Kembara VM2026 : KL Experience & Explore Hunt 2026 - part 3

By kin - May 29, 2026

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.


Hye Korang!

Aktiviti hari ketiga ialah, selepas bersarapan di Restoran Lagenda; kitaorang berkumpul dan berkonvoi menuju ke Setiu. Ni antara itinerary yang masing-masing tak sabar tau! Aku pun sebenarnya tak pernah menjejak kaki ke sini, dan ini adalah salah satu peluang keemasan. 

KL Experience & Explore Hunt 2026



Perjalanan memakan masa hampir satu (1) jam dengan smooth as usual sebab apa? Sebab abang-abang polis membantu melancarkan laluan trafik. (baca: terima kasih polis trafik!). 



KL Experience & Explore Hunt 2026



Akhirnya, kitaorang sampai juga di Terrapuri Heritage Village yang terletak di Penarik, Setiu. Ini merupakan salah satu resort yang unik dengan mengetengahkan ciri-ciri suasana seperti berada di istana dengan diinspirasi dari Kerajaan Langkasuka. Setiap rumah tradisional Melayu ini dikumpul dari setiap pelusuk Terengganu dan dibaik pulih bagi tujuan mengekalkan warisan seni bina Melayu. Kebanyakan rumah yang dibina dengan seni klasik Melayu ini rata-rata berusia 100 - 200 tahun dengan menggunakan kayu yang berkualiti tinggi. Antara keunikan di sini ialah setiap tangga di rumah-rumah ini adalah dari kiraan ganjil, yang mana setiap rumah mempunyai selasa atau dikenali dengan nama beranda (baca: selasa merupakan beranda dalam bahasa Terengganu). Ada juga dinding-dinding rumah ini digelar sebagai janda berhias ataupun janda baik (baca: haaa part ini aku tak reti nak explained sebab tak berapa pay attention semasa penerangan)

KL Experience & Explore Hunt 2026

KL Experience & Explore Hunt 2026



Sejurus diberikan penerangan dan welcome speech daripada En. Alex Lee, kitaorang diberikan peluang untuk menyelusuri sendiri rumah-rumah yang ada di kawasan sekitar sebelum kitaorang berentap lagi untuk aktiviti seterusnya. 


KL Experience & Explore Hunt 2026


Kalau korang nak tahu, aktiviti pertama untuk kitaorang berentap adalah mengukur isi kelapa secara tradisional. Ok, aku jamin most of us tak pernah mengukur kelapa secara tradisional. Sebab apa? Sebab dahulunya kukur kepala merupakan satu-satunya peralatan dapur tradisional yang digunakan untuk memarut isi kelapa bagi pelbagai tujuan dan kegunaan dalam masakan Melayu. Satu (1) demonstrasi telah dilakukan bagi memberi petunjuk bagaimana cara yang betul untuk memarut isi kelapa. Kumpulan yang banyak memarut isi kelapa dan cantik akan dikira dengan markah tertinggi. Semasa ni, memang suasana sangat havoc dan riuh rendah dengan sorakan dan gaya pemarut berentap untuk menghasilkan parutan terbanyak. Kitaorang pun berpeluang untuk sama-sama memberikan sokongan kepada ahli kumpulan yang lain dan masing-masing memberikan peluang to each othters untuk mencuba aktiviti ini.

KL Experience & Explore Hunt 2026


Aktiviti seterusnya pula agak unik bagi aku sebab kitaorang kena menggoreng keropok ikan dengan menggunakan pasir ok. Untuk aktiviti ini, kitaorang perlu menghasilkan gorengan keropok yang terbanyak (baca: sebanyak mana yang mungkin). Ini pengalaman yang rare bagi aku, walaupun menggunakan pasir, ianya tetap panas ok, sampai boleh melecur kulit jikalau terkena pada permukaan kulit. Seusai berentap, berpeluh-peluh menggoreng kopok ikan, kitaorang berpindah tempat pula (baca: lokasi di tepi pantai yang indah)  untuk meneruskan aktiviti bersifat kekuatan fizikal pula. 

Terompah gergasi dan kenangan

Permainan terompah gergasi atau nama lainnya iaitu kaki lipan merupakan salah satu permainan kanak-kanak tradisional. Permainan ini perlu dimain secara berkumpulan, dan bilangan ahli kumpulan biasanya menyamai bilangan selipar. Biasanya, permainan ini akan berentap bersama-sama dengan ahli kumpulan yang lain. Masa biasa, sebelum kitaorang berentap, satu demonstrasi akan ditunjukkan oleh krew. Memang riuh rendah dan masing-masing memasang strategi sebab permainan ini memerlukan kekuatan fizikal untuk menang. 

KL Experience & Explore Hunt 2026



Kitaorang berentap dalam kiraan empat (4) kumpulan dan dua (2) kumpulan yang terawal akan dikira sebagai pemenang. Kebetulan kumpulan Black Peppers pula jatuh pada turn kedua, jadinya bolehlah melihat strategi kumpulan lain selain tolong berikan sokongan moral kepada mereka. (baca: sorak sambil gelak). Aku sebenarnya tak pernah ok mencuba permainan ini dan ini meerupakan satu pengalaman yang syok untuk aku. Paling penting, kitaorang akan cuba tidak jatuh sebab kalau terjatuh tu memang macam agak teruk je aku rasa. Permainan ini memang memerlukan kekuatan fizikal tapi sebenarnya kan, kerjasama dan komunikasi antara ahli kumpulan yang paling penting. Dan yes, kitaorang menang untuk pusingan kumpulan kitaorang yea. Yahuuuu. 

KL Experience & Explore Hunt 2026


KL Experience & Explore Hunt 2026



Masing-masing tampak kepenatan tetapi enjoyed, dan kitaorang mengisi perut dengan masakan lauk pauk yang sangat meliurkan. Mana tak nya, ada pelbagai kerabu dengan ulam ulaman dan lauk pauk yang begitu banyak untuk dicuba. Selain itu, terdapat juga buah-buahan tempatan selain kudapan seperti mini dodol dan sagun kelapa atau serbuk sagu.  

Sepetang di tepi pantai

KL Experience & Explore Hunt 2026


KL Experience & Explore Hunt 2026


Sebaik sahaja selesai makan tengah hari, kitaorang diberikan sedikit masa untuk bergambar dan membuat konten di kawasan sekitar. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk menukar pakaian untuk lebih estetik ketika bergambar dan menunaikan fardu solat. Setelah bergambar, mengambil video dan membuat konten, akhirnya kitaorang bertolak menuju ke Kuala Terengganu

KL Experience & Explore Hunt 2026


Destinasi seterusnya ialah kitaorang menuju ke Nyiur Cafe di Pantai Sauh untuk acara minum petang di situ dengan berkonsepkan secara berpiknik dengan kumpulan masing-masing. Ketibaan kitaorang disambut mesra oleh semua staff Nyiur Cafe dan lambaian pokok-pokok nyiur di situ seakan akan mengalu-alukan kedatangan kitaorang. Sambil-sambil lepak, menjamu juadah, kitaorang perlu membuat sorakan kumpulan. Dahla masa diberikan secara short noticed, dan apa yang berlaku are the rest. Most of the ideas, comes with spontaneous. Haaa, masa ni la kelakar bila alamak ada yang kitaorang kena retake balik padahal tengah berentap nak kumpul markah kumpulan. Hahahahaha. Seusai buat sorakan kumpulan, macam biasa kitaorang bergambar sambil membuat konten. Vibes kat situ memang memory lane la. 

KL Experience & Explore Hunt 2026

KL Experience & Explore Hunt 2026


Kitaorang memang bergerak pulang ke Kuala Terengganu sebelum jam 6.00 petang sebab acara kemuncak untuk trip kembara ini ialah semasa malam and kitaorang tak sabar-sabar nak tahu kumpulan mana yang menang.


KL Experience & Explore Hunt 2026


Oklah, nanti aku sambung di part keempat pula ya.


xo,

  • Share:

You Might Also Like

0 comments