Gunung Daik : Antara Warisan dan Petualangan

By kin - January 25, 2026

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.


Hye Korang!

Gunung Daik



Kali ini aku nak shared satu (1) pengalaman yang agak menarik yang mana sambil aku terhegeh-hegeh mendaki sambil itu juga aku dapat menyelusuri sejarah Kesultanan Melayu - Riau. Pendakian kali ini merupakan puncak gunung yang terakhir buat aku bagi tahun 2025. Ajakan dan ugutan daripada kawan aku iaitu si Peah untuk bersama-sama mendaki Gunung Daik ni sedikit sebanyak memenuhi impian aku untuk naik ke sini. Pengembaraan aku ke Lingga kali ini merupakan yang ke-2 untuk aku. Segala pengalaman dan kenangan di Lingga sedikit sebanyak menggamit memori yang tak bisa ku lupakan.

Gunung Daik



Pengenalan

Macam biasa, aku akan selitkan sedikit sebanyak pengenalan di sini yang mana gambaran tentang pantun lama benar-benar wujud.


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.


Tidak dinafikan, memang terdapat Pulau Pandan di Lingga tapi memang nun jauh ke tengah-tengah. Tiada kehidupan di Pulau Pandan ni lantaran ketiadaan sumber air. Namun begitu, jikalau menjejakkan kaki di pelabuhan Tanjung Buton, akan terus nampak gunung legenda yang diwarwarkan iaitu Gunung Daik yang bercabang tiga (3). Sejujurnya, hanya kelihatan dua (2) puncak setengah sahaja kerana lagi satu (1) puncak sudah pun kecundangan di pertengahan. 


Menurut hikayat lama, tiga (3) puncak gunung ini terdiri daripada Daik, Pejantan dan Cindai Manis yang melambangkan perpecahan kekuasaan Melayu, kononnya satu puncak patah akibat pertarungan sakti antara raja atau pertapa, lalu menjadi Pulau Pandan, serta dikaitkan dengan pantun klasik "Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga", iaitu melambangkan budi pekerti yang kekal abadi.

Gunung Daik



Terdapat juga versi lain iaitu pertikaian di antara tiga (3) putera raja yang berebut takhta, menyebabkan gunung itu terbelah menjadi tiga (3) puncak, melambangkan perpecahan kerajaan Melayu Johor, Pahang, dan Lingga.


Selain itu, ada juga penceritaan versi lain iaitu tentang Sultan Indragiri ke-19 yang bertapa di sana untuk memohon kekuatan, namun hujan dan petir menyebabkan salah satu (1) puncaknya runtuh, menjadikannya dua (2) puncak, dengan sisa runtuhan telah menjadi Pulau Pandan.


Begitulah pelbagai versi yang dikaitkan dengan Gunung Daik ni. Apa² pun, maksud Daik itu sendiri membawa makna "kait" atau "berkait", iaitu merujuk kepada hubungan tiga (3) kerajaan besar yang berasal dari satu keturunan.


Ok, kita belajar sejarah sedikit. Hihi. Nanti kalau orang tanya berkaitan Gunung Daik, bolehlah gebang skit. Hahaha. Lupa pula nak bagitau, setelah puncak Cindai Manis patah, namanya terus bertukar menjadi Cindai Menangis. Haa, begitulah kisahnya.



Lesegooooo

Gunung Daik



Trip kali ni aku join bersama Kembara Nusantara yang diketuai oleh En. Shamsul atau lebih dikenali sebagai Tok Wan. Perjalanan bermula dari Terminal Bas Bersepadu (TBS) lantaran aku malas nak carpool (baca:malas nak drive masa balik sebenarnya). Naik bas boleh rehat dan tidur sebenarnya. Perjalanan menuju ke Larkin agak smooth padahal agak risau juga sebab cuti sekolah dan cuti umum (baca:cuti Krismas) bergabung serentak. Alhamdulillah, sampai di Larkin pada jam 4.30am dan terus ambil grab menuju ke Stulang Laut. Feri kitaorang dijadualkan bergerak pada jam 7.30am dan alhamdulillah semua urusan telah dipermudahkan. Santai-santai ambil view sunrise di luar feri sebelum kebabom tidur di dalam feri. Hahaha.  Setelah hampir dua (2) jam perjalanan, akhirnya kitaorang sampai juga di Batam Centre


Henlo Batam!

