Kesan Jangka Masa Panjang Bagi Bekas Pesakit Covid-19 ~ Pengalaman Aku

By kin - December 01, 2022

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

 

 

 

covid19, long terms effects
sumber : Garcia Lab - University of Arizona

Bagi mereka yang pernah dijangkiti penyakit yang menggemparkan seluruh dunia pada awal  tahun 2020 iaitu Covid-19, mungkin berasa serik dan merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan lebih - lebih lagi kalau pernah berada berada di tahap 3, 4 dan 5. 

 

Pengalaman kena Covid-19 setelah vaksin dan booster

 

Ok, satu kesilapan terbesar aku ialah aku terus melakukan aktiviti berat seperti hiking. Hiking tak salah, tapi memang kebetulan masa dan nasib tidak menyebelahi aku. Di saat aku begitu teruja nak tawan Akinabalu, aku diserang covid-19 tapi kesan selepas kena covid memang memudaratkan aku sehingga kini. (baca : ketika blog ini ditulis)

Paling ketara ialah pernafasan aku menjadi sangat berat secara tiba-tiba dan seiring itu juga mula la bibirku menjadi biru dan bacaan oksigen aku drop kepada 92, sama seperti semasa serangan covid19 sebelum ini. Tapi kali ni aku takdelah nak ke hospital, bernafas perlahan - lahan (masa serangan aku kena di Panalaban dan di Semporna). Tapi kadang-kadang tengah baring-baring, rileks-rileks pun boleh kena secara tiba- tiba. Rasa weird sungguh padahal aku rasa aku sihat aje.

Selain mengalami masalah pernafasan, aku juga mengalami masalah otot. Ni paling ketara semasa aku mendaki Gunung Kinabalu.  Nak menangis dan down jugalah amik masa nak pulih mental sebab frust menonggeng tak dapat tawan Kinabalu. Padahal, awal- awal lagi dah set minda kalau tak larat, sampai Panalaban pun dah ok. Tapi itulah, degil. Terbawa-bawa perasaan down sampai berbulan-bulan. Opps... Adakah ini salah satu tanda post covid juga? Mungkin. Sebab biasanya aku jenis chill-chill dan bukan jenis cepat patah semangat, tapi entahlah...Selepas kena covid ni, terasa menjadi a new me yang tak seberapa nak best. Lemau semacam ok!

Selain daripada itu dan hingga ke saat ini, aku masih sakit lengan di dari bahu hingga ke jari. Sakit tangan lemah. Even nak angkat tangan ke atas secara lurus pun tak lepas. Sobss..Apatah lagi kalau tetiba gatal kat belakang badan nak garu dah tak boleh. Lepas tu kalau nak buka baju pun kadang - kadang tak lepas. Sebab tangan kiri lemah dan sakit. Sedihnya..Sebab pada asalnya aku memang pi mengurut sebab ingat salah urat ke semasa tidur tapi bila tengok betul-betul ada bengkak sedikit. Sudahlah lengan makin membesar bagai johan, tiba- tiba nampak lengan sebelah besar sebelah...Apakah ini? Pernah la secara tiba - tiba juga tangan kiri aku kerap krem, lenguh dan paling teruk bila kena macam renjatan elektrik. Sakit tu ya Allah, tak tahu nak cakap macam mana. Tiba-tiba terasa tangan macam kena sentak dan ada macam aliran eletrik. Sakit tau! Mula - mula kena macam sekali sehari sahaja tapi makin lama makin kerap. Pernah juga terkena banyak kali dalam selang masa setengah jam. Rasa macam nak menangis pun ada. Bila jumpa doktor, dia cuma bagi aku vitamin b. Ehmm, memang sangat membantu la. Doktor tak sarankan aku untuk mengurut sebab menurutnya ini adalah masalah saraf. Sehingga kini, aku masih belum berjumpa doktor lagi tentang kelemahan tangan kiri aku ni. Tataulah kalau-kalau sesiapa yang pernah kena covid ni sakit tangan macam aku juga?


Kemuncak post covid aku kena ni ialah aku batuk! Yea, semasa aku terkena covid dulu, aku langsung tak batuk atau gatal tekak (syukurla aku sangat pada masa ini). Aku kena batuk selepas aku balik dari Batam. Memula aku sakit tekak, pada fikiran aku mungkin aku kurang minum  air kosong sementelah pula cuaca pun panas kering pada masa itu. Batuk yang aku kena ni memang macam batuk kering sebab takde kahak tapi gatal dia tu, ya ampun, macam nak keluarkan sahaja tekak ni dan pi cuci bersih - bersih. Hari ke-2 aku batuk, aku dah check takut-takut terkena covid buat kali kedua ke tapi negatif dan aku diberikan ubat batuk oleh doktor. Pada waktu malam, memang aku akan batuk kaw-kaw tak ingat dunia sampai muntah kahak. Pada hari ke-3 tu, aku muntah kahak tapi perasan la juga, "eh dah kenapa kahak aku warna merah pink ni?" Aku ignoredkan sahaja sebab aku rasa tekak aku ni dah luka kut sebab aku batuk waktu siang bunyi kong ! kong! Bak kata abam Sajat. Hihi.


Tapi malam hari ke-4 tu, malam tu aku batuk agak teruk juga sampai kali ni kahak aku berdarah dengan banyak sekali. Terus esok pagi tu, aku ajak En. Syawal temankan aku ke hospital sebab aku rasa macam lain macam pula kahak warna merah pink ni. Kalau setakat hijau, kuning ke putih oklah lagi. Tetiba eh macam warna lampu traffic light pula. Merah, hijau dan kuning.


Selepas xray, nampaklah tompok - tompok putih di paru -paru aku di  sebelah kiri dan kanan tapi di bahagian bawah. Doktor nak bandingkan xray semasa aku kena jangkitan covid dulu, takdelah pula aku dapat untuk simpanan. Jadinya, nak buat perbandingan pun tak dapatlah. Aku tak tahulah putih-putih tu apa sebenarnya. Adakah parut ataupun kahak? Awal - awal lagi doktor dah bagitahu yang ini bukan penyakit batuk kering (TB) sebab kalau batuk kering biasanya tompokan putih berada di atas dan bukan di bawah. Tetapi doktor tetap menyarankan aku untuk ke Klinik Kesihatan (Kk) yang berdekatan untuk membuat pemeriksaan TB.


Dan syukur, ujian kahak aku normal dan bukan disebabkan oleh penyakit TB. Kemudian doktor di Klinik Kesihatan menyuruh aku untuk membuat pemeriksaan dengan lebih lanjut di  Institut Perubatan Respiratori (IPR) di Kuala Lumpur. Masa tu juga aku bergegas ke IPR untuk membuat appoinment. Aku ingat aku hanya datang untuk ambil tarikh appoinment, rupanya aku terus kena membuat pemeriksaan lanjutan di situ. Kebetulan aku datang pada hari Jumaat, berdoa jugala supaya masa menunggu aku tak dragged sampai ke petang. Pishang juga nak menunggu sebab waktu rehat kerajaan pada hari Jumaat agak panjang sedikit. Memang rezeki aku, semuanya siap ngam-ngam sebelum jam 12 tengah hari even aku datang ke IPR jam 10 pagi (selepas berjumpa doktor di KK). Kudos to IPR juga la, sempat aku memberi sampel kahak dan dan membuat xray. Masa doktor review xray aku buat kali ke-2, tiada perubahan yang kelihatan.



Oleh  itu, doktor bagi aku lagi another dua (2) bulan untuk check up lagi. Review sekali lagi dengan xray buat kali ke-3. Aku dengan harapan bahawasanya mudah-mudahan xray aku kali ni menampakkan hasil yang positif la. Aku berharap pada masa tu ujian kahak aku pun menunjukkan hasil yang positif juga even dah buat ujian kahak di KK memang menunjukkan aku takde penyakit TB.

 

Untuk kali ke-2 aku berkunjung ke IPR, doktor mengesahkan ujian kahak aku bukan TB (tapi masih kena juga ambil sampel buat kali ke-3) dan melakukan ujian xray buat kali ke-3 juga. So, bila dah setel semua tu, aku dipanggil untuk berbincang dengan doktor dan melihat kalau-kalau ada perubahan di xray aku. Tapi hampa, masih dalam keadaan yang sama dan aku bajet berkemungkinan besar aku memang dah ada parut kekal. Sob sobs sobs.  


Jadinya, doktor setkan lagi next appointment untuk tempoh dua (2) akan datang iaitu pada bulan Disember. Kali ni doktor kata nak buat pemeriksaan pernafasan. Sebab doktor kata aku mungkin ada asma (sebab adik² aku ada asma tapi bila dah besar panjang, hilang terus asma), juga aku agar sukar bernafas ketika dalam cuaca yang agak sejuk, dan kalau nak tidur, aku lebih suka pakai bantal tinggi.

Apa² pun, aku tunggu sahajalah keputusannya macam mana. Tapi instinct aku mengatakan aku takde apa² penyakit dan boleh discharge. Harap² parut di paru² aku nanti sembahlah. Mudah-mudahan dengan izinnya. Doakan aku yea! 


 xo

  • Share:

You Might Also Like

0 comments