Truly Banggi Lupamasa ~ Part 1

By kin - December 10, 2025


Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.


Hye korang!

Pulau Banggi, Kudat, ekspedisi



Penceritaan kali ni aku nak shared mengenai pengembaraan aku dan travel partner aku; Bae  menjelajahi Pulau Banggi pada awal Disember lepas. 


Pengenalan

Sedikit pengenalan mengenai Pulau Banggi ni, kalau korang nak tahu, Pulau Banggi ni terletak Timur Utara  di daerah Kudat dan merupakan sebuah pulau yang terbesar di Malaysia. Merangkumi keluasan 440.7 km persegi dan pekan Karakit merupakan pusat tumpuan perkhidmatan atau nadi utama di pulau ini. Penduduk di pulau ini dianggarkan seramai lebih kurang 1,500 orang yang kebanyakannya terdiri dari suku kaum Bajau Ubian, Dusun Bonggi, Molbog, Tagalong, Kagayan, Rungus, Suluk serta beberapa suku kaum lain yang berasal dari luar yang menetap di sini.


Bermulanya...

Sebenarnya, tak plan pun nak ke Pulau Banggi ni lagi (baca : repeat again) Sebab plan asal kitaorang nak waterfalls hunting di area Sabah. Tapi entah macam mana, nak repeat balik sebab yang pertama kali kitaorang ke sini, ada peristiwa  yang berlaku di luar jangkaan dan juga pada ketika itu kitaorang memang lack of information all about this island. Jadinya, kali ni betul-betul nak repeat serta merasai sendiri pengalaman blend menjadi orang tempatan di sini. 

Seawal dua (2) bulan sebelum pengembaraan ini bermula, aku memang sengaja upkan posting di satu group di Facebook untuk mencari lagi kenalan specially dari Sabah untuk join the crowd. Malangnya posting aku ke laut (baca: hahhaa aku tak pandai nak pancing), daripada dua (2) orang asalnya nak join menjadi seorang. Fikir-fikir balik, worst case kitaorang berdua jak pun ok. Takpe, istilah kita radu menjadi tunggak pengembaraan. Macam tak biasa pula kan...



Flight kitaorang memang sengaja ambil paling lewat and of course tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) pun dah awal pagi. Pung pang pung pang, dalam jam 9.00am kitaorang berjumpa untuk pertama kali dengan our guide yang lebih dikenali sebagai Coach Rosli. Hye Coach!!


Hari pertama kitaorang memang akan jalan² di sekitar Kudat jak, lagipun mo jimat masa untuk kejar feri pagi ke Pulau Banggi. Perjalanan diteruskan dengan menyinggah di kedai viral iaitu kedai Gula Apong di Kota Belud. Apalagi, try la makan apa yang sedap kat sini kan. Aku plak sejenis suka menerai makanan baru/pelik. Kalau tak sedap, diam jak. Kalau sedap, repeat! Hihihi. Singgah solat jamak sebelum perjalanan diteruskan lagi menuju ke Kampung Parapat untuk membeli bilis. Kira naiss la ke kampung ni. Tengok pula sekolah rendah di sini (baca: SK Limau - limauan) view nya mengadap laut. Fuhhhh..  Bestnya sekolah di sini yea. Bergambar apa patut dan perjalanan diteruskan menuju ke Kudat.







Dah sampai Kudat!




Ok, bercakap pasal pantai Kelambu ni, aku dah lama gile nak ke sini sebenarnya. Akhirnya, dapat juga sampai ke sini. Biasa² aja tapi dapat la juga menjejakkan kaki kat sini. Berpusing-pusing juga kepala otak aku ni bila orang buat pakej nak ke sini mahal² padahal boleh jak ko drive sendiri ke sini. Huhuhu. Ikut masing-masing la kan. Janji aku dah sampai sini. Hahahhahahaha. Macam biasa, angin laut di sini memang ganas sedikit, berterbangan tudung aku tapi syok juga. Layan- layan galau jap kat sini pastu kitaorang pi lagi ke Simpang Mengayau atau Tip of Borneo. Aku rasa ni kali ke-enam kut aku sampai ke sini. Memang best melayan. Dua (2) tahun lepas, Simpang Mengayau ni masih dalam proses renovation tapi kitaorang dapat masuk (baca: dibawa khas oleh anak kontraktor tersebut). Macam biasa, kita berbudi bahasa bertanya soalan sambil lemparkan senyuman. Nah, dapat masuk wehhh. Tapi bila mari lagi, aku peratikanlah juga. Apa yang baharu kat sini. Macam biasa jak. Huhuhu. Ke aku yang tak berapa nak perasan/perati sangat? Kira macam tiada perubahan apa² pun. Muahahaha. Tapi kali ni aku tak turun sampai ke bawah, sebab angin kuat dan ombak pun agak besar. Taknaklah aku nak ambil risiko. Sudah²lah tu....Macamlah tak pernah turun kan... Hajat di hati macam nak layan sunset kat sini, tapi coach ajak kitaorang layan kat Pantai Bak Bak. Tapi sesampai jak kitaorang di Pantai Bak Bak, keadaan langit semakin malap. Hahaha, tiada sunset di sini. Tapi tak mengapalah. Ok jak. Kira banyak juga perubahan di sini kalau nak dibanding dahulu masa aku datang dulu. 




Seusai setel berjalan², masa ni kitaorang baru nak redah mencari hostel di sekitar bandar Kudat. Hahaha. Plan asal nak berkhemah jak di Pantai Bak Bak tapi memikirkan macam tak berapa nak sesuai, kitaorang plan tidur di hostel ajelah. So, misi mencari hostel pun bermulalah. Mujur la dapat yang affordable memandangkan kitaorang cuma tidur sekejap dan seawal pagi sudah nak check out. Kira ngam la kan. Setel apa patut then keluar makan malam di sekitar kawasan hostel. Not bad, sebab dulu² masa aku datang, ya Allah, sunyi sepi jak Kudat ni, padahal masa tu baru jam 8 malam. Tapi kali ni macam meriah la juga, dah ada cafe itu ini and masih meriah dengan lampu kedai makan. 





Oklah, sambung di part 2. Jarang² kalini posting aku pendek. Mauahahhahahahaa...





Xo,

  • Share:

You Might Also Like

0 comments