Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Hye korang!
Keesokkan harinya, plan kitaorang adalah islands hopping di sekitar Pulau Banggi ni, and nearly to sempadan Filipina. Seawal jam 8.00 pagi kitaorang dah nak sarapan tapi Bae terjah kedai runcit di kampung tu dengan anak-anak en Yatim. Aku mampu melihat sahajalah. Tenang sungguh perkampungan ni. Mengikut pengamatan aku, sumber asas di sini sangat² terhad seperti bekalan eletrik, air mahupun sumber internet. Mujurlah pihak Petronas membuat CSR dengan memberikan bantuan pada setiap keluarga dengan menyumbangkan keperluan solar di sini. Keluarga en Yatim mengambil air di telaga sahaja. Jadinya, kenalah angkut air untuk keperluan di bilik air dan dapur.
Pagi yang gelap
Kitaorang bersarapan dengan penuh selera sementara sebenarnya dalam hati macam bercampur baur juga sebab hujan turun tak henti-henti. At the same time, boat untuk kitaorang plan nak islands hopping masih tiada (baca : boat kepunyaan en Yatim telah tiada, jadi kitaorang kena mencari boat yang lain untuk disewa). Masa ni dah redha, kalau hujan pun tak berhenti dan boat tiada, apa boleh buat kan? Tup-tup en. Yatim balik membawa beberapa ekor yang segar. Wah, siuk betul ni. Dalam hati, ni kompem lauk tengah hari ni. Ikan² yang besar dan segar tu hanyalah rm10 sahaja. Betul-betul murah kan?
Hampir jam 10.00 am, akhirnya ada perkabaran gembira. Hujan pun sudah berhenti dan juga boat untuk membawa kitaorang pun sudah ada. Kitaorang hanya dapat singgah dua (2) pulau sahaja lantaran masa pun agak terhad. Cantik dan bersih laut di sini sebab bukan selalu orang datang ke sini kan?
Seusai dari islands hopping, kitaorang mandi direct terus di telaga di depan rumah mereka. Bersiap apa patut dan makan tengah hari terus sebelum memulakan perjalanan pulang kitaorang.
Ayuh pulang!
Sepanjang perjalanan kitaorang masih enjoy walaupun panas yakmat. Semasa sampai di Bitara (baca: ala yang ada jambatan gantung tempat Bae takut gila tu), aku dan Bae kononnya nak open tandas la. Seriusla masa tu memang dah cannot tahan plus carila port tersembunyi sedikit. Seusai semua tu, ehmmmm...Deng! Baru teringat pasal buaya and guess what?? Ada buaya mehh tengah berjemur. Seram sejuk bila ingatkan sebab masa toilet tu dok fikir takut² orang skodeng, serius tak teringat pasal buaya! Mujurlah buaya tu bersidai di seberang sana, di hujung jambatan sana. Tapi, besar weh...
Sambil meniti jambatan, kitaorang memang intai² kat bawah..Fuyohh, ni kalau sekali libas mau aku terpelanting terus sampai Kudat nda payah naik feri suda...Hahahaha. Sambil² tu, si Paan tanya aku gini;
"Kak, buaya ni kalau kat darat laju tak?"
Aku jawab, laju la sebab dia kalau bergerak laju juga la. Badan besar pun kaki dia padu. Masa ni otak aku tengah proses juga, kenapa dia tanya aku gitu..Nah!! Turun² aje dari jambatan tu, berlari terus mamat ni. Takut kena kejar dek buaya. Hampeh... Dah dia pun lari, aku pun lari la juga. Kang tak memasal aku pun kena kejar. Hahahahhaa. Bae tu ko jangan tanya la, awal² dah mengekor belakang coach, dah ke depan dah dia. Hahaha...
Perjalanan kitaorang diteruskan sampailah kitaorang di tempat yang agak kritikal yang mana memang coach awareness pasal air pasang surut ni. Air kat muara ni macam dah nak naik sedikit and makin keruh. Masa mai kemarin, air cetek sampai buku lali je ni. Tapi kali ni, aiyoo. Nak tak nak, memang kena redah sebab kalau dah air pasang, nak tunggu sampai malam tu memang tak lah kan. Masing² pegang kayu dan kitaorang berjalan melimpas muara ni secara sejajar. Fungsi kayu tu sebenarnya selain nak elakkan terjatuh/tersadung dalam selut, leh la juga membantai buaya. Arghh masa ni aku tawakal ajelah, dengan harapan buaya takde. Pasal Bae, ko jangan tanyalah...Hahahaha. Alhamdulillah semua selamat, itu salah satu kelegaan yakmat tau! Kitaorang meneruskan lagi perjalanan di sepanjang jalan balak (baca: panas gila) sebelum singgah sekali lagi di rumah pakcik Ruben untuk kitaorang mengambil barang sebelum meneruskan lagi perjalanan ke Telok Agong. Kali ni perjalanan kitaorang menyelusuri tepi pantai ditemani sendiri oleh Pakcik Ruben. Keadaan dah nak sunset tapi langkah perlu dipercepatkan. Kitaorang target untuk bermalam di rumah Pakcik Ruben di Telok Agong dan sampai sebelum gelap. Sesampai je, buatlah apa patut. Mandi di telaga lagi dan kitaorang pi jergah kedai sebelah, nak beli apa patut. Habis makan malam, apalagi...Tarik sleeping bag dan zzzzzzzz.
Pulang marilah pulang
Seawal jam 4.00 am kitaorang sudah bersiap dan menunggu kenderaan untuk bawa kitaorang ke jeti. Punyalah mengantuk dan sejuk, kelibat lori ni tak muncul² pun. Akhirnya almost 45 minit menunggu, sampai juga. Aku dan Faan duduk di bahagian belakang lori la. Adoii, dengan jalan macam lubang, nak tidur pun tersengguk² macam apa ntah. Lebih kurang jam 7.00 am, kitaorang sampai juga di Kerakit. Nak beli tiket pun, kaunter pun belum buka. Apalagi, kita sarapan duluan la. Masa ni la amik kesempatan sarapan di warung Kak Ana (baca: dah berjanji kan kitaorang?) dan selepas membeli tiket, kitaorang pun bertolak pulang ke Kudat pada jam 9.00am. Dalam feri, masing² membuta juga la sementelah hampir dua (2) jam juga perjalanan itu.
Finally, kitaorang berpisah di terminal feri dengan Faan. Selamat pulang ya, drive elok² jangan terbabas tidur plak. Hihi. Manakala kitaorang plak balik dengan coach sampai ke Papar sebab plan kitaorang plak nak ronda di selatan Sabah pula for our next adventures pula.
Terima kasih coach memberikan pengalaman yang sangat berharga dan memori bersama-sama Bae dan Faan memang tak dapat dilupakan. Walaupun sedikit sebanyak pun, tapi kisah kelakar tu tetap ada untuk dikenang. Hahahhaa..
Xo,








0 comments