Hatyai ~ tempat murah untuk makan, shopping dan healing

By kin - March 09, 2023

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.


Hatyai, Thailand bukanlah satu tempat yang tak asing bagi kalangan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi tempat ni memang viral kalau bab-bab makan dan membeli - belah. Lebih-lebih lagi sekarang bila sempadan antara Malaysia dan Thailand telah dibuka secara sepenuhnya maka berbondong-bondonglah rakyat Malaysia menziarahi atau istilah BBNU ~ kita balik kampung! Hihihi...

Hatyai, Food Hunting

Hatyai, Food Hunting


Day 1

Perjalanan bermula di KL Sentral dengan menaiki bas ke Hatyai seramai 40  penumpang dari pelbagai latar belakang pada jam 10 malam. Lupa pula nak buat soft ice breaking tapi rasanya semuanya ok-ok sahaja. Rezeki kali ni kami mendapat pemandu bas yang sangat bertoleransi dengan perangai masing-masing (maklumlah bila dah masuk kedai, kena rasuk sampai lupa nak cari jalan keluar..hahahah), betul-betul sabar dan paling penting sangat bersopan santun membawa bas. Kitaorang rasa sangat selesa dan rasa selamat sangat-sangat. Alhamdulillah.


Day 2

Hatyai, Food Hunting


Seawal jam 5.30 pagi dah terpacak kat bandar Changlun dan aku decided untuk teruskan perhentian di CTC Changlun untuk proses dokumentasi (white card, insurans dan sebagainya) dan menunaikan subuh serta sarapan awal sebagai alas perut. Kebetulan pula subuh masuk agak lewat jadinya aku khuatir kalau lambat bergerak menuju ke imigresen nanti, proses kemasukkan secara keseluruhan juga akan menjadi lambat. Silap-silap dapat masuk ke sempadan Thailand hampir waktu tengah hari nanti. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan kami semua dapat masuk ke Thailand lebih kurang jam 10.30 pagi (waktu Thailand). Sawaddi Thailand!


Hatyai, Food Hunting


First stop kami di one stop centre iaitu di Kayson Hatyai yang dibuka seawal jam 7.30 pagi hingga jam 6.00 petang. Masa ni semua bolehla mencuci mata sambil menjala 'ikan'. Hihihi. Aku macam biasa ambil port untuk OOTD. Hahaha. Sambil-sambil menunggu orang lain menjala ikan, aku mencuba pula air kopi kat gerai tepi tu. Memang kaw la rasanya. Memula nak beli air mangga smoothie tapi dah habis. Dapat kopi ais pun jadilah, dengan cuaca yang panas-panas ni.


Hatyai, Food Hunting


Berakhir menjala di Kayson, kami menuju pula ke kawasan jalaan kedua di Nora Plaza. Kalau nak tahu, di sini terkenal dengan barangan kulit. Jadi, kalau sesiapa memang berhajat nak membeli barangan kulit yang murah, bolehla singgah di Nora Plaza.

Hatyai, Food Hunting
Hatyai, Food Hunting




Selepas memborong di Nora Plaza, kami menyinggah pula di Ranu Kohyo. Tempat ni memang terkenal dengan pelbagai jenis kekacang, jeruk, meggi, keropok dan lain-lain. Disebabkan jala aku kecil, aku hanya menjala tiga (3) tin kacang viral, seaweeds dan barangan makanan seafood (sebenarnya aku tatau nak panggil apa...kah kah).

Hatyai, Food Hunting


Selepas menjala di tiga (3) tempat, akhirnya kami menjamu selera di Restoran Tamrab Muslim, dah order sesiap dan kami datang terus ambil makanan dan makan. Harga dalam 160 baht/seorang. Memang licin dengan pantas, berdesupp..hahaha. Dah la sedap, memang best la makan dengan tempat ber-air corn. Hihihihi. Dah kenyang, barulah kami semua mendaftar masuk ke Hansa JB Hotel dan berehat serta qada kejap waktu tidur. Hihihi. Aktiviti selepas mendaftar masuk adalah bebas. 

