Tempat Menarik Yang Wajib Kita Kunjungi Bila Ke Baling

By kin - January 22, 2024

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.




Hye hampa semua!

Aku percaya ramai antara hampa semua agak kurang mengenali daerah Baling dengan lebih dekat lagi kan? Kalau hampa semua nak tahu, Baling merupakan salah satu daerah yang terletak di negeri Kedah yang sebenarnya mempunyai banyak produk perlancongan alam semulajadi. Jadi bagi para penggemar nature, di sinilah tempat yang sesuai dengan hampa!


Gunung Baling

Gunung Baling

Bagi peminat atau kaki hiking, Gunung Baling tak terkecuali mempunyai keunikannya yang tersendiri. Dengan ketinggian 546 meter dari paras laut, gunung ini merupakan salah satu gunung batu kapur di dalam kategori gunung limestone outcrops. Yang menariknya bagi peminat kaki hiking, gunung ini merupakan salah satu tempat yang best untuk menikmati pemandangan sunrise dan sunset



Gunung Baling

Laluan mendaki Gunung Baling ini boleh dipecahkan kepada tiga (3) kategori iaitu, laluan hutan yang  bertanah dengan menaiki anak - anak tangga. Kategori kedua pula selepas melepasi check point (CP) kedua iaitu CP Gua Kambing, hampa akan mendaki Bukit Muntah dengan laluan berbatu-batu sebelum sampai ke kategori ketiga iaitu laluan pokok-pokok renek dan buluh serta berbatu kapur yang agak tajam  sebelum hampa sampai ke puncak Gunung Baling. Nak tahu lawa macam mana sunrise kat sini, hampa kenalah naik sendiri untuk merasai pengalaman ni tau!


Gua Sireh



Gua Sireh

Ini merupakan salah satu daya tarikan yang diperbaharui di Baling sebagai salah satu pusat pelancongan alam semulajadi. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah laluan pejalan kaki sejauh 400 meter, pagar dalam gua serta beberapa kemudahan lain bagi kemudahan para pengunjung di sini.

Gua Sireh



Gua ini dinamakan sebagai Gua Sireh kerana kalau hampa masuk sahaja di pintu gua, hampa akan nampak satu sireh junjung yang tinggi di situ. Selain berbentuk sireh junjung, hampa juga akan dapat melihat beberapa bentuk batu semulajadi seperti burung, gajah, perahu patah serta pengisar tepung!






Kolam Air Panas Legong

Ulu Legong Hot Spring




Kalau hampa sengal-sengal badan selepas mendaki Gunung Baling tu ka, bolehlah singgah ke Kolam Air Panas Legong ni. Di sini terdapat sembilan (9) kolam disediakan dengan kepanasan yang berbeza. Yang paling menariknya, hampa semua boleh maghi ke tempat ni  bila-bila masa sahaja sebab tempat ni dibuka selama 24 jam tau. Kalau hampa maghi dari jauh, tempat ini juga ada menyediakan kemudahan tempat tinggal selain deretan kedai makan dibuka sehingga jam 4.00 pagi.


Ulu Legong Hot Spring



Galeri Rundingan Baling

Galeri Rundingan Baling




Bagi peminat sejarah, di Baling inilah tempat permulaan penggerak bagi proses ke arah kemerdekaan Tanah Melayu pada suatu tika dahulu. Rundingan Baling pada 28 dan 29 Disember 1955 menyaksikan pertemuan antara Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan Chin Peng, bagi membincangkan tawaran pengampunan kepada pengganas komunis. Pertemuan itu dianggap penting kepada sejarah Malaysia kerana ia memberikan keyakinan kepada British bagi mempercepatkan proses kemerdekaan negara pada tahun 1957.



Galeri Rundingan Baling


Galeri Rundingan Baling





 Titi Hayun Lubuk Pedati



Titi Hayun Lubuk Pedati




Bagi peminat alam semulajadi dan hampa rasa nak berhealing-healing ni, hampa bolehla maghi ke Titi Hayun Lubuk Pendati, terletak di kaki sungai Gunung Baling. Dengan deruan angin yang membuai-buai, hampa boleh rasa macam nak terlena pun ada. Di situ, hampa boleh lihat ada satu (1) titi hayun untuk hampa ke seberang sana tapi  hampa kena  hati-hati sedikit kerana titi tu agak mencabar bagi hampa yang tak biasa meniti titi hayun. Kenapa dinamakan titi hayun? Sebab masa hampa meniti titi ini, hampa akan terhayun ke kiri dan ke kanan. Selain daripada itu, tempat ini menyajikan satu pemandangan yang sangat lawa dengan deruan angin, sungai yang  bersih dengan pemandangan berlatar belakangkan gunung kapur. 



Titi Hayun Lubuk Pedati




Weng Valley

Weng Valley



Weng Valley


Felcra Weng atau lebih dikenali sebagai Weng Valley merupakan salah satu lokasi yang memukau hati para pengunjung kalau hampa maghi ke sini. Berkonsepkan bandar di dalam kampung, Weng Valley menawarkan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga termasuk taman tema air, ATV (All Terrain Vehicle), aktiviti kayak, rumah warisan, taman fertigasi dan ternakan madu kelulut. Yang best kat sini, bayaran masuk untuk taman tema air hanya RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak dan dibuka bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Bagi penggemar aktiviti lasak seperti ATV, hampa boleh mencuba dua (2) laluan samada ronda-ronda sekiatar kampung atau memasuki trek ke dalam ladang kelapa sawit.

Weng Valley



Weng Valley





Dusun Tok Wak Desa

Dusun Tok Wak Desa



Terletak di Jalan Ulu Legong, Desa Tok Wak Desa merupakan  salah satu lokasi bagi hampa yang suka aktiviti yang melibatkan alam semulajadi, yang dimiliki oleh Pak Long. Antara daya tarikan kalau hampa maghi ke sini ialah makanan yang dihidangkan di sini iaitu Sup Kambing, Kari Kambing, Daging Pekasam, dan  Gulai Batang Pisang. Tapi yang paling istimewanya di sini ialah Sup Kambing Madu Kelulut dan Kopi Madu Kelulut. Kalau hampa nak lebih special lagi, Pak Long akan susun meja di dalam sungai dan hampa semua boleh makan dalam sungai yang sejuk dan bersih. Selain itu, Pak Long juga menyediakan pelbagai aktiviti antaranya ialah tarik tali di dalam sungai. Haaa, masa ni hampa bolehlah beradu siapa antara hampa yang pakat-pakat kuat. Tapi kalau hampa nak lagi seronok, pakat maghi sini pada musim buah. Hampa semua boleh makan buah-buahan sepuas hati secara percuma sahaja kecuali untuk makan durian kena bayar seorang dalam RM25.

Dusun Tok Wak Desa





Famtrip ini dianjurkan oleh QTT Group Pit dengan kerjasama Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan pasukan sokongan KembaRojak. Terima kasih kepada semua penaja, Majlis Wilayah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Baling (APM Baling), Malim Gunung dan pasukan Gua Sireh.




  • Share:

You Might Also Like

0 comments