Kembara VM2026 : KL Experience & Explore Hunt 2026 - part 4

By kin - May 30, 2026

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.


Hye Korang!

Acara yang ditunggu-tunggu telah pun tiba menjelang malam. Masing-masing melaram dengan konsep Pakaian Klasik 80-an. Sumpah, semuanya cantik dan kacak belaka. Masing-masing tak lepaskan peluang untuk melaram yea? Hihihi... Seawal jam 8.30 pm semuanya sudah ready berada di dewan Convention Centre Hotel Raia. Masing-masing punya outfit memang kebaboom. 

KL Experience & Explore Hunt 2026


Campak belakang gaya itu...

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada En. Aliff; Pengarah Program, diikuti oleh En. Sufian bin Zainuddin; Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah, En. Mohd Azizul Arif bin Yahya; Pengarah Perlancongan Wilayah Timur, dan ASP Mohd Hazwan bin Mohd Nasir; Cawangan Kawan Lalulintas Bukit Aman. Selain daripada itu, beberapa orang peserta juga dipanggil ke atas pentas untuk memberikan/menceritakan pengalaman yang dapat dikutip sepanjang program ini berlangsung.

KL Experience & Explore Hunt 2026


Sambil-sambil tu, kitaorang menjamu selera sambil mendengar serta menonton tayangan klip-klip video yang terhasil sepanjang program ini berlangsung. Sedar tak sedar, tetiba rasa macam eh kejapnya masa berlalu. Dan-dan aku abis jer makan, Si Erma menggesa aku naik ke atas pentas untuk menjawab soalan kuiz khas dari pihak Hotel Raia. Pada mulanya, iskk aku segan/malas bebenar sebab aku ni bukannya tau sangat pasal Terengganu even though sokmo juga maghi Ganu ni. Hahahahaha...Terasa kunyahan terakhir masih berada di dalam mulut, aku sahut juga la gesaan Erma untuk aku menjawab kuiz ni (baca: dengan harapan masa tu, yang pertama tolong la jangan tersadung masa nak naik tangga tu dan keduanya, tolonglah jangan memalukan diri sendiri kalau tak dapat nak jawab soalan...hahahahha). Hakikatnya, aku seorang jur perempuan (baca : girl power) dan aku plak dapat soalan berkaitan dengan Hotel Raia. Aku rasa di antara tiga (3) orang yang menjawab soalan ni..Soalan aku je macam terpaling susah.. Waduhhh.. Mujur kawan-kawan kat bawah tu tolong la juga aku untuk menjawab soalan-soalan bernas ni. By the way, kitaorang bertiga dapat cenderamata daripada pihak Hotel Raia which is bagi aku sangat cantik tau! (baca: thanks to Erma sebab paksa sis naik untuk mejawab soalan kuiz itu...)

KL Experience & Explore Hunt 2026



Pemenangnya ialah.. jeng jeng

KL Experience & Explore Hunt 2026


Acara kemuncak ialah pemberian cenderamata pada setiap kumpulan mengikut nombor, hanya kumpulan yang mendapat nombor tiga (3) tertinggi sahaja yang mendapat wang saku lebih sedikit daripada tujuh (7) yang lain. Debaran demi debaran masa tu menunggu kumpulan Black dipanggil untuk naik ke pentas dan akhirnya, as predicted kitaorang dapat nombor kelima. (baca: aku bajet memang top five tapi sebenarnya nak top three...huhuhu). Apa-apapun sekalung tahniah kepada semua ahli kumpulan. Masing-masing memang menunjukkan semangat setiakawan tau. Proud of you guys! Kemunculan maskot Visit Malaysia 2026; Si Wira dan Si Manja terus mengujakan kitaorang untuk bergambar bersama-sama lagi. Kitaorang memang posing sakan dan berpeluang mengambil gambar beramai-ramai sebelum mengakhiri majlis ini. 

KL Experience & Explore Hunt 2026



Majlis tamat hampir jam 11.00 pm dan masing-masing mengajak melepak dan bertukar-tukar pendapat di Raia Kopitiam. Masa ni mata aku dah makin memberat (baca: faktor usia) tapi rasanya memang tak menahan nak lepak lama lagi. Terpaksala meminta diri untuk pulang ke bilik untuk zzzzzzz. 

KL Experience & Explore Hunt 2026



Hari terakhir

Sedar tak sedar, kitaorang sampai di akhir hari untuk berada di negeri Terengganu. Hari terakhir agak santai yang mana kitaorang akan check out pada jam 10.00am tapi macam biasa, seawal jam 7.00am aku dah terpacak kat Restoran Lagenda untuk bersarapan. Hahahaha. Memang aim nak makan sepuasnya dan tenang-tenang. Tapi laksa Terengganu dan roti sourdough memang sedap dooh! Adoi, masih teringat kesedapannya itu. 

KL Experience & Explore Hunt 2026


Selepas bergambar beramai-ramai di hadapan Hotel Raia (baca: selamat tinggal dan jumpa lagi, terima kasih di atas segala hospitality yang diberikan), kitaorang bergerak menuju ke destinasi untuk shopping!!! 

KL Experience & Explore Hunt 2026


Kalau tak ke Pasar Payang, ke mana lagi kan? Nama Pasar Payang ni diambil sebagai bersempena perahu Payang yang sering digunakan oleh nelayan untuk proses perdagangan awal negeri Terengganu. Selepas parkir kenderaan, masing-masing bertaburan untuk menjala hasil apa yang patut. Selepas penat menjala dan meletakkan hasil jalaan ke dalam kenderaan, kitaorang pun bertolak menuju ke Restoran Pior Ganu untuk menjamu makan tengah hari di sana. 

KL Experience & Explore Hunt 2026

KL Experience & Explore Hunt 2026


Restoran Pior Ganu ini menyediakan juadah masakan rasa kampung Terengganu. Semasa kitaorang memasuki perkarangan di sini, hiasan dinding corak batik di sini betul-betul eyes catching tau! Sangat cantik dan memberikan satu suasana yang cozy

KL Experience & Explore Hunt 2026

KL Experience & Explore Hunt 2026


Terima kasih dan jumpa lagi..

Lebih kurang jam 2.00pm, kitaorang bergerak beramai-ramai meninggalkan bumi Terengganu yang meninggalkan kenangan manis buat kitaorang. Perjalanan pulang menuju ke Kuala Lumpur diiringi dengan hujan lebat berkali-kali (baca: sekejap hujan sekejap tidak) di sepanjang pemanduan di lebuh raya. 

Kitaorang berhenti di dua (2) RNR untuk berehat sebentar serta solat jamak sebelum meneruskan perjalanan. Perpisahan agak terasa yang mana escort polis peronda mula berkurangan  sebelum kitaorang tiba di susur keluar Kuantan. (baca: terima kasih polis trafik negeri Terengganu yang escort kitaorang...!) 

KL Experience & Explore Hunt 2026


Sejurus kitaorang memasuki tol Gombak, aduhhh...Jalan mulai jem, namun begitu pergerakan kitaorang masih lagi berjalan dengan lancar. Akhirnya lebih kurang sebelum jam 9.00pm, kitaorang semua selamat tiba di perkarangan bangunan Pusat Perlancongan Malaysia (MatiC).

Alhamdulilah, sepanjang pemanduan dari Kuala Lumpur menuju ke Terengganu dan pulang kembali ke Kuala Lumpur, berbesar hatilah sekiranya kitaorang dapat mencapai objektif iaitu dapat mempromosikan lokasi perlancongan berkonsepkan road trip di samping dapat melakukan aktiviti treasure hunt dengan rasa gembira.

KL Experience & Explore Hunt 2026


Di kesempatan ini, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada our sponsors iaitu; Perodua, Starbucks, Julies, Cocopie, 100Plus serta tidak dilupakan kepada pihak Tourism Malaysia Wilayah Tengah, Tourism Malaysia Wilayah Timur dan big applause to Gaya Travel Magazine! Totally nailed that! Tidak lupa juga kepada semua  anggota polis trafik Bukit Aman dan Kuala Terengganu serta para petugas medik daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang sama-sama mengiringi kitaorang bermula dari permulaan hinggalah ke pengakhiran di sepanjang pemanduan/perjalanan kitaorang!


Mari berjalan ke Kuala Berang,
Beli kerpok loso buat buah tangan,
Terima kasih pakat mari serang,
Dukong selalu industri pelancongan.


xo,

  • Share:

You Might Also Like

0 comments