Hatyai, Food Hunting

Hatyai, Food Hunting



Selepas qada tidur, solat dan segarkan badan, apalagi kami menuju ke Walking Street Hatyai di kawasan Lee Garden. Kebetulan pula pada hari yang kami datang ni, mereka tengah mengadakan satu fiesta yang menempatkan beberapa daerah di Thailand dengan pelbagai aneka makanan yang memang menggugat iman. (pastikan yang halal yea). Sambil-sambil tu, menjamu halwa telinga dengan nyanyian serta persembahan tarian tradisional Thailand. Aku sempat la juga bergambar dengan dua (2) kumpulan penari. Kenyit-kenyit mata sambil memberitahu bahawa pakaian tradisional mereka ni memang lawa. Masa ni memang aku target nak makan sotong bakar, merasa jugalah salmon bakar dan beberapa makanan yang aku tak ingat namanya. Hahaha. Lepas makan, ternampak pula kedai Watsons. Ehm....Tetiba menjala pula kat situ. Hahaha. Untuk pengetahuan, kalau dah jadi ahli Watsons, korang boleh aje pakai kad Watsons untuk points. (masalahnya aku tak bawa..hahahaha). Perut dah berkeroncong (aku beli tapi memang plan nak makan dalam bilik je), tong-tong duit tuk -tuk (satu tuk-tuk 200 baht tau), kita balik menuju ke hotel. Terima kasih buat keluarga Puan Norhafidzah dan Puan Noraini kerana membelanja aku dan kawanku naik tuk -tuk. Semoga dipermudahkan urusan dan rezeki hendaknya.

Hatyai, Food Hunting

Hatyai, Food Hunting

Hatyai, Food Hunting

Hatyai, Food Hunting


Sesungguhnya plan nak terus balik bilik tetiba ternampak kedai 7 Eleven pula di hadapan hotel. Ehm....paham-paham ajelah. Menjala lagi........

Day 3

Hatyai, Food Hunting

Hatyai, Food Hunting


Kami bersarapan di DimSum Zania, kami tak pi pun ke Chabura DimSum sebab tau kompem kena tunggu lama tapi kat kedai ni pun apa kurangnya. Kebetulan memang ramai juga orang. Hahaha. Tapi bukan nak cakap apa, memang sedap dan murah. Korang kena try mai sini tau. Selepas bersarapan, kami menuju ke Big Bee Farm yang mana di sinilah tempat bagi penggemar madu dan produk berasaskan madu dijual. Di sini korang akan diberikan penerangan secara terperinci tentang kebaikan madu dan cara pembuatannya. Di samping itu, korang boleh mencuba air madu yang diberikan secara percuma. Di sini juga korang bolehla OOTD dan mencuba ais krim madu yang sedap.

Hatyai, Food Hunting


Selepas bermadu, eh mengunjungi Big Bee Farm, kami menuju pula ke Pantai Samila yang terletak kira-kira hampir sejam perjalanan. Di sini, ramai pengunjung boleh berisirehat mengambil udara segar dengan pantai yang bersih dan cantik dan jikalau nak tahu, Pantai Samila ni antara pantai yang popular di Songkhla. Mengikut tour guide kami, 40 tahun lepas 2 (dua) orang nelayan ternampak seekor/seorang duyung sedang menyisir rambut di atas batu. Selepas menyedari ada orang yang melihat dia, maka dengan pantas duyung ni terjun masuk ke dalam laut. Tapi ada juga cerita yang aku dengar tentang kisah percintaan antara seorang pemuda yang ternampak duyung sedang menyisir rambutnya dengan sikat emas. Selepas menyedari kehadiran pemuda itu, duyung tersebut terus terjun ke laut sehingga tertinggal sikat emasnya. Setiap malam sang pemuda itu menunggu si duyung untuk memulangkan sikat emas tersebut. Apa-apa pun, beratur dengan patung duyung memang kena banyak kesabaran. Hahaha...

