Kembara VM2026 : KL Experience & Explore Hunt 2026 - part 2

By kin - May 27, 2026


Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.


Hye Korang!

KL Experience & Explore Hunt 2026



Untuk hari kedua, seawal pagi dah bangun dengan penuh semangat. Tidur pun lena diulit mimpi indah. Nyaman sungguh tidur di bilik Hotel Ria & Convention Centre Terengganu ni. Lebih kurang jan 7.00 am aku dah terpacak di depan Restoran Lagenda untuk menjamu sarapan di sini. Sejurus masuk di sini, wah... Pelbagai hidangan disediakan di sini sampai aku dah tak tahu nak makan apa ni. Terlalu banyak dengan pelbagai jenis juadah. Tapi kan, yang paling best ialah; sedap ok!!!


KL Experience & Explore Hunt 2026


Itinerary hari kedua macam agak padat tapi so oklah kan? Selepas bersarapan, kitaorang macam biasa berkumpul dan bersedia dalam kereta untuk meneruskan kembara konvoi kitaorang. Destinasi pertama untuk hari kedua ialah kitaorang menuju ke Muzium Negeri Terengganu. Bagi penduduk lokal, Muzium Negeri Terengganu ini lebih dikenali sebagai Muzium Losong yang berkeluasan 23 hektar yang terletak di Kampung Bukit Losong, Kuala Terengganu. Aku sebenarnya teruja sebab suka sangat dengan seni bina muzium ini dengan landskap yang indah serta mampu mengembalikan kegemilangan Terengganu yang kaya dengan sejarah budaya

Muzium Negeri Terengganu ini mempunyai sembilan (9) galeri yang memaparkan pelbagai koleksia bahan sejarah dan senibina yang unik; antaranya ialah Galeri DiRaja, Galeri Tekstil, Galeri Anyaman, Galeri Islam, Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Senjata Tradisional dan Galeri Petronas. 

KL Experience & Explore Hunt 2026


Setibanya kitaorang di pintu masuk muzium, kitaorang diberikan taklimat dan  perlu menyelesaikan teka teki dan berentap dengan pasukan yang lain. Masa ni perasaan membuak-buak nak menang lagi dan rasa tak sabar. Nak selesaikan teka teki ini dan lepas  nak bergambar sepuasnya di muzium yang cantik ini. Kitaorang kena menyelesaikan lima (5) peringkat yang mana dua (2) teka teki perlu diselesaikan di tingkat pertama, baki lagi dua (2) di tingkat kedua dan yang terakhir di tingkat ketiga. Ok, part kelakar ialah kitaorang ni lari ke sana sini macam orang gila bayang. Hahahaha. Then macam ada missed communication di part terakhir yang mana kitaorang dah turun dari tingkat tiga (3) then naik balik dan turun balik ke tingkat satu (1). Aiiishhh geram sungguh. 


Setelah selesai semua teka teki, peluh pun dah start mengering. Apalagi, kitaorang pun mulalah membuat konten dan mengambil beberapa gambar kenangan sambil-sambil menghayati peristiwa-peristiwa sejarah Terengganu. Part yang tidak dapat dilupakan bila kitaorang sepakat membuat konten berdasarkan lagu One Kiss daripada penyanyi Sharon  Richart. Begitulah bila mak-mak gen Z kena buat konten tiktok terkini. Hahahaha. (baca: semua team Black Pepper memang sporting ok!) Tambahan pula, pengambaran video ini dibantu pula oleh Encik Aliff; Pengarah Program kitaorang. (baca: terima kasih yaaaa, En. Aliff memang sporting!).


Pelancongan budaya

KL Experience & Explore Hunt 2026



Setelah diberikan masa, kitaorang bergerak menuju ke Kampung Budaya Terengganu untuk meneruskan aktiviti kitaorang yang seterusnya. Berkonsepkan live museum, Kampung Budaya Terengganu mempu membawa para pengunjung menyelami warisan dan budaya negeri Terengganu dari aspek kebudayaan, kesenian dan warisan tradisional masyarakat Terengganu khususnya. Antara salah satu tarikan di sini ialah koleksi rumah tradisional rumah Melayu yang telah dibina semula di kawasan ini yang mana setiap rumah mempunyai keunikan yang tersendiri. 

KL Experience & Explore Hunt 2026


Aktiviti dimulai dengan persembahan tarian tradisional di Dewan Laman Warisan Kampung Budaya Terengganu sebelum kitaorang dibawa berkunjung ke Istana Tengku Long. Di sini, kitaorang disajikan dengan persembahan tradisonal muzik gamelan. Kalau korang nak tahu, muzik gamelan ini seringkali dimainkan ketika dalam acara kebudayaan, perkahwinan dan festival seni agar seni muzik ini dapat dihargai oleh generasi akan datang. The best part is; kitaorang boleh mencuba memainkan alat muzik ini dengan panduan daripada salah seorang pemain gamelan. 

KL Experience & Explore Hunt 2026

KL Experience & Explore Hunt 2026



Aktiviti seterusnya dimulakan dengan pertandingan tradisional seperti batu seremban dan bowling kelapa. Kali ni kitaorang berentap secara kalah mati. Demonstrasi telah dilakukan oleh staf Kampung Budaya. (baca: jangan tak tau yea, ada yang tak pernah berpeluang untuk bermain permainan tradisional ini tau!). Macam aku, eleh kacang, masa konon-konon rehearsal, amboi gah kau leh kaut semua. Sekali masa pertandingan, ehmmmmm... Nan hado. Kalah ok! Hahahahaha... (baca: berlagak dalam diam, itu ubatnya...hahahah) 

KL Experience & Explore Hunt 2026




KL Experience & Explore Hunt 2026


Ok disebabkan dah kalah masa main batu seremban, kitaorang ni takde dah beria macam sebelum ni, sebab takut kalah (baca: kitaorang tetap nak menang juga!). Well, out of 3, semua balingan kelapa kitaorang tak mengena, aduh kecewa sebab mata ganjaran besar juga kat sini, setiap tin yang dijatuhkan oleh balingan akan mendapat satu point. Alhamdulillah, hanya tangan si Comel sahaja yang ada ong! Hahahahahaha.. Dapatlah, 10 mata di situ. 

Hampir separuh hari kitaorang di Kampung Losong ni, pergerakan aktiviti diteruskan dengan menjamu makan tengah hari di Restoran Singgang Budu. Kalau dah ada perkataan budu di situ, kompemlah killer dish ni berdasarkan budu. Budu ni memang salah satu hidangan tradisional popular di Pantai Timur khususnya Terengganu dan Kelantan. Menggabungkan kuah singgang yang jernih, masam dan beraroma dengan cicahan budu memberikan cetusan rasa masin dan pedas yang mampu menaikkan selera makan lagi-lagi dipadankan dengan nasi yang masih panas. Suuuurrrrr. Alamak, tetiba terkecur air liur. Hahahahaha....

KL Experience & Explore Hunt 2026



Kalau korang bercuti di Kuala Terengganu, jangan lupa untuk singgah ke Restoran Singgang Budu ini. Lokasinya terletak di Kampung Tanjung Kapur ini menyediakan hidangan tradisional Terengganu sesuai dengan tagline restoran ini iaitu "Citarasa Anak Tranung".


Warisan batik Malaysia

KL Experience & Explore Hunt 2026



Seterusnya, kitaorang dibawa ke Kompleks Kraf Noor Arfa di Kuala Terengganu; tidak jauh dari Pusat Budaya Kraf Terengganu. Di sini, kitaorang berpeluang untuk mendalami selok belok pembuatan batik khususnya. 

Segala penerangan berkaitan pembuatan batik ini diketuai oleh Puan Wan Farhana binti Wan Tazilah; selaku PR Executive NACC Batik Pavillion. Di sini, kitaorang berpeluang untuk mencuba menekap batik atau lebih dikenali sebagai batik cop menggunakan blok yang telah diukir. (baca: batik terap atau batik cop adalah antara kaedah menghasilkan batik dengan menggunakan sesuatu blok pengecop ). 


KL Experience & Explore Hunt 2026



Antara kenangan manis yang kitaorang tak dapat lupakan ialah; kitaorang berpeluang untuk memasuki ke bilik Pameran Noor Arfa Premium. Ruang eksklusif ini merupakan koleksi terbaik ciptaan Noor Arfa dari koleksi sutera premium hingga ke songket asli Terengganu. Di bilik premium ini, setiap pelawat menerima lawatan sebagai VVIP dengan layanan untuk membeli belah dengan selesa, dan secara peribadi. 

KL Experience & Explore Hunt 2026



Seusai kitaorang di bilik pameran Premium, kali ni kitaorag berentap lagi di dalam kumpulan dengan mencanting dan mewarna batik. 

Batik tercipta indah...

Macam biasa, kitaorang dibahagikan mengikut kumpulan dan siapa cepat dia dapat konsepnya. Siapa cepat, dapatlah memilih corak yang menjadi rebutan. Kebetulan aku terawal, dan aku memilih corak sejambak bunga ros. (baca: minah bunga...hahaha) Kalau pilih corak wau dan penyu, macam susah jur nak canting dan mewarna; sudahlah warna pun terhad. Sebab tu untuk selamat, aku memilih sejambak bunga ros.

KL Experience & Explore Hunt 2026



Masa yang diberikan terhad, punya la kitaorang bersemangat waja nak menang juga. Masing-masing tunjuk skill mencanting dan mewarna (baca: kitaorang mewarna ikut gradient ok). Cumanya ada some mistakes masa mencanting tu tak cermat, so kitaorang punya warna tu merebak. (baca: sedihla hai..sebab nampak comot...huhuhu). Apa-apa pun, itu suatu pengalaman manis dan menjadkan ini salah satu bonding antara ahli kumpulan.


Menghubungkan destinasi

KL Experience & Explore Hunt 2026



Seterusnya, kitaorang berkonvoi melintasi Jambatan Angkat Terengganu yang merupakan ikonik kebanggaan negeri Terengganu. Untuk pengetahuan, jambatan sepanjang 638 meter ini menghubungkan antara daerah Kuala Terengganu dan daerah Kuala Nerus. Selain mempunyai rekabentuk yang unik, jambatan ini boleh dinaikkan dan diturunkan bagi memberi laluan kapal besar melaluinya. Kitaorang berpeluang untuk bergambar bersama-sama dengan kenderaan masing-masing dengan berlatar belakangkan jambatan angkat ini. Memang stylo kalau bergambar di sini tau!

KL Experience & Explore Hunt 2026


KL Experience & Explore Hunt 2026



Tidak sampai 10 minit perjalanan, kitaorang singgah untuk makan malam di Restoran Marshima Tomyam Seafood. Restoran ini menyediakan masakan ala Thai yang sangat popular; terkenal dengan hidangan laut segar, servis yang pnatas dan pilihan hidangan yang pelbagai. Memang suuur ok, dapat-dapat bagi penggemar masakan ala Thai.

KL Experience & Explore Hunt 2026



Seusai makan malam, kitaorang bergerak pulang menuju ke Hotel Raia & Convention Centre Terengganu. Aktiviti siang agak padat, jadinya aktiviti malam adalah bebas bagi setiap peserta kembara. Masing - masing mengambil peluang untuk melepak di Raia Kopitiam untuk bertukar-tukar pendapat dan idea. Letak kepala di atas katil empuk, terus tertidur (baca: sebenarnya tak sabar nak buat aktiviti esoknya...).

Ok, jumpa keesokkan harinya untuk our next adventures!


xo,


  • Share:

You Might Also Like

0 comments