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



Sejurus sampai di Batam Centre, kitaorang terus bergerak dengan menaiki kenderaan menuju ke Pelabuhan Telaga Punggur yang jaraknya kira-kira 20 minit perjalanan sekiranya tidak macet. Alhamdulillah,  kitaorang sampai dan urusan pembelian tiket dipermudahkan dan bermulalah sesi pencarian pengisian perut sebab perut dah berbunyi-bunyi untuk diisikan. Aku baru nak healing², nak ngap roti tetiba sudah ada announcement memanggil untuk boarding ke Lingga. Takpelah, kita bungkus ajelah dulu. 

Perjalanan menuju ke Lingga menggunakan feri (baca:again) memakan masa hampir empat (4) jam tau. Pandai-pandailah korang nak buat apa. Macam biasa, kita bantai tidur lagi siap pakej mimpi dan dengkur. Hahhaa. Agak-agak nak luruskan badan dan menghirup udara segar, bolehlah naik ke atas feri untuk longgarkan sendi-sendi  badan. Haaa amik ko, bantai dapat angin kuat tapi ok jugalah, boleh bergambar sedikit sebanyak sambil melihat pemandangan laut di sini. 


Akhirnya, kitaorang sampai di Daik, Kabupaten Lingga setelah hampir separuh hari perjalanan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Kesediaan kitaorang disambut mesra oleh Pak Mauran selaku ketua ekpedisi/pengantara di sini. Kitaorang terus dibawa menaiki kenderaan menuju ke destinasi pertama iaitu ke Tugu Khatulistiwa yang terletak di Tanjung Teludas dengan jaraknya hampir 15 minit perjalanan daripada Pelabuhan Sei Tenam. Kewujudan tugu ini diharapkan dapat menarik perhatian daripada pengunjung lokal mahupun luar sebagai salah satu daya penarik yang tersendiri selain faktor geografi itu sendiri.



Daik dan senja

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



Setelah menjamu selera di Pondok Kebun, kitaorang solat jamak sebentar di Masjid Jami'  Sultan Lingga sebelum menuju ke Pelabuhan Tanjung Buton. Di sini terdapat satu lagi mercu tanda Lingga untuk diambil gambar buat kenang- kenangan. Dari sini sudah nampak puncak Gunung Daik yang bercabang tiga (3) dan sememangnya kitaorang di sini menantikan senja sambil minum kopi Balang dan juga roti bakar yang terkenal di sini iaitu, roti bakar tradisional Mak Yam. Setelah bergambar dan membuat konten tiktok, kitaorang akhirnya check in di Moyang Homestay untuk berehat sebelum meneruskan ekpedisi mendaki Gunung Daik.

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



Hari pertama

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



Oh ya, sebelum mata menutup tirai, kitaorang sebenarnya telah membuat sedikit doa selamat di homestay dan makan malam berhidang. Nyaman sungguh hidangannya tau. Selepas itu, barulah kebabom di atas tilam yang empuk. Seawal pagi, kitaorang dah bersiap sebelum menjamu selera di warung kampung. Sebelum itu, kitaorang singgah sebentar untuk membeli segala kuih muih yang ada di situ. Semua pakat-pakat memborong lantaran kuihnya dibuat sendiri dengan harga yang murah/berpatutan. Semasa bersarapan, kitaorang didatangi oleh wakil daripada Polis dan SAR untuk memberikan sedikit taklimat tentang pendakian pada kali ini sebagai langkah berjaga-jaga. Lagipun, cuaca macam agak tidak menentu, nun dari jauh sudah ku nampak langit hitam menunggu masa untuk memuntahkan segala isi di awan yang berat itu. Mudahan dengan ini, pihak polis dan SAR berharap trip kitaorang kali ni dipelihara dari segala bencana dan musibah. Amin ya rabb. 

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga
Sebelum meneruskan perjalanan, kitaorang bergambar sebentar di pintu rimba dan meneruskan perjalanan sejauh hampir lima (5) km. Perjalanan dimulai dengan melintasi sungai Lasi melalui jambatan dan diberikan taklimat di Pos 1 sebelum meneruskan pendakian kitaorang pada hari pertama.


Here we go...

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



Sebaik sahaja kitaorang memulakan perjalanan, hujan pun turun dengan lebatnya. Alhamdulillah, hujan rahmat barangkali di hari Jumaat yang penuh berkah. Perjalanan menuju ke Pos 2 agak santai sebenarnya sebelum kitaorang melepasi Sungai Tekoh. Sejurus sahaja kitaorang melintasi sungai Mentekoh, tudia....Sesi memacak pun bermula tapi tak seberapa jauh mana pun. Akhirnya kitaorang sampai juga di Pos 2, rehat sebentar dan pack apa patut (baca: tukar kepada daypack bag). Perjalanan dimulakan dengan sempat ku memandang pada papan tanda iaitu Bukit Patah Semangat. Masa ni dengan harapan, janganlah awal-awal lagi sudah mau kibar bendera putih. Jantung dup dap jugalah sebab aku ni cepat cuak kalau ada cut of time (COT) ni; yang mana kitaorang perlu sampai di Pos 3 sebelum jam 3 petang.

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



Syok-syok melayan trek, guide depan asyik-asyik suruh rehat. Aku dah baran ni...Hahahhaa. Sebab dalam pala hotak aku ni dah fikir, sempat ke tak sempat nak sampai Pos 3 kalau gini. Ada satu port tu, guide suruh rehat agak lama, selain memberi peluang laluan azan solat Jumaat, kitaorang mengambil kesempatan untuk menjamah bekalan tengah hari dan solat jamak terus. Takut-takut nanti terjadi jamak takyah, lagi naya. Seusai semua tu, kitaorang melayanla segala check point yang ada naik turun kiri kanan, apa-apa ajelah. Tup-tup, eh dah sampai ke Pos 3 pada jam 1.30 petang. Ehmmmm, dalam kepala otak ni mula la digest sedikit; kemungkinan besar guide ni asyik-asyik suh rehat maybe kitaorang ni macam terlaju kut. Kut la..hahahahaha.Rehat-rehat sebentar selain menunggu kawan-kawan yang lain sebelum meneruskan misi untuk menawan ke puncak Daik. 

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



Ok, selepas Pos 3 pendakian agak teknikal sedikit dan perlu sangat berhati-hati lantaran faktor muka bumi dengan batuan yang licin, tanah yang lembut serta gaung yang ada samada di kiri atau di kanan. Masa ni dah macam kaki dah mula nak krimmmm (baca:krem). Udara pun dah semakin menipis dan rasa agak sejuk sedikit.



Di kaki puncak Daik

Alhamdulillah, aku sampai puncak pada jam 3.30 petang. Tudia, dua (2) jam juga la untuk aku sampai ke puncak. Terima kasih kepada Pak Man yang melayan aku sepanjang pendakian aku ke puncak. Merepek aje aku berbual dengannya dan sebenarnya paling best ada kawan untuk tolong ambilkan gambar. Hahaha. Kawan-kawan aku, pada permulaan je; Takpe Kin, pelan-pelan, aku temankan ko...Ehmmmm, janji tinggal janji je. Janganlah ko percaya dengan menaruh harapan menggunung. Hahahaha. Aku dah tahu sangat. Kah kah kah.

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



Bergambar memang wajib kalau dah sampai kan. Macam-macam la gayanya dengan videonya dan terpaling best, dapat minum kopi sedap yang panas-panas. Terima kasih adik-adik guides yang baik hati. Sambil-sambil minum tu, aku sambung balik makan bekalan lunch aku yang tak habis tu. Hahaha. 

Hampir sejam di puncak, kitaorang pun perlahan-lahan mulai turun balik untuk menuju ke Pos 2. Bab ni aku memang kena extra hati-hati sebab menurun ni aku dah awal-awal angkat bendera putih. Time turun ni member aku yang kata nak saing masa naik ni, turun saing dengan aku sebab dua-dua ni kalau turun memang failed. Hahaha, harap je kaki panjang tapi gayat campur kaki jelly kalau bab menurun. 

Masa dok pelan-pelan turun, boleh pula aku terdengar macam jeritan sebaik sahaja kitaorang melepasi gaung. (baca:ada satu corner ni kita turun je terus corner baring tau, memang ada tali kat situ kalau bergaung ni). Rupa-rupanya ada salah seorang line up tak sempat nak pegang tali, masa nak turun melangkah tu dia dah awal-awal corner lipat sambil terbang. Tu yang terjatuh ke dalam gaung sambil ala-ala macam nak terbang dan mujur tersangkut, kalau tak memang ke bawah lagi la. Wallahualam. (baca:teringat la pulak masa aku terjatuh ke gaung kat Kaingaran). Mujur ada adik guide yang pantas menolong line up tu. Alhamdulillah, semuanya selamat.



Nak sedih ke geli hati?

Setiba di Pos 3 kembali, kitaorang semua berkumpul semula. Rehat sekejap dan mula nak pakai headlamp. Masa ni baru aku perasan yang headlamp aku ni tiba-tiba tak dapat nak 'click' atau latch kat body. Adoiii, dah la memang aku tak bawa spare sebab memang kompiden nak pakai headlamp aku tu yang boleh berthan kononnya sampai 16 jam tapi bukan masalah bateri tapi masalah nak latch kan. Kebetulan abang Perol ada bawa cable tie, dah ditiekan headlamp aku. Kira, selamat la ni tapi tak pasal-pasal aku jadi bahan group la pula. Hahaha. Dah serupa macam aku pakai atenna di kepala la pula. Hahahaha. mentang-mentang la line internet intermittent, depa semua dok pakat-pakat mai kat aku kononnya bila dekat kat aku leh dapat line. Cehhhhh...Hahahaha.

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



Tapi kan, disebabkan dah ikat, aku punya headlamp tu hanya boleh suluh orang ke depan aku. Aku tak boleh pula nak ekjas. Payah la pula, dengan rabun malam aku ni, masa ni tengah melalui check point Punggung Naga. Dengan rasa tak malu, aku meminta pada Pak Man untuk meminjam headlamp yang kebetulan Pak Man bawa lebih. Terima kasih Pak Man!



Dah patah semangat ke tuuuuu?

Ok, semasa menuruni nak menuju ke Pos 2 aku dah rasa, mak aihhh jauh je trek ni. Kenapa tak sampai-sampai. Masa ni dah fikir, kenapa masa naik tak rasa jauh pun dan rasanya kita tak lalu jalan ni. Hahahaha. Serius la masing-masing dah rasa jauh, lepas tu jalan macam licin. Nak berpaut pun, ada pokok yang tiada nak paut. Sedar-sedar aku dah kedebuk. Masa ni, dua (2) orang kat belakang aku dah bina slide, alang-alang dah terduduk ni, aku pun lantik diri sendiri jadi ketua slide, Yeszaaa, kita slide!!!! Hahahahahahaa. Marah betul orang kat belakang sebab trek lagi jadi licin. Maafkan kitaorang yea...Hahaha.

Finally, selepas mental masing-masing dah macam eh dah sampai la..(baca:padahal jauh lagi weh), lebih kurang jam 8.15 pm, kitaorang berjaya juga sampai ke Pos 2. Ya rabbi, masa ni lah baru paham ok, kenapa dipanggil Bukit Patah Semangat. (baca: masa awal-wal naik tu, siap berlagak masa dah sampai Pos 3, ok je kenapa nak disebut patah semangat?). Nahhhh! Hamik kau macam nak balik. Baru tahu kenapa dipanggil Bukit Patah Semangat. Kui kui kui.

Balik-balik, khemah dah siap, letak bag, rehat dan terus makan. Nak mandi, bekalan air pula kekurangan jadinya kita lap-lap ajelah dan tukar baju bersih dan solat jamak. Lepas tu, bolehla baring untuk tidur. Panas la pula dalam khemah ni, masa ni macam menyesal tak amik open tent, hahahaha. Tapi bukan kepanasan yang mengganggu aku untuk tidur tapi perbincangan terhangat di antara Pak Man dan abang Perol. Adoiii la, borak macam masing-masing duduk sebatu jauhnya. Akhirnya, dalam jam 3.00am baru depa berdua ni senyap. Ehmmmmmmm.... 



Pulang, marilah pulang

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



Keesokkan harinya, walaupun badan aku tak berapa nak segar, sarapan pagi tetap makan. Hahaha. Selepas kemas apa patut, bergambar beramai-ramai, dalam jam 8.45 am, kitaorang semua bertolak balik. Dari Pos 2 sebelum sampai ke sungai Mentekoh ni memang curam sedikit. Maka, pelan-pelan la sambil membawa load. Sesampai di sungai, apalagi...Masing-masing cari port baik punya. Punya la menahan dari malam, hahahaha lantaran enjin pam air rosak pula (baca: sebab tu bekalan air kitaorang kat Pos 2 terhad). Selepas sungai Mentekoh ni, laluan kembali santai-santailah kawanku. Plan asal, kitaorang nak balik nak ikut laluan sungai terus keluar ke Istana Danmah tapi apakan daya, sedang berendam mandi manda di Sungai Daik, hujan pun mula turun dengan lebatnya. Jadinya, Tok Wan tidak mahu mengambil risiko kepala air, adalah lebih baik sahaja kitaorang ikut laluan yang kitaorang masuk sebelumnya. 

Lebih kurang jam 11.00am, akhirnya sampai juga aku kat pintu rimba. Sambil-sambil menunggu yang lain, eh eh Gunung Daik tu open view la. Sambil-sambil mengambil gambar, terdetik la juga dalam hati. Eh, jauh juga sebenarnya. Macam tak sangka pula kan dah sampai. Haaa gituh perasaannya.



Mari kita pusing-pusing

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga

Balik ke homestay Moyang, rehat dan buat apa yang patut, kitaorang dibawa makan tengah hari sebelum menuju ke Rumah Tenun di Lingga ini. Untuk pengetahuan, Rumah Tenun ini didirikan untuk dijadikan sebagai tempat pembuatan kain Telepok. Menurut sejarah Tanah Melayu, kain tradisional ini merupakan percampuran dua (2) budaya di antara budaya Melayu dan budaya Bugis. Kegiatan menenun ini telah dilestarikan sebagai warisan khazanah masyarakat di Lingga ini agar kain warisan terus dipelajari selain boleh menjadi salah satu sumber pendapatan bagi masyarakat di sini dengan menghasilkan produk yang boleh menjadi kebanggaan di sini.

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



Tidak jauh dari Rumah Tenun ini, betul-betul di hadapannya, kitaorang menuju pula ke Muzium Linggam Cahaya yang menyimpan hampir enam (6) ribu koleksi asli peninggalan sejarah. Di antara barang-barang peninggalan sejarah ini adalah seperti koleksi seramik, duit lama, naskah bersejarah, Al-Quran bertulisan tangan, kitab kuno dan lain-lain lagi. Kalau korang perasan, di hadapan muzium ini terdapat ribuan tempayan yang telah disusun yang membentuk sebuah tulisan Muzium Linggam Cahaya. 

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



Tidak jauh daripada sini, kitaorang meneruskan perjalanan lagi dengan menziarah tapak lama Istana Danmah. Kitaorang feeling-feeling gitu mengambil gambar di sini padahal Istana Danmah yang telah dibina berada betul-betul tidak jauh dari situ. Namun begitu, mungkin nasib kurang baik, Istana Danmah pula tutup untuk kitaorang kujungi. Tidak jah dari sini, kitaorang berhenti sebentar untuk mengambil gambar di salah satu mercu tanda Lingga sebelum meneruskan perjalanan kitaorang ke Pancur yang memakan masa hampir sejam perjalanan. Apalagi, layan mata sekejap la. (baca:masing-masing macam kepenatan ditambah dengan kedinginan penghawa dingin kereta).


Sampai Pancur sahaja, kitaorang ordered air cincau yang terkenal di sini. Suuurrrrrr!!! Kali ni ada kelainan sedikit presentation air cincau ni. Dalam cawan je yea. Tapi kesedapannya sampai kawan-kawan masih teringat-ingat nak repeat minum tau! 




Selepas membasah tekak dengan air cincau yang sedap, kitaorang dibawa pula menuju ke perkampungan Cina (baca:majoriti dari kaum Tiongha Teochew) yang sebahagian besar bangunannya dibina di atas air dengan jolokan nama Hong Kongnya Lingga. Agak unik juga, kitaorang sambil menghirup udara laut di sini sambil bergambar. Kononya mahu menikmati sunset di sini namun kelihatannya matahari agak malu-malu mahu keluar. Tampuk sajalah di sebalik awan. 

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



Di sini juga, korang boleh nampak puncak Gunung Daik tau sebenarnya. Dahulu Pancur ini merupakan salah satu tempat masyarakat Lingga berdagang yang mana sektor perdagangan dan perikanan merupakan nadi utama di sini selain juga menjadi sektor kebudayaan daripada kaum Tionghoa. 



Malam yang semakin larut

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



Sebelum kitaorang pulang ke homestay, kitaorang singgah untuk makan malam di rumah seorang pempengaruh yang terkenal di Lingga iaitu Pak Rahul. Sebelum melangkah masuk, dari jauh kitaorang dah wahhhh; cantiknya rumah ni. Dah macam berkunjung untuk berhari raya. Senibina rumah berasaskan kayu yang berinspirasi dari rumah dari Melaka, benar-benar menawan hati. Kitaorang terus menjamu selera dan hidangan siput gongong benar-benar menjadi super star di malam itu. 

Selepas beramah mesra dan mengambil gambar untuk dibuat kenangan, kitaorang singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli sedikit buah tangan. Masing-masing pakat membeli kopi tanker yang memang sedap dooh. (baca:termasukla aku..hahahaha)

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



Dah sampai homestay, ingatkan nak baring tidur, alamak Tok Wan belanja pula Kopi Balang. Yang ini pun sedap juga, panas-panas lagi tau walaupun di dalam botol. Kopi yang pekat dan lekat seumpama; jadilah seperti secangkir kopi hitam, tetapi tidak sepekat pahit cinta yang kau berikan kepadaku. Cewahhhh... Hahahahaha.



Pulang marilah pulang..

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



Keesokanya, kitaorang bertolak balik menuju ke Batam dengan menaiki feri pada jam 9.30 am, selepas check out, sarapan dan bergambar sebelumnya itu. Selamat tinggal orang-orang Lingga, kamurang memang terbaik dan terima kasih menyantuni kitaorang ni.

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga


Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga


Pekena dahulu nasi padang di Salero Basamo sebelum bertolak balik ke Malaysia. Tidak sempat weh nak shopping di Mega Mall Batam Centre. Uhuk uhuk (baca: kena repeat aaaa lagi?). Terlalu ramai manusia di sini iaitu orang-orang Malaysia dan juga Singapura. Maklumlah cuti panjang kan. Yang bikin kelam kabut bilamana feri kitaorang macam terlewat sejam sampai di Malaysia (baca: walaupun departure on time) dan tiket bas yang aku beli pula hanya ada gap dalam setengah jam disebabkan kelewatan tersebut. Yang lagi bikin kelam kabut tu bila ada dua (2) tiket yang tak dapat QR Code. Hai geramnya, nak tak nak kena la aku beratur panjang. Dah beratur, sekali kakak kaunter kata kena buat kat kiosk. Kau rasa? Sebab masa aku beratur kat kiosk terdahulu, ada staf di situ suruh aku beratur di kaunter. Mujurla aku masih ada kesabaran yang tinggi dan sebenarnya aku tengah lapar. Hahahaha.. 

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga



The best part is, bayangan bas yang sepatutnya jam 9.00 pm tu kitaorang dah naik, tak nampak-nampak. Aku dah sampai tersengguk-sengguk menunggu. Akhirnya baru nak bermimpi indah, kawan aku dah kejut; katanya bas dah sampai. Itupun mujur dia kebetulan terdengar announcement. Kalau tak, kitaorang berempat ni, tertinggalla di Larkin. Hahaha. Akhirnya jam 1.00 am kitaorang bergerak meninggalkan Larkin dan alhamdulilah sampai di TBS pada jam 6.00 am. Yang jadi rabaknya, aku kerja ok. Sampai rumah terus bersiap nak pergi kerja pula. Hahaha, padan muka. 

Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah di dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi baik menjadi kenangan.

Sekalung penghargaan diberikan kepada Tok Wan dan team yang memberikan perkhidmatan superb sepanjang trip ini. Kalu korang berminat nak menakluk puncak Gunung Daik serta menyelusuri sejarah Tanah Melayu di Kepulauan Riau ni, korang boleh hubungi Tok Wan di sini atau WhatsApp di sini juga. Akhir kalam, sehingga kita on trek sekali lagi di lain pendakian.

Gunung Daik, Batam, Riau, Lingga






xo,




  • Share:

You Might Also Like

0 comments