Hatyai, Food Hunting

Hatyai, Food Hunting


Setelah memberikan muka merah macam udang kena bakar, kami menuju ke Chang Puak Camp. Dalam bahasa Thailand, Chang itu membawa maksud gajah. Thailand memang terkenal dengan gajah kerana melambangkan kesucian dan lambang kekuasaaan kerajaan. Semasa bas menuju ke sini, aku macam eh..eh.. Kenapa jalan menuju sini macam berlainan? Kenapa kena masuk ke dalam kawasan ladang getah? Rupa-rupanya lokasi  tempat ini telah bertukar dan menjadi kawasan yang agak luas berbanding sebelumnya. Di sini, korang boleh menaiki gajah (elephant trekking), pertunjukan buaya, permainan-permainan indoor antaranya seperti memanah dan menaiki atv. Cafe yang disediakan di sini juga luas serta turut disediakan ruang untuk bersolat bagi pengunjung muslim. 

Hatyai, Food Hunting


Selepas puas berada di Chang Puak Camp, kami menuju pula ke Masjid Songkhla yang sememangnya agak popular di kalangan para lelaki dari Malaysia untuk menambah kekosongan yang masih berbaki tiga (3). Sol..Sol...Masjid ini merupakan masjid yang terbesar di Songkhla dan mengambil seni bina seperti Taj Mahal. Setiba kami di sini, kami mengambil peluang untuk menunaikan solat sambil menikmati seni bina masjid yang kelihatan tinggi dan cantik. Selain itu, masjid ini dilihat sebagai simbolik akan kewujudan Islam sebagai antara anutan terbesar bagi penduduk di wilayah ini.

Hatyai, Food Hunting


Selepas menunaikan solat, barulah terasa badan segar tetapi perut dah mula memberikan signal. Ehmm, apalagi memang semua menanti-nanti untuk ke Pasar Terapung Hatyai atau lebih dikenali sebagai Khlong Hae Floating Market. Di sini, keunikannya ialah para penjual menjual makanan yang memang sedap dan murah di atas sampan. Cara mengambil makanan dan membayar pula, mereka akan menghulurkan bakul yang telah diikat dengan batang. Hati-hati walaupun teruja sebab takut-takut sebelah kaki dah nak termasuk ke dalam sungai. Fuh, naya pula. Hahahaha....Floating Market ini hanya dibuka pada setiap hari Jumaat hingga Ahad bermula jam 1.30 petang sehingga jam 9.00 malam. Masa kami datang tu, kira ngam la sebab tak terlalu panas dan gelap dan yang paling penting makanan belum habis lagi. (pernah datang agak lewat banyak makanan dah habis..berhuhuhu ajelah). 

Hatyai, Food Hunting

Hatyai, Food Hunting


Kebetulan semasa kami datang, ada pertunjukkan tarian oleh Badan Kebudayaan Hatyai. Pertunjukkan ini bermula setiap jam 5.00 petang untuk selama 45 minit. Tempat ini diselang - selikan dengan nyanyian lagu-lagu namun begitu kebanyakan hampir 70% pengacara majlis bertutur dalam bahasa Melayu. Masa ni aku dah, eh..eh.. Dah macam bukan di Hatyai pula. Hahhaha....

Hatyai, Food Hunting


Jam 8.00 malam kami semua bertolak menuju ke hotel. Memang terasa kepenatan juga untuk aktiviti hari ni. Ikut plan asal nak berjalan - jalan sekitar Asean Night Market tapi rasanya tidur lagi best kut. Hahahaha. Aktiviti wajib sebelum balik bilik, aku singgah ke 7 Eleven lagi sambil mengunjar burger dan memang rezeki dapatlah dua (2) biji sebagai raso-raso. Kang kempunan anak kat rumah nun. Hasil tangkapan kat Floating Market, aku beli somtam. Hahahaha.. Dah dekat empat (4) bulan aku dah teringin nak makan tapi kedai kat kawasan rumah ni asyik-asyik kata takde atau dah habis. Akhirnya dapat juga makan. Hahahaha.

Day 4

Hatyai, Food Hunting


Kami semua berpakat untuk repeat makan sarapan di DimSum Zania. Kalau dah repeat kali kedua tu memang sedap sungguhla. Bak kata orang Jawa, aroi cincin!! Hahaha. Mengenangkan dah nak balik Malaysia, aku makan nasi komok. Sedapnya!!! Part dimsum tu memang beli jugalah, beli yang tak makan semalam. Hahaha..Overall, memang terbaik!

Selepas mengisi perut dan sebelum kami semua ke singgah ke Danok, kami menuju pula ke kedai pembuatan kain sutera iaitu di Rosecarre. Selain menjual kain pasang sutera, di sini juga ada menjual tudung juga tau. Semuanya cantik-cantik belaka. Paling penting, kain sutera (Thai Silk) sini tersangatlah lembut. Masalahnya, duit tak berapa nak lembut. Hahaha. Tapi kalau dah kehabisan Thai Baht, kedai ini dengan senang hati menerima credit card/ debit card ataupun secara fpx. Hahahaha. Menurut pemilik kedai ini, sutera di sini telah ditenun sebanyak tiga (3) kali tau. Patutlah pembuatannya halus dan lawa. 

Hatyai, Food Hunting


Sebelum balik Malaysia, kami singgah di Danok untuk makan tengah hari dan last shopping orang kata. Nak beli beras/pulut wangi ke buah ke, haa kat sinilah tempatnya. Kat sini, aku dan Bae mengambil kesempatan pergi sekali lagi ke 7 Eleven. Hahahahahahahahaha. Dah la kat depan hotel pi, kat Pantai Samila pun pi, asal pi je mesti bawa plastik. Hahahaha. Kebetulan, stock burger dah restock dan banyak flavors. Memang borong la. Memang duit baht dah habis, so swipe ajelah. Huhuhu. Kat sini, aku nak try makan daging bakar Danok yang viral sangat-sangat tu. Tapi sebab malas dan panas dan malas nak jalan jauh, aku makan aje kat kedai betul-betul sebelah bas parking. Kut - kut la tengah melantak tu, bas dah nak gerak, bolehla aku kejar. Hahaha.

Akhirnya pengembaraan jalan-jalan cari makan dan sesi menjala di Hatyai berakhir dengan proses mengecop passport di sempadan dan selamat masuk ke dalam Malaysia lebih kurang jam 4.00 petang. Singgah solat dan makan malam di RNR Juru tapi masa nak beli makanan tu aku dah krik krik sebab mahal dan rasa..ehmm..oklah, telan ajelah sebab dah beli. Alhamdulillah selamat tiba di KL Sentral hampir jam 1.30 pagi dan semua ahli rombongan cik Kin selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Terima kasih kepada semua para pelontar Baht non stop yang bermula dari day 2 hinggalah ke day 4 sampai beg dah beranak normal dan csect. Hahaha. Andai ada salah silap atau terkurang apa-apa sepanjang trip, saya mohon ampun dan maaf. Kalau nak booking pakej boleh laju-laju hubungi saya. 

Pakej : 4H2M Hatyai dari KL Sentral

Normal Price : RM399/pax
Current Price : RM359/pax (untuk tempahan 200 orang yang pertama sahaja)

Pakej termasuk:
- pengangkutan termasuk pemandu
- tol dan minyak
-hotel 2 malam di Hatyai
-border entry & customs fees
-white card
- tour guide yang comel (Malay Speaking)

***Selain Hatyai, ada pakej lain juga seperti Lombok, Tokyo, Osaka, New Zealand, USA,  Maldives, Hanoi + Ha Long, HO Chi Minh, Da Lat + Mui Ne, Bali, Jongjakarta, Phuket, Krabi, Cebu, Boracay, Boathouse (Tasik Kenyir & Royal Belum), Kepulauan Mersing, Kundasang dan Semporna.***

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi:
WhatsApps : https://kintravelous.wasap.my/



xo,

  • Share:

You Might Also Like

0 comments