Truly Banggi Lupamasa ~ Part 2

By kin - December 10, 2025

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.



Hye korang!



Bertemu lagi di part 2 pula. Kira part 2 kali ni nak kongsi  cerita permulaan hari pertama kitaorang menjelajahi Pulau Banggi (baca: untuk kali kedua) bersama Coach Rosli. Ok, trip kali ini disertai oleh Irfan, seorang anak muda berasal dari Lahad Datu tapi keluarganya sudah menetap di Johor. Sebenarnya aku tak kenal, tapi sebab aku kan buat iklan kat page Hiking Outdoor Activity Sabahan  (HOAS), jadinya Faan la yang respon nak joined. Memula masa dia wassap aku, katanya nak tengok dululah, nanti baru bayar deposit. Aku pun haaa ajelah, takdelah nak berharap sangat sebab biasanya kalau cenggitu gayanya, harapan tipis nak joined. Tup² dia bayar penuh terus. Aku masa tu, aiikk..Ini betul² sudah confirmed ni. Memang aku tanya betul², sebab yelah terlalu cepat. Manatau kut² cuti dia tak lulus ka apa ka. Long story cut, akhirnya, dalam jam 8 pagi, kitaorang berjumpa di kaunter tiket feri. Hye Irfan! Selamat berkenalan! Seusai itu ini, sementara nak tunggu feri bertolak jam 9 pagi, kitaorang mengalas perut dulu. Kita sarapan dulu bah. 





Here we go!

Perjalanan menuju ke Pulau Banggi dari terminal feri Kudat mengambil masa lebih kurang sejam 45 minit. Layan² mata sambil layan ombak agak mengganas sedikit. Ada la terdengar orang menjerit terkejut ke apa tapi arghh lantaklah. Layan tidur lagi syok! Bae as usual la kan...Mabuk kenderaan dia tu. Awal² dah zzzzzzzzzz. 



Masa nak keluar dari feri, aku disapa oleh beberapa orang polis bertugas kat situ. Amboi, ramah nau. Sempat la borak itu ini, siap bergambar sekali. Depa ingat aku ni cikgu, ada rupa ka? Hahaha. Bukan polis tu jak bertanya, pakcik² kat jeti Pulau Banggi pun ingat aku ni cikgu. Takpe, saya memang cikgu di dalam hati jak. Hahhaa. (baca: bekas cikgu GSTT ajar subjek add maths, ok done riak). 

Tempat pertama sampai di jeti ni, aku dan Bae pi mencari kak Ana dan suaminya. Itulah insan² yang banyak menolong kitaorang masa kitaorang mula² sampai di Pulau Banggi pada tahun 2022 lepas. Terlajak juga aku melimpas kedai kak Ana, mujur Bae perasan. Nampak nau ketuaanku di sini. Hahhahaa. Lepas rindu dendam sambil bertanya khabar, kak Ana sempat menjamu kitaorang sarapan (baca: makan lagi aku ni), tapi masa memang cemburu and coach Rosli managed mencari dan mendapatkan kenderaan untuk kitaorang meneruskan ekspedisi kitaorang. Masa ni kitaorang sempat melaung la pada kak Ana, kita jumpa nanti pada hari Ahad!


Perjalanan ini...





Perjalanan kitaorang menuju ke Kalangkaman mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Paham² ajelah jalan yang berliku² seumpama muka berlekuk dek parut jerawat batu. Ini adalah di antara pengangkutan utama/awam yang ada di pulau ni. Maklumlah, petrol di sini agak terhad lantaran memang tiada stesen minyak di sini. Lagipun, memang macam tiada apa² pun di sini seumpama macam kitaorang kembali ke zaman 90an. Tapi menurut kata suami kak Ana, duduk di Pulau Banggi ini seumpama menginjak ke zaman 70an. (baca: macam tiada perubahan modernisation di sini pun, ehmmmmm). 









Akhirnya, kitaorang sampai juga di dewan balai raya Kampung Kalangkaman. Sebelum tu, kitaorang sempat singgah membeli ketam di sebuah pasar yang kebetulan lori pengangkutan kitaorang berhenti di sebuah kedai runcit bersebelahannya. Beli dalam tiga (3) kg cukuplah. Kat dewan ni memang port orang-orang kampung berkumpul tau. Sebab apa? Sebab di sini terdapat perkhidmatan wifi secara percuma yea. Seusai kemas apa patut, bersihkan diri dan solat, aku merebus sekejap ketam² tu untuk makan malam kitaorang. Jam sudah menghampiri pukul 4 petang dan kitaorang plan nak daki Bukit Sinambung. Rata-rata penduduk kampung yang menegur kitaorang semasa perjalanan mengutarakan kebimbangan takut² kitaorang akan keluar pada waktu malam. Tapi memang kitaorang dah dapat agak, standby bawa headlamp atau torch light sesiap. 



Bukit Sinambung





Kalau korang tahu, bukit ni merupakan bukit yang tertinggi di Pulau Banggi ni tau. Dengan ketinggian 529 meter sahaja, tapi kalau korang nda fit, aishh susah juga mau cakap. Hahaha. Memang pacak dan menaik sahaja. Tapi kan, setelah sampai di puncak, Masya Allah memang dah rezeki kitaorang kut, dapat open view. Menurut coach Rosli, pendakian ini merupakan kali ke-4 buatnya dan inilah first time dapat open view sedemikian rupa. Alhamdulillah, memang rezeki kitaorang la ni. Sambil-sambil tu, coach Rosli sempat menerangkan sambil menunjuk di mana lokasi perjalanan kami seterusnya nanti. Wah, boleh tahan juga ni. Nun dari jauh pun kitaorang boleh nampak Pulau Mangsee yang merupakan kepunyaan jiran Malaysia iaitu Filipina. 





Ok, part menurun ni memang aku kalah, bagi bendera putih sesiap. Sebab masa naik, memang Bae dan Faan aku tinggalkan, kesian sampai nafas kuda juga la depa ni. Opps..  Tapi kan bila turun, aku memang ketinggalan jauh. Hahaha..Bae dah berdesup tinggalkan aku. Hahaha. Sampai di kaki bukit tu, dah nak senja. Memang gelap gelita la kan. Sambil-sambil jalan nak menuju kembali ke dewan balai raya, entah macam mana tersuluh kat tepi belukar, tetiba ada mata merah memandang kitaorang berserta pergerakan. Apalagi, bertempiaran lari la kitaorang. Rupa-rupanya ada seekor lembu yang terkejut dengan kitaorang. Maafkanlah kitaorang yea, tersuluh pula kat awak. Hihihi.


Keheningan malam yang tak sunyi..



Sesampai di dewan balai raya tu, memang meriah dengan orang-orang kampung membuat aktiviti masing-masing dengan limpahan cahaya lampu. Kebetulan ada pula seorang pakcik dan kawan-kawan nya di situ lalu menegur kami. Disebabkan tandas awam agak jauh dan gelap sangat-sangat, beliau mengajak kitaorang untuk singgah mandi di rumahnya yang kebetulan hanya di depan balai raya. Apalagi, aku memang on je tapi Faan kata dia mengalami sosial anxiety. Haha. Faan malu-malu tapi aku memang selamba jak bagi salam kat tuan rumah dan meminta izin nak mandi. Fuhh, siuk dapat mandi kat rumah. Haha..



Lepas mandi, solat dan setel apa patut, kitaorang makan lauk ketam rebus. Rebus ajelah, tu pun aku dah sesiap rebus sebelum mendaki ke Bukit Sinambung. Akhirnya dapat juga makan lauk ketam yang menjadi sebutan kalau ke Pulau Banggi ni. Seusai makan, kitaorang memasang hammock untuk beradu pada malam ni. Agak panas tapi takpe, tapi yang meresahkan ialah kebisingan dan keterangan (baca: aku ni sejenis suka tido dalam gelap-gelap). Di meja makan pakcik-pakcik bermain daun, di sebelah kanan ku pula melepak sambil surfing internet dengan limpahan lampu. Aku cuba tidurlah, dah la gayat. Faan awal-awal lagi dah berdengkur, kepenatan barangkali. Hahhaa.. Sedar-sedar jak, eh eh dah menginjak subuh.



Air terjun Kalangkaman



Celik-celik mata ja, terus nampak silloute bukit Sinambung, wah..lawa betul ni. Sempat la snap dua tiga keping sebagai kenangan. Bersiap apa patut, Faan dari semalam masa turun bukit Sinambung dah bagitau kat aku awal-awal yang dia takmo nak pi ke air terjun Kalangkaman. Aku tak kira, aku kejut dia juga suh pi air terjun (baca: lepas solat subuh, dia masuk balik dalam hammock).  Kitaorang memang tak mandi pagi pun sebab memang dah bajet nak mandi kat air terjun tu. Hihihi. 





Perjalanan menuju ke air terjun memakan masa lebih kurang 40 minit. Perjalanan meredah air sungai dengan batu-batu sungai yang pelbagai warna memang betul-betul menangkap pandanganku. Amazingly, walaupun batuan diselimuti lumut kehijauan, langsung tak licin tau. Akhirnya, kitaorang pun sampai di air terjun Kalangkaman, dan apalagi...Terjun!!





Air terjun / sungai ni  memang betul-betul fresh gila. Maklumlah jarang-jarang orang nak ke sini. Seumpamanya, tempat ini aku yang punya. Selepas selesai mandi - manda dan bergambar, kitaorang bersiap pulang. Target dalam 9.00 pagi dah setel semua untuk meneruskan ekpedisi kitaorang ni.


Let's go!




Selepas bersarapan apa patut dan berkemas, kitaorang memulakan perjalanan menuju ke Kampung Lok Agong menaiki mini van. Ikutkan sebenarnya, plan ni agak gila dan unplanned. Ada dua (2) pilihan sebenarnya samada terus langsung menaiki kenderaan sampai ke Kampung Dogoton dan balik berjalan kaki atau berjalan  kaki bermula dari Kampung Lok Agong sampai ke Kampung Dogoton dan balik menaiki kenderaan. Kira plan ni ikut berdasarkan keadaan semasa apabila kitaorang sampai nanti. Kira radu orang Key Ell bilang. Hahhaha.



Sesampai sahaja di Kampung Lok Agong, memang kenderaan sudah tidak boleh melalui dah sebab jalan pun dah takde rupa jalan aku tengoknya weh.. Tak silap aku, disebabkan masalah ribut/banjir terdahulu menyebabkan jalan jadi rosak.  Jadinya, moh la kita berjalan bersama-sama. Ada satu perkara penting yang coach Rosli ingatkan kitaorang iaitu sentiasa berwaspada dengan kehadiran buaya di persisiran pantai ni. (baca: kitaorang plan nak berjalan di tepi² pantai sambil menghirup udara masin segar..haha).


Bercanda di persisiran pantai 

Bukan nak cakap apa la, panasnya yakmat. Hahaha. Misi masih jauh nun di sana tapi dengan rasa excited tu takleh nak habaq macam mana. Hahhaa. Penat dan panas rentung tolak ke tepi. 




Awal² lagi kitaorang dah dapat obstacle. Alamak nak pijak mana ni, takkan nak redah juga muara yang kelam ni. Sesi merempuh laluan belukar di tepi² pantai pun bermula. Janji misi kaki tak basah sebenar- benarnya. Huhuhu.  Perjalanan berjalan kaki menuju ke Kampung Dogotan memang tak rileks ya. Panas terik tu biasa tapi kenapa semasa jalan² di persisiran pantai, angin tiada. Adudududu, bertabahlah badan. 




Sebelum masuk ke arah Bitara, kitaorang akan melalui satu kawasan rumput yang tinggi-tinggi tau. Dari kejauhan aku dah cakap dalam hati, wah lawanya. Tapi kan masa merempuh memasuki kawasan rumput² tu aku seriau juga kalau² terpijak uneven tanah ke atau tiba² muncul ular ke kan. Tapi alhamdulillah, itu semua mainan emosi sahaja. Haha. Tapi sumpah tak tipu, pemandangan kat sini memang lawa, dah macam wallpaper Windows 98 komputer tau.  Selepas harungi kawasan windows 98 tu, kitaorang kena merempuh laluan balak sebelum berjumpa dengan jambatan gantung di situ. (baca: dah sampai Bitara, tapi laluan balak tu memang tersangat² panas ok). 




Oh yeah,  sebelum kitaorang meneruskan perjalanan menempuh laluan balak, kitaorang singgah makan (baca: makan bekalan yang dibawa), rehat dan solat sebentar di rumah kenalan coach; pakcik Ruben. Aku rasa sepanjang perjalanan di situ, barulah aku nampak rumahnya. Memang jauh dari orang lain. Di hadapan rumah pakcik Ruben, terdapat ladang sayur yang begitu luas. Wah, untungnya berjasa dengan tanah ni. 


Perjalanan itu




Perjalanan diteruskan sehinggalah kitaorang melalui jambatan gantung di situ. Masih melalui laluan persisiran pantai (baca: masih juga alert dengan kedatangan buaya secara tiba-tiba), masa ni jam sudah menghampiri waktu petang. Masih panas membahang tetapi langkah masih perlu diteruskan. Masa ni dah nampak rumah-rumah kampung dan ada juga kanak-kanak yang bermain di tepi pantai. Dari jauh, coach dah tunjuk yang kita akan melepasi tower letrik nun di sana. Aku berkira-kira macam masih jauh lagi ni. tapi coach kata, dah nak sampai sebab kalau dah melepasi tower tu, memang dah sampai Kampung Dogotan dah. 




Kitaorang pun berjalan seiring sekata; eh...Menyelusuri perkampungan di sini. Aku kira-kira masih jauh lagi ni (baca: padahal dah kepenatan..hahaha). Masa ni, coach dan Faan dah jauh ke depan tinggal aku dan Bae ajelah jalan berdua. Coach dah pesan, jalan jak lurus, no belok-belok. Aku pun angguk-angguk ajelah padahal aku dah tak pay attention sangat. Bae dah merengek kepenatan (baca: macam biasalah). Tup-tup dia menumpang motor dengan seorang budak kampung yang kebetulan melalui jalan kat situ. Jadinya, aku keseorangan. Ceh, terpaksalah aku menambah pace jalan aku sebab hari semakin gelap. Pastu kan, ada ada persimpangan..Aku tatau nak ke kiri ke kanan. Memangla coach pesan, no belok-belok tapi ni macam mana ni? Hahahaha. Agak gelabah ayam la juga bila ko keseorangan. Masa ni aku ikut ajelah instinct aku nak ke kiri (baca: baik ke kiri or kanan memang lurus; aarghhh bodoh benar ko Kin, hahhahaha).Masa aku percepatkan pace, aku kira coach dan Faan akan berada di hadapan aku. Aku dah bukan berjalan dah, siap berlari dengan nafas kuda jantan. Aikkk, masa ni aku dah naik hairan. Aku tak jumpa-jumpa pun depa ni. Kebetulan tepi jalan tu ada couple tengah merendek; terpaksalah aku kacau daun sebentar. Siap tanya, ada nampak tak dua (2) orang lelaki berjalan sambil bawa backpack macam saya ni? Si lelaki bilang, tidak nampak. Arghhh sudah, aku kira aku sudah sesat ni. Tapi aku sempat la juga minta abang tu tolong amikkan aku gambar dengan sunset cantik gila kat belakang aku ni. Hahahaha, menyempat ko Kin!




Sambil-sambil layan nak QC aku punya gambar, abang tu bilang; eh itu bukan kawan-kawan ko kah? Seraya menunjuk depa kat belakang aku. Adoii, aku ingat depa dah ke depan, rupanya depa berhenti sebentar mengopi di sebuah kedai. Depa kata, depa melaung kat aku tapi aku jalan laju jak. Hahhahaa, maaflah, nampak nau dah pewai. Akhirnya, berjalanlah kitaorang bertiga menuju ke Kampung Dogoton dengan suluhan lampu sebab dah gelap. Segelapnya weh kampung ni. Tak sampai 15 minit perjalanan, kitaorang pun sampai di rumah Encik Yatim; tuan punya rumah yang kitaorang akan menumpang teduh sepanjang kitaorang di sini.


Jeng - jeng...

Seusai siap apa patut, kitaorang menjamu selera makan malam beramai-ramai di rumah Encik Yatim. Nyaman bah masakannya. Tak jauh dari rumahnya, ada kedai minuman, si Faan siap mengajak untuk mengeteh katanya. Kebetulan ada pula tempat nak karoks, apalagi... Aku telah mensumbangkan lagu-lagu. Hahahaha. Terpaksalah orang kampung hadap dengar suara aku yang sangat sedap ni. Kah kah kah. Sambil-sambil karoks, order la juga makanan dan minuman kat situ sambil beramah mesra dengan orang kampung di sana. Sotong goreng kat kedai tu sedap gilos yea....




Dalam jam 10 malam, aku pun mohon permisi sebab aku sebenarnya belum mandi lagi. Hahahaha. Kira nak balik nak mandi, solat dan tido. Esok masih ada lagi aktiviti yang nak dibuat. Tapi kan, masa aku nak ke bilik amndi, aku macam terpempan sekejap. Hahahaha. Tetiba teringat peristiwa bilik mandi di Terengganu. Cuma kali ni, aku lagi, alamak...Macam mana aku nak buat ni.

Sebenarnya, bilik air di sini open view ok. Tiada bumbung dan buat aku terpana ialah dinding pun tiada, sekadar kalau aku duduk pun, masih nampak aku juga. Hahahaha. Mujurlah aku mengambil langkah untuk mandi lewat malam. Aku pesan sesiap jangan buka pintu ni, aku mandi dalam kegelapan malam sambil berbumbungkan bintang-bintang di langit. Mujur rumah depan (rumah en Yatim, kitaorang menumpang tido di rumah parentsnya) pun gelap, kira bilik air mengadap bilik air la juga ni. Bagi aku, ini satu pengalaman yang aku mungkin tak dapat lupakan, dan patut rasa bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni.




Oklah, aku sambung di part 3 la pula. Rasa macam terpanjang berbanding daripada part 1. Hahaha.

xo,

  • Share:

You Might Also Like

0 comments