Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu - Cinta ku bawa naik, rindu ku bawa turun

By kin - June 08, 2024

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, serta bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.


Hye korang,

Kalau masih ingat, aku pernah posted pasal pendakian aku naik Gunung Kinabalu tapi tak berjaya sampai puncak kan? Korang boleh baca kat sini sini . Tapi kan, kali ni aku nak shared pula 'kejayaan' aku sampai peak tu macam mana pula.

Ikutkan plan, aku takde terlintas langsung nak naik lagi Gunung Kinabalu (baca: masih trauma?) cuma plan ngan Hazwani nak naik pada Januari 2024 sempena birthday aku. Konon-konon ada pemangkin la untuk aku naik kali ni. Tapi entah macam mana, aku boleh pula naik pada November 2023. Huhuhu...

Pendakian ke Gunung Kinabalu



Kisahnya...

Masa aku scrolled² Facebook aku, aku ternampakla satu posting tentang kejayaan couple berusia ni berjaya tawan Gunung Sinsing dan Gunung Kaingaran. Masa tu aku dalam hati kata, wahhhh....why not me try kan? So, aku pun terus pm dan nak booking slot. Masa tu bulan September tau, aku punya excited terus tengok tiket flight (baca: beli terus tiket flight) lepas done booked slot untuk naik s2k ni. Akhir October tu, aku nak buatlah pembayaran penuh untuk slot s2k tapi malangnya, slot yang aku pilih tu takde sambutan (baca: aku sorang jak) dan mostly pilih date bulan December. Berhuhu la aku sebab aku dah beli tiket flight maaa. Ok, serabut nak susun itinerary aku sebab dekat dua (2) minggu aku kat Sabah. Haha.

So, aku buat plan sampai tiga (3), plan A, plan B dan plan C. Alang-alang dua (2) minggu kan. Sebenarnya ada dua (2) plan je iaitu A dan B. Semuanya sekitar di Kota Belud, sebab kali ni macam nak explorer betul-betul la. Tempat jauh - jauh walaupun dalam peta, ala dekatnya...Sebelah-sebelah jak. Tapi sebelah pun, hutan tebal, kau nak lalu macam mana, kena pusing jauh la. Contoh sebab aku plan nak ke Aura Montoria dengan Nulu Koimayaan tapi kena pusing jauh pusingan u untuk ke Aura Montoria tu. Contoh..... Sambil nak booked itu ini, aku bebel la pasal itinerary aku ni pada Hazwani, sebab dah la pergi sorang - sorang, lagi berbaki tiga (3) minggu dari the day ni, mau aku tak rasa macam serabut. Tup-tup, dapat idea gila dari Hazwani...

"Kak, alang-alang tu baik akak naik je Gunung Kinabalu..." ujar Hazwani kat aku melalui aplikasi Whatsapp. Masa tu, aku pun terdetik; iya tak iya juga tapi aku kan dah janji dengan dia nak naik sama-sama. Tapi masa tu dia cakap, takpe kak. Masalahnya, kalau aku naik juga, memang dah dua (2) kali aku lipak Hazwani pasal plan nak naik Gunung Kinabalu sama-sama ni. Dan-dan masa tu juga aku terus wasap Mr. M nak tanya kut-kut la ada slot naik Akinabalu ni untuk last minuted macam aku ni. Kerja gila kan? Lepas aku bagi details flight dan preferred date mendaki, selepas tu aku berlapang dada ajelah. Sebab, 50-50 jak ni sebab last minute sangat dan aku tak mahulah berharap sangat. (baca: preparation pun takde tapi ada hati kan)

Ikut plan asal, plan B aku adalah nak ke Aura Montoria dengan Aki-aki Trail; aku sebenarnya sampai sekarang kepingin nak try Aki-aki Trail ni. Hahahaha.. Dua tiga hari selepas tu, aku pun dapat good news mengatakan aku dapat booked the slot and of course kena bayar lebih sedikit. Tak apelah, aku bayar jak. Janji aku dapat daki Akinabalu. (baca: hahaha kerja gila apakah ini). So, aku revised balik itinerary aku iaitu plan C; aku buat balik iaitu mendaki Akinabalu dan Nulu Koimayaan. Ikutkan plan nak ke Aki-aki Trail selepas turun dari Akinabalu, tapi selepas buat pengiraan kos macam lagi mahal berbanding kalau aku pi Nulu Koimayaan. Maklumlah, pi solo kan..Memang kos agak tinggi sedikit.


Bermulalah...

Disebabkan aku ada baki kurang dari tiga (3) minggu lagi nak mendaki Akinabalu, aku mula plan nak naik tangga kat MRT kat kawasan rumah aku lepas balik kerja. Tapi aku tak terbuat sebab rasa penat, padahal malas. Eh tidak, sebab kat Kuala Lumpur setiap petang asyik hujan lebat ribut petir jak. Tu yang bikin aku jadi malas. Hahahaha...Dalam hati, risau tetap risau, yelah..Banyak kut perbelanjaan aku laburkan ni. Huhuhu.

Kisah Pendakian ke Gunung Kinabalu



Akhirnya, di pagi Ahad yang cerah (baca: finally langit cerah membiru) aku decided nak training naik turun tangga di tangga kejayaan di Putrajaya. Nak kata datang seawal pagi tu idoklah, dalam jam pukul 8 lebih juga aku start sampailah lebih kurang jam 10 pagi aku berhenti. Hahaha. Masa naik turun ni, barulah aku tau, bukan aku sorang jak yang training sini untuk ke Akinabalu. Tapi rata-ratanya buat muka terkejut bila aku cakap, aku nak naik Akinabalu Rabu ni (baca: lagi tiga (3) hari wehhhh). Sudahla depa semua rata-ratanya masih berbaki bulan, aku? Arghh, kau memang gila Kin. Masalahnya, dua (2) hari weh aku sakit kaki asbab aku training mengejut naik turun tangga. Masa ni aku dah wasap Hazwani; macam mana ni...Kaki sakit sebab terkejut kut, esok dah naik naik....huhuhu. Last-last, aku berhuhu ajelah dan selebihnya, aku bertawakal ajelah.


Suai kenal

Rezeki aku, bila Mr. M kata dia dapat groupkan aku dalam kiraan empat (4) orang. So dapatlah aku berjimat untuk bayar duit guide nanti. Tapi disebabkan satu (1) couple ni nak pakej 3hari 2 malam ja, aku terpaksa akur la. Aku sebenarnya prefer 4hari 3malam. Mujurlah ada seorang lagi yang last minute juga macam aku nak naik Akinbalu ni tapi dia dari Indonesia. Jadinya, sesampai jak aku kat airport, aku pun menunggu la Sham nak mengambil aku. So, masa ni lah aku akan berjumpa lagi tiga (3) pendaki yang akan sama-sama menawan Akinbalu ni. Masa menunggu ni aku dah perasan pasangan ni ke hulu hilir depan aku, dalam hati aku..Depa berdua ke nanti yang akan joined sesama aku? Tapi tengok gaya, bukan macam pendaki...Sempoi sangat ni pakai selipar Jepun ja ni. Hahaha. Bila Sham bagitau dia dah sampai, nah..Betullah depa berdua ni. Hahaha. So, berkenalanlah aku bersama lagi tiga (3) orang ini. Sepanjang perjalanan di dalam van, kerja aku ialah berbual sakan dengan si Azim. Dah nak sampai Kundasang, barulah Liza bagitau aku yang si Azim ni pendiam orangnya. Aikkkkk, borak sakan macam bukan pendiam ja... Hahahaha. Dengan Hanif, kebetulan aku memang dah berbalas wasap sebelum ni so memang aku dah kenal dia dulu cuma tak berjumpa la kan.


Kebetulan pula, kitaorang baru tahu Hanif ni seorang photographer, memang kitaorang jadi model la sepanjang perjalanan sebelum sampai ke homestay kitaorang. Bak kata Sham, sebelum ni dia jak yang jadi tukang ambil gambar, tapi kali ni dia pula kena bergambar. Hahahha.

Kisah Pendakian ke Gunung Kinabalu



Memang rasa ngam gila dengan small group kali ni. Malam tu memang terisi dengan sesi suai kenal (baca: padahal dalam van dah borak sakan, hahaha) dