Tinggal Kenangan : Come Out and Play (The Offspring)

By kin - April 05, 2020

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.




Aku ada satu kisah agak lucu pada zaman persekolahan aku. Kalau korang dibesarkan pada zaman 90-an, mesti korang kenal dan pernah dengar lagu daripada kumpulan genre pop punk iaitu The Offspring ni. Antara lagu yang terkenal pada masa tu adalah lagu "Come Out and Play" yang diambil daripada album Smash. Selain Come Out and Play, lagu seperti Self Esteem dan Gotta Get Away juga popular daripada album Smash ni. Lagu Come Out and Play ini kerap diputarkan di corong-corong radio ketika album ini muncul pada tahun 1994. Ok, itulah sejarah ringkas tentang lagu ini. Jadi, apa kena mengena dengan aku? jeng..jeng..jeng...


#comeoutandplay #offspring #mozac

Sebenarnya, kalau aku nak bercerita kisah ini, aku segan sebab orang yang terlibat dalam insiden ini dah friend aku kat dalam Facebook. Kalau ustaz baca kisah ini, saya terlebih dahulu nak minta maaf banyak-banyak atas kenakalan saya dulu-dulu. Atau sebenarnya, ustaz dah tahu...??? Hihihi....ampun ustaz!



Aku ceritakan serba sedikit tentang asrama aku ni. Aku duduk di dorm yang paling hujung, sebelah bilik stor dan toilet manakala study room di asrama aku pula adalah yang paling hujung di sebelah nun. Blok aspuri pula adalah mengadap blok aspura yang mana tengah-tengahnya adalah dewan makan. Al - kisahnya, kalau sesiapa yang memang kenal akan aku, aku adalah sejenis manusia yang susah nak stay up malam-malam. Kira nak study larut malam, lebih baik aku membuta tidur, mimpi yang indah-indah. Hahahaha.....Kalau sesiapa nampak aku stay up tu, memang ajaib bin hairan. Kompem apa yang aku belajar tu, tak masuk dalam kepala otak, Sebab, tidur lagi best. Hahaha...

Ada satu malam tu, aku tak tahulah kenapa aku nak stay up. Aku rasa aku ke study room tu boleh kira je berapa kali sepanjang aku lima (5) tahun di sana. Tapi malam itu sungguh luar biasa. Membuak-buak perasan aku nak study di study room walaupun aku tahu, confirm ilmu tak lekat dalam kepala ni. Hahaha...Sesampai sana, jam dah hampir 12 tengah malam, hari apa aku dah tak ingat dah. Tapi yang aku ingat, esoknya tu adalah hari persekolahan. Di satu penjuru, ada seorang senior aku (Kak S) tengah study sambil buka radio. 

Suasana malam itu sangat sunyi. Hanya kedengaran radio memutarkan lagu-lagu dari radio kak S. Entah macam mana, secara tiba-tiba, kak S bangun sambil menjerit-jerit dan macam meliuk-liuk (read: macam nak kibas-kibas badan) dan pada masa itu, lagu Come Out and Play ini pula sedang berkumandang dengan lantangnya. Suasana study room menjadi riuh rendah dengan keadaan yang macam tu sebab masing-masing tahu yang Kak S ni memang suka bergurau. Tapi nampaknya, ini perkara serius! (hahaha)

Rupa-rupanya, kak S cuba membuang seekor belalang yang datang dari mana ntah terus hinggap kat badannya. Masa tu sungguh riuh sampai boys dari seberang menjerit suruh senyap. Dan paling best malam tu, aspuri kami tengah ketiadaan warden (tak ingat maybe pi kursus kut). Dari sudut pandangan dari seberang, dengan lagu yang tengah hit, kuat pula tu sebab malam sunyi sepi, mesti ingat kami di study room tengah berpesta, joget-joget padahal masing-masing nak elak daripada belalang durjana yang suka hati melompat dari kak S ke seniors/juniors yang lain. Biasalah orang perempuan kan, terjerit-jerit. 

Selepas tu, keadaan menjadi reda tapi kami semua di study room tak habis-habis ketawa sebab rasa kelakar gila. Tapi keadaan masa tu memang bising. So aku decided nak balik dorm la mengenangkan jam pun dah hampir 1 lebih dan satu apa pun tak lekat dalam pala hotak aku. Masa aku on the way ke dorm, suasana aspuri tetiba menjadi bising. Rupa-rupanya ustaz (warden bertugas masa tu) masuk dan nak siasat kut. Aku pun terus berlari ke dorm, memang nyaris kena tangkap dek ustaz (saya tak bersalah, saya cuma sumbangkan ketawa saya je di study room) dan cepat-cepat aku tutup dan kunci pintu dorm! Kalah pucat muka aku kalau dibandingkan aku kene kejar dek monyet kudung tu. 

Sampai sekarang aku masih ingat kata-kata ustaz di depan pintu dorm aku sebab aku cuba menahan pintu aku supaya tak kena bukak tapi kena ketuk je. Ustaz cakap, "Laki perempuan sama saja!" Nak tergelak tapi aku tak bersalah, yang bersalah si belalang tu!

Keesokan harinya, aku ke bilik guru sebab ada hal untuk aku sampaikan (hantar buku kut, lupa..). Oh yea, ustaz itu adalah ustaz subjek agama kelas aku dan guru expema (pengawas makanan). Entah macam mana, terbual pasal kejadian malam tu. Aku menjadi tukang dengar cerita dan aku senyap gila. Takut kantoi woih. Hahahha...Cuma, aku tak tahulah kalau ustaz tahu yang dia kejar tu adalah aku atau tidak .(nasib baik aku lari laju time tu..hahaha) Keluar sahaja dari bilik guru, memang aku nak gelak je. Adeh kenangan.....Sebab ustaz yang aku kenali adalah sangat berbeza dengan ustaz yang kejau aku malam tu. Sungguh berlainan. Maybe masa ustaz kejau tu, ustaz pun tengah stress dengan perangai budak-budak asrama ni. Hihihi

Jadinya, sehingga kini...Jika aku mendengar lagu Come Out and Play, aku akan senyum sumbing dan gelak mengekek-ngekek. (ada part aku tak cerita sangat sebab menjaga sensitiviti...hihi)

Ok, kalau korang nak dengar lagu ni, boleh la search....


Listen to the full album at http://bit.ly/12Okmvb

"Come Out And Play" by The Offspring from the album 'Smash'
Get 'Smash' on iTunes: http://bit.ly/1dXZHdk



  • Share:

You Might Also Like

2 comments