Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Hye Korang!
Air terjun Giluk merupakan antara air terjun yang terdapat semasa ekspedisi menawan pelbagai air terjun yang terdapat di Maliau Basin atau dikenali sebagai Sabah's Lost World. Kalau korang nak tahu, nama Giluk ini diambil bersempena nama YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok.
Permukaan atas di air terjun ini dipenuhi dengan bebuih dengan warna airnya yang berwarna coklat kegelapan. Agak seriau pada mulanya untuk melangkah masuk apatah lagi nak menuju ke air terjun. Tapi guide kami yang comel, Jeff berkata; "kamu masuk jak, inda dalam pun.." Walaupun tidak dalam, tapi masih dalam mode berhati-hati la juga. Dah balik ni baru terfikir; kut² ada anaconda ke ikan besar ke..Hahaha...
Apa²pun, memang siuk la mandi buih. Korang kena mencuba untuk hiking kat sini tau, tapi awas, aku mau bagitau awal-awal duluan. Wajib training stamina ya sebab perjalanan agak jauh dan pacak la juga.
Xo,






0 comments