Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Hye Korang!
Baru-baru ini aku berkesempatan menyertai sebuah kembara secara berkonvoi beramai-ramai merentasi negeri bermula dari Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang sebelum menuju ke Terengganu selama empat (4) hari dan tiga (3) malam bermula pada 16 May hingga 19 May 2026. Penyertaan ini telah disertai seramai 83 peserta terdiri daripada wakil media dan KOL (Key Opinion Leader). Sebelum acara pelepasan konvoi ini dimulakan, kitaorang mendaftar terlebih dahulu dan diberikan beberapa taklimat penting; di antaranya ialah tentang keselamatan sepanjang pemanduan.
Acara kemuncak ini dimulai dengan acara pelepasan yang telah disempurnakan oleh En. Mohd Roslan Abdullah (Pengarah Kanan, Bahagian Domestik dan Acara, Tourism Malaysia), En. Sufian Bin Zainuddin (Pengarah, Tourism Malaysia Wilayah Tengah), En. Nuar Md Diah (Pengarah Urusan, Gaya Travel Magazine), Cik Syafiqah Aqilah (Social Media Executive, Starbucks), dan En. Muhammad Fauzi Ahmad (Pengurus Acara dan Tajaan, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd).
Oh yea, untuk pengetahuan semua, sepanjang perjalanan ini kitaorang telah dibahagikan secara rawak dengan empat (4) orang dalam satu kumpulan. Masa ni aku rasa macam, ehmmm..tawakal ajelah dengan siapa pula aku nak berada dalam satu team ni, mudahan dapat team yang sporting. Alhamdulillah, dapat team mates yang masuk air, dah la gojes meletup tau (baca: terasa diri ini krik krik kiukkk..haha). Kitaorang telah dimaklumkan terlebih dahulu bahawasanya, sepanjang trip ini, pihak Perodua merupakan antara pihak utama yang sponsor trip ini dengan membekalkan kenderaan Perodua, cumanya masing-masing tidak tahu mendapat jenis kenderaan apa. Alhamdulillah, team aku (baca: Team Black sebab dalam kereta dah ada sesiap riben berwarna yang wajib kena pakai sepanjang trip, kalah weh gelang emas ribu riban tu) telah mendapat kereta berjenis Ativa berwarna silver dengan nombor plat 902. Masa ni la kitaorang baru nak berkenalan dan dah kecoh-kecoh maa dalam kereta. Hahahahahhahaha.
Here we go.....!
Lokasi pertama yang kitaorang pergi ialah ke Menara Kuala Lumpur. Masa ni terasa macam sangat-sangat teruja, first time kut kena escort dengan polis trafik. Dapat-dapat pula di Kuala Lumpur ni memang terkenal dengan trafik lalu lintas yang padat. Setelah siap berkonten dan bergambar di Menara Kuala Lumpur, episode treasure hunt akan bermula setibanya kitaorang di destinasi ke-2 iaitu ke Muzium Orang Asli yang terletak di Gombak, Selangor. Perjalanan yang lancar (baca: mestilah kan?), akhirnya kitaorang tiba di Muzium Orang Asli Gombak pada jam 10.00 am.
Oh yea, lupa nak habaq yang setiap kumpulan diberikan satu (1) tanggungjawab iaitu menjaga telur. Masa ni masing-masing macam ada tanduk di kepala, nak rebus la..nak ganti baru la kalau pecah, sekali bila dapat...Haaa amik ko, dah siap berada di dalam bekas tipuware plus dan kena lilit dengan kemas dengan selotep. Hahahahaha...Hancur impian nak tipu. Kah kah kah. Telur tu mesti sentiasa 'nampak' kalau ada krew-krew yang bertanya keberadaan (baca: takleh simpan dalam beg ke poket ke).
Setibanya kitaorang di Muzium Orang Asli Gombak, kitaorang telah diberikan taklimat dan berpeluang untuk melihat sambil melawat kawasan sekitar di dalam mahupun di luar muzium untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan Orang Asli. Setelah hampir sejam mengambil info dan membuat konten, kitaorang berkumpul di auditorium untuk sesi kuiz dan pemberian cenderamata. Masa ni adrenaline membuak-buak sebab kitaorang memang nak menang sangat-sangat plus ada dua (2) teams sahaja yang all girls ok. Kira not bad our performance, semua jawapan betul cuma line data tak berapa nak ngam. Tapi oklah, masih top 5. Hihihi.
Kereta beratur satu..satu...
Keterujaan kitaorang bermula apabila semua peserta konvoi mula memasuki laluan lebuh raya menuju ke Pantai Timur. Masa ni wowww weee terasa sangat-sangat penting ok bila tengok polis trafik menahan semua kenderaan lain untuk mengosongkan serta memberikan laluan untuk perjalanan kitaorang. Perjalanan yang lancar ini membawa kitaorang seterusnya ke destinasi untuk menjamu makan tengah hari di Restoran Udang Galah Lubuk Hantu di Bentong. Dengar nama macam seram kan sebab macam ada hantu tapi sebenarnya korang jangan takut sebab ini memang port makanan bagi penggemar udang galah. Kalau korang nak tahu, restoran ini menyediakan udang galah yang fresh; kira menu-menu utama di sini semuanya berasaskan udang galah. Di sini, selain makanan yang sedap dooh, kawasan parking pun luas, nak solat pun ada disediakan ruang solat yang selesa. Kira dah macam one stop centre jugalah.
Perjalanan konvoi kitaorang diteruskan dengan menuju ke RNR Gambang bagi memberikan masa untuk menunaikan solat, mengisi minyak kereta dan membeli kudap - kudapan. Biasalah kalau dah memandu jauh, kudapan tu penting woo.. Lagi-lagi sambil membawang. Hahahaha. Bermula dari Restoran Udang Galah Lubuk Hantu, aku plak start memandu kereta. Kiranya, inilah pertama kalinya aku memandu kereta Ativa beserta konvoi. Bagi aku, ini memang satu pengalaman yang sukar digambarkan. Sebab apa? Sebab kena sentiasa alert dengan jarak pemanduan dan had laju. Yang keduanya, apabila memandu secara konvoi, memang agak berlainan sedikit. Santai sangat pun tak boleh, nak pecut sangat pun tak boleh. Yang penting, kita sampai ke setiap destinasi dengan selamat.
Na..na..Ganu kite!
Lebih kurang jam 6.00 pm, kitaorang berhenti sekali lagi di RNR Bukit Besi. Di sini, bolehla meregangkan tulang dan rileks sebentar. Tapi bagi aku, aku rasa seronok sebab aku dapat memandu laju di dalam perjalanan yang jauh. Macam satu terapi untuk aku tau sebenarnya. Bukannya senang nak dapat peluang memandu laju di highway. Hihihi (baca: boleh tapi sila bayar saman la nanti...). Kitaorang kat sini sempat la juga mengambil peluang untuk bergambar dengan kereta Ativa kami, membuat sedikit konten dan tidak lepaskan peluang untuk bergambar dengan motosikal polis trafik. Tengok meter motor tersebut, no wonderlah polis trafik boleh pecut laju, kalah wooo kereta kitaorang ni. Hihihi.
Akhirnya dalam jam 8.00 pm, kitaorang sampai di Restoran Nasi Dagang Atas Jejantas yang terletak di Kampung Tok Ku, Kuala Terengganu. First impression tentang kedai ini, memang sebuah kedai makan yang otai dan banyak pelanggan yang tersendiri. Serius, aku bukannya peminat sangat nasi dagang tapi menu yang disediakan memang banyak dan sedap-sedap belaka. Sampai penuh aku punya pinggan tau. Hahaha. Kecur air liur bila teringat kerabu buah gajus dan daging masak merah. Aduhhh..Kena repeat datang la ni. (baca: kena lupakan misi diet duluan). Selepas pekena nasi dagang, baru terasa mengantuk dan penat. Hahahaha, alamak! Aku rasa aku ambil nasi takdelah banyak sangat (baca: memang dalam bungkusan macam nasi tumpang je), tapi dia punya kenyang tu memang sampai ke setiap pelusuk isi perut aku la. (baca: sendotdat...hahaha).
Sebelum mata makin memberat, kitaorang pun bergerak menuju ke destinasi terakhir kitaorang iaitu Hotel Raia & Convention Centre Terengganu sebagai penginapan kitaorang sepanjang pengembaraan ini.
Highly recommended
Untuk pengetahuan korang, Hotel Raia & Convention Centre Terengganu ini merupakan salah satu hotel bertaraf empat (4) bintang yang terkenal kerana lokasinya yang sangat strategik iaitu tidak sampai lima (5) minit sahaja daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Hotel ini juga menyediakan fasiliti kemudahan seperti ruang konvensyen, kemudahan WIFI, kolam renang, restoran serta pusat kecergasan. Pertama kali masuk ke bilik ini, memang sumpah cantik, besar dan memang selesa betul. Bilik yang luas, katil pula empuk gila memang kompem dapat tidur dengan lena. Hihihi. Kalau korang datang ke Kuala Terengganu, aku memang akan 10/10 highly recommended untuk yang cari keselesaan. Tak payah fikir dua (2) kali, memang comfy teruk!
Oklah, tamatlah sudah penceritaan untuk hari pertama. Hari yang penuh keterujaan dan masih belum rasa penat lagi. (baca: hahahahaha..kita tunggu hari seterusnya nanti).
xo,











2 comments
Allahu baca ni terus terkenang kembali kenangan, memang trip kalini paling akn dikenang sampai bila2 semua port makan pitstop, abg pulis dan org ganu kite mmg thorbaekk!!!
ReplyDeleteKan!!! Rindu dengan korang...best ever famtrip
Delete