Joms Ke Baling ~ Percutian Yang Menyeronokkan Untuk Seisi Keluarga Hanya Di Dima Garden

By kin - January 23, 2024

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.








Hye hampa! 

Baru-baru ni aku berkesempatan untuk ronda-ronda sekitar Baling, Kedah. Yang bestnya, kali ni aku dapat peluang untuk menginap di salah satu tempat penginapan yang menarik dan bersesuaian dengan bajet hampa semua. Nak tahu di mana? Joomsss.



Dima Garden


Dima Garden




Dima Garden




Ok, tempat yang aku maksudkan ialah Dima Garden, Jalan Sungai Petani ke Kuala Ketil. Bagi yang inginkan pengalaman menyeronokkan dan penuh bermakna, Dima Garden ada menyediakan aktiviti yang hanya boleh dinikmati semasa percutian di sini. Antaranya termasuklah aktiviti menunggang kuda, memanah, menaiki ATV serta mandi di kolam renang. Kalau hampa nak tahu, kolam renang di Dima Garden ni dibuka 24 jam tau! Kalau hat jenis takmo panas lit-lit mandi di kolam pada waktu siang, hampa boleh mandi sambil healing-healing di tepi kolam. Sejuk-sejuk mandi kolam dengan limpahan lampu yang romantik.



Dima Garden


Bagi yang mempunyai anak-anak kecil, jangan risau sebab kolam renang ini terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu untuk kegunaan dewasa dan kanak-kanak. Berhadapan kolam renang ini pula, hampa boleh memilih untuk menginap masuk ke kabin/rumah di sini yang sangat sesuai untuk didiami seisi keluarga. Hampa bolehla pilih samada nak kabin (bercirikan moden) atau rumah tradisional (bercirikan klasik).



Dima Garden


Bagi hampa yang maghi bersama-sama kawan pula, hampa bolehlah memilih untuk menginap di penginapan berjenis kapsul. Sangat sesuai untuk hampa yang muda mudi, boleh healing-healing berbual-bual di bulatan unggun api. Cuma nak habaq, penginapan kapsul ni mempunyai tandas di luar penginapan tau!



Dima Garden




Dima Garden


Selain daripada itu, bagi yang ingin sesuatu yang unik, hampa boleh mencuba penginapan rumah tinggi ataupun akasia. Haa... Yang ini hampa kena naik dan turun tangga la sedikit dan tidak sesuai untuk hampa yang membawa orang-orang tua atau orang kelainan upaya untuk menginap di sini.


Dima Garden



Part yang best kat Dima Garden ni, kalau hampa bercadang untuk mengadakan majlis-majlis keraian terutamanya majlis perkahwinan, di sinilah tempat yang sesuai. Di sini, memang disediakan kemudahan khemah yang besar bercirikan tema taman. Dekorasi khemah ini betul-betul terasa hampa berada di dalam sebuah taman bunga. Selain itu, di sini juga ada disediakan sebuah rumah untuk pengantin bersiap serta pelamin. Terdapat juga kemudahan lain seperti surau, tandas dan vending machine.



Dima Garden


Tapi kalau hampa nak booking di sini kalau takde majlis perkahwinan pun takpa. Boleh maghi sini hampa rancang untuk buat event seperti family day  atau majlis-majlis keraian lain di sini. 



Dima Garden



Aktiviti

Dima Garden, ATV



Untuk aktiviti -aktiviti seperti memanah, menunggang kuda dan ATV, hampa semua boleh memilih mengikut kesesuaian hampa. Meh aku letak info berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ni:

ATV 
5 pusingan - RM20

Joyride
Dewasa - RM12
Kanak-kanak - RM10

Memanah
7 panah - RM10

Jadi, jangan lepaskan peluang hampa untuk suntikan keseronokan di Dima Garden yang menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh seisi keluarga. Satu penceritaan tidak cukup untuk berkongsi dengan pengalaman aktiviti yang boleh dilakukan. Hampa akan merasai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan hampa. 



Dima Garden, joyride




Dima Garden, archery, memanah


Bagi mendapatkan butiran lanjut untuk percutian keluarga hampa, bolehlah berkunjung di: 


Facebook : Dterrace Dima Garden /  Dima Garden
Tiktok : @dimagardensungaipetani
Telefon : +6010.461.0838



Famtrip ini dianjurkan oleh QTT Group Pit dengan kerjasama Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan pasukan sokongan KembaRojak. Terima kasih kepada semua penaja, Majlis Wilayah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Baling (APM Baling), Malim Gunung dan pasukan Gua Sireh.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments