Hampir barai dekat Baling ~ ini realiti sebenar The Magnificent Baling 100
By kin - August 25, 2026
Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Hye korang!
Baru-baru ni aku ada buat kerja gila skit iaitu joined The Magnificent Baling 100 kat Baling! Sebenarnya biasalah kena racun dengan member dan paling kelakar aku dah tak ingat bila pula aku mendaftar ni (baca: sebab dah lama sangat kan, pastu lupa letak kat kalendar). Hasutan pertama masa tu nak battle for 50km tau tapi aku cakap kat member aku; diskaun la sedikit...Kita ambil je 25km. Yela, aku ni first timer tau, gila apa terus nak terjah 50km. Masa beli tu, aku tak fikir pasal battle-battle ni sebab everything looks so smooth je dari aku log in sampai la habis pembayaran. Nampak sangat noob kan? Hahahhaa.
The Day
Perjalanan kitaorang bermula pada Jumaat on 30 Julai 26, bertolak betul-betul lebih kurang jam 2.00 petang memandangkan Si Novy masih bekerja. Konon nak tengok or join hype pelepasan runners 100km tapi memang tak sempat kut weh. Depa pelepasan jam 4.00 petang and kitaorang masih lagi dalam perjalanan; unless kalau kitaorang bertolak seawal pagi.
Pejam celik lebih kurang jam 6.00 petang juga la kitaorang sampai untuk mengambil race kit kitaorang. (baca: organizer memang tak bagi untuk orang lain tolong ambilkan on behalf kecuali yang ambil 5km je). Masa tu dah rasa debar tapi lebih kepada keterujaan. Biasalah orang tak pernah join event trail run ni. Kira aku dan Sal first time la nak join ni. Novy dah melangkah masuk sebagai senior kitaorang untuk trail run sebab dia ni memang sejenis manusia suka berlari. Aku? Ehm... tak apalah, kita radu jak. Hahahaha.
Actually, kitaorang macam ditimpa musibah skit la. Dari awal perjalanan semasa berhenti di RNR (baca: Rest and Service Area) sehinggalah setibanya di Baling. Aku pura-pura cool ajelah tapi dalam hati memang berdoa jugalah semoga apa yang menimpa kitaorang ni dipermudahkan. Aku risau je kalau-kalau kitaorang takleh nak start run esoknya. Tapi dalam kepala otak, dah fikir macam-macam..what if, next..next..nest next..looping...Dah macam coding dalam kepala otak ni. Hihihi.
Tapi alhamdulillah, sebelum kitaorang check in ke homestay which is about 20km away from Baling, semuanya sudah settle dan boleh tidur dengan aman. Padahal slightly nervous dan aku kalut nak setting bag sebenarnya.
Seawal jam 4.00 pagi lebih dah bangun, settle apa patut terus check out dan singgah solat subuh jap kat masjid. Otw ke Baling, aku dah start baca doa makan dah, moga-moga adalah slot parking yang dekat-dekat skit. Hahaha. Alhamdulillah, dapat la slot parking kat area-area downtown kat situ. Masa nak menuju ke starting point, tudiaaa ramainya manusia. Adakah mereka juga fomo semacam aku? Hahaha. IDK.
Tepat jam 7.00 pagi, maka berduyun-duyunlah lautan manusia hampir 1000 penyertaan memulakan larian sejauh 25km mengelilingi Baling, maklumlah antara tujuan utama adalah untuk mempromosikan Baling sebagai salah satu lokasi eko-pelancongan.
Nyesal tak training
Ok, ini adalah satu fakta yang jelas dan pengajaran yang berat la untuk aku. Ko dah tahu nak masuk trail running pastu sejenis manusia yang tak seberapa suka lari tapi nak Fear Of Missing Out (FOMO) juga kan? Nah!!! Rasakan bila kedua kaki dah start kriiiiiim...Hahaha (baca: krem atau pun orang utara habaq tarik mengkarung). Kaki aku dah bagi signal krem masa kat km6. Masa ni trek muka bumi kita limpas laluan rumah - rumah kampung, masuk ladang kelapa sawit pastu ladang getah dan sawah padi. View memang superb! Yang tak superb, bila kaki ko krem. Hahaha. Memula krem kat area betis jur, ok lagi nak naik bukit takdelah tinggi mana pun, nak turun pula kena betul-betul jaga. (Baca: sayang lutut oii). Tapi dari betis membawa ke peha dan both side pula tu, memang nak terdiam aku sebab risau nanti langsung tak boleh nak lari or jalan. Dapat-dapat pula bertembung dengan seorang pakcik ni, sambil menuruni bukit menaiki motor, "Sikit lagi nak, ni bukit last pasni dah takde bukit dah", ujarnya. Dalam hati aku, iyalah pakcik, tapi sebenarnya memang itulah last bukit. Huhuhu. Mujur ada spray, pastu telan la macam-macam supaya tidak krem tapi yang pasti masih bersemangat wajar! Chewah...(baca: thanks Sal sebab temankan aku). Asal nak lari je, kaki kena tarik, so takpelah..Kita brisk walk la laju-laju...Alasan je tu kan?
Panas lit-lit
Sebenarnya sepanjang pelarian ni, banyak juga la aku jumpa geng-geng aku terutamanya geng hiking aku dari Penang; GOSH! Hyea korang!! Tu la aku bagitahu kat Sal, aku macam dengar orang panggil-panggil nama aku dari belakang tapi aku buat derk ajelah sebab masa tu dalam kawasan ladang getah. Kut-kut la bukan manusia. Wakaka.
Ada satu (1) part ni aku dah lapar sangat-sangat, perut dah berbunyi-bunyi pastu CP1 tak muncul-muncul, sudahnya kitaorang singgah la beli makanan dan air teh ais ikat tepi. Perghh nikmat! Paling lawak, laaaa tak sampai lima (5) minit kemudian, tudiaaa CP1. Ceh....Hahaha.
So teruskan la juga pelarian sambil berhenti ambil gambar dan dan sedikit video. Paling terharu bila kanak-kanak teruja macam sambut kitaorang ni. Ada satu (1) scene tu aku acah-acah lari anak je depan budak-budak ni sambil hulurkan tangan untuk sep la. Budak-budak tu punya gembira sep tangan aku pastu pegang tangan masing-masing sambil lompat-lompat. Aku nak jer cakap; "Dik..acik bukan artis!!" Hahaha..
Disebabkan memang tau ramai budak-budak akan memberi sokongan moral pada kitaorang yang acah-acah lari tapi tak padu ni, sambil-sambil tu kitaorang (baca: aku dan Sal, Novy dah lama tinggalkan kitaorang di km3..hihi) memang sambil tu menghulur la choki-choki. Tu je mampu dik, selain ringan dan boleh bawa banyak-banyak. Hihi.
Selain tu juga, tak lupa juga kebaikan orang-orang kampung sepanjang larian kat Baling ni, dah la Baling panas lit-lit, ya Allah panas dia kemain tau..Dapat-dapat ko kena meredah lautan sawah padi betul-betul matahari terpacak atas kepala. Aku tengok jam, ehmm no wonder betul-betul jam 12.00 tengah hari. Hahaha, sekali pakej rentung! Selain mendapat sokongan moral, depa juga sediakan air sejuk tau! Air yang ada ais! Sedapnya laaaaa.. Siap pakej dua (2) jenis air lagi, samada ais kosong atau pun sirap ais atau teh o ais. Nikmat apa yang kau dustakan...Terima kasih orang baik-baik. 😊
Take..Camera..Action!
Ok, part ni antara momen yang kelakar jugalah. Kitaorang ni yang dah sama-sama lari kalau dah sama pace dari awal sampai ke sudah ko akan jumpa tak ke depan or belakang ko orang-orang yang sama jer. Asal nampak jer bayangan photographer, masing-masing pakat acah-acah berlari (baca: aku pun sama padahal kaki sakit gile!). Lepas tu sambung la leha-leha balik. Hahaha...
Lepas tu, kerjasama antara kitaorang which is bila dah nampak ada photographers (baca: ada yang dari lokal dan ada yang dari Thailand). Kitaorang macam beratur dan bagi laluan orang depan untuk bergambar la, kiranya kitaorang ni takmo photo bomb. Yela, nak laju-laju pun of course placing 10 ke bawah kompem sudah tak dapat. Kita chill-chill ajelah.
Masa kat gua pula, bilamasa aku nak keluar dari mulut gua, aku tunggu si Sal keluar dahulu, lepas tu aku terjerit terkejut sedikit sebab aku tak nampak ada sorang photographer berbaju merah macam terselit kat celahan rekahan batu kat situ untuk ambil gambar. Sabar ajelah aku dik oii, bikin aku terkejut jer. Ingatkan geng Ahmad Albab tadi. Isk isk..
Garisan penamat
Ok, lagi 10km nak abis, part ni paling menguji mental sebab dahla panas pastu laluan lurus macam tak kesudahan pula. Tengok sebelah kanan aku ada pula sungai, terdengar pula ada yang mandi-manda. Ehh rasa macam nak join je, mujur tebing belah aku ni tinggi. Hahaha. Kalau tak, memang aku dah terjun nak mandi je, panas la hai.
Masa dah nampak masjid Baling, hati dah berbunga-bunga sebab tau sebelah masjid tu dah nak sampai ke finish line. Hmm..Sudahnya kena pusing ke kiri pastu ke kanan. Sebab aku kan takde jam canggih nak detected GPS ke apa ke, memang heret ajelah kaki ni sambil rasa alamaknya jauhnya padahal member baru kenal si Amy dah bagitau, lagi tiga (3) km lagi ni kak. Arghh sudah. Nak lari kaki masih ada rasa krem tapi pelan-pelan ajelah sehinggalah sampai ke garisan penamat.
Perasaan sebagai orang yang first timer join trail run ni? Aku rasa biasa- biasa je masa kat finish line, takdelah drama nak terbaring ke melompat jauh sekali apatah lagi nak nangis. Biasa-biasa je sebab yang penting aku dah sampai dan tak lebih cut of time (COT) walaupun sedikit frustrated timing lari sedikit sebab aku bajet nak sampai jam 1.00 tengah hari tapi aku sampai lagi sepuluh (10) minit nak jam 2.00 petang. Huhu. Apapun tahniah untuk diri sendiri dan juga pada kawan-kawan yang lain (baca: Novy dan Sal terutamanya) as pembakar semangat sebab aku dapat habiskan larian ni. Finish strong orang kampung kata.
What's next?
Sejujurnya, baru aku paham bila seorang kawan aku pernah lalu bagitau aku dulu-dulu yang trail run ni best. Oklah, I admitted it. 😉 Walaupun bukan seorang yang suka berlari tapi suka hiking, but I can get both if join the trail running eventhough takdelah lari sangat pun unless ko kejar PB (baca: personal best) or podium.
Tetiba, tau-tau aje sudah sign up another event trail running. Hihihi....Oppsss🤪
XO,










0 comments