Tempat Makan Menarik ke Pantai Timur!

By kin - May 31, 2026

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.


Hye korang!


Kali ni aku nak shared antara tempat- tempat makan yang menarik serta sedap sekiranya korang nak ke Pantai Timur khususnya ke Terengganu.



Restoran Udang Galah Lubuk Hantu, cuti


Kalau melalui lebuh raya Karak, bolehlah singgah ke Restoran Udang Galah Lubuk Hantu yang terletak di Bentong, Pahang. Restoran ini menyediakan masakan tradisional Melayu berasaskan udang galah yang segar. Dibuka pada setiap hari; Isnin hingga Ahad dan beroperasi bermula pada jam 12.00 tengah hari hingga 10.30 malam.



Siapa yang craving dengan masakan Terengganu, bolehla singgah ke Nasi Dagang Jejantas yang menyediakan masakan pure Ganu, nasi dagang yang sedap dan juga pelbagai lauk pauk yang menyelerakan. Masakan orang lama; terasa seperti masakan di rumah sahaja dan bolehlah singgah di Kampung Tok Ku, Kuala Terengganu. Waktu operasi adalah pada setiap hari kecuali pada hari Sabtu bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Nasi Dagang Jejantas, cuti



3. Restoran Singgang Budu


Singgang budu merupakan hidangan tradisional popular Pantai Timur terutamanya daripada Kelantan dan Terengganu yang menggabungkan kuah singgang jernih dengan cecair penambah perisa ikan bilis iaitu budu. Bagi korang yang datang ke Kuala Terengganu, maghi singgah ke Restoran Singgang Budu, di Jalan Air Jernih untuk menikmati sajian istimewa ini. Selain killer dish; singgang budu, terdapat lebih daripada 30 sajian masakan panas seperti daging kerutuk, gulai telur itik dan masakan lain-lain untuk dicuba. Waktu operasi di restoran ini adalah pada setiap hari; kecuali hari Jumaat bermula pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Restoran Singgang Budu, cuti




Bagi penggemar masakan panas ala Thai, bolehlah berkunjung di Restoran Marshima Tomyam Seafood yang terletak di Kuala Terengganu yang beroperasi pada setiap hari bermula pada jam 4.00 petang sehingga jam 2.00 pagi. Antara menu istimewa di sini ialah sup belut, tomyam Bangkok, tomyam Poktek serta beberapa masakan berasaskan seafood. Rugi siapa yang tak makan di sini tau. Wajib cuba!


Marshima Tomyam Seafood, cuti




Mencari kafe bertemakan tradisional yang selesa dengan pemandangan pantai yang menakjubkan dan makanan tempatan yang lazat? Jom ke Nyiur Cafe, satu tempat menarik terletak betul-betul di tepi Pantai Sauh, Kuala Nerus, Terengganu! Dibuka pada setiap hari bermula jam 11.00 pagi ingga 5.00 petang. Antara menu yang perlu dicuba di sini ialah kuey teow goreng, kopok lekor, sate ayam, cucur udang serta beberapa deserts. Oh yea, kek pisang kat sini adalah one of best desert so far. Wajib cuba tau..

Nyiur Cafe Pantai Sauh, cuti



Restoran ini menyajikan masakan lauk pauk klasik Terengganu yang dibuka pada setiap hari bermula 7.00 pagi hingga 5.00 petang. Terkenal dengan gulai kawah, sup tulang dan ikan bakar, memang menjadikan satu port wajib singgah di Kuala Terenggan untuk rasa sendiri masakan Terengganu ini. Dengan suasana yang santai, hiasan dinding bercorak batik betul-betul membuatkan suasana yang sangat selesa beserta dengan pelbagai masakan yang sedap. 

Restoran Pior Ganu, cuti




  • Share:

You Might Also Like

0 comments