Maradona pun mereka anggap sebagai tuhan kepada sebahagian daripada peminat bola sepak kat sana. Namun pada tahun 2020, Maradona telah meninggal dunia dan tidak berkesampaian hajatnya untuk melihat Argentina menjulang piala dunia lagi apatah lagi beliau yang merupakan kapten Argentina pada ketika itu yang menjulang piala dunia pada tahun 1986. 

Who’s the best player in football history?


Apa-apa pun, bagi peminat generasi bola sepak yang berada dalam zaman kegemilangan Messi, tentu akan mengenangkan antara Messi dan Christiano Ronaldo (CR7) yang menjadi seteru dan menjadi perdebatan siapakah GOAT pada kebanyakan peminat bola sepak seluruh dunia.
 
Last but not least, puas hati tengok final World Cup 2022. Tahniah Qatar selaku tuan rumah yang berjaya menjayakan temasya sukan bola sepak kali ini. See you again di USA, Canada dan Mexico!!!




 sempena Final Word Cup 2022

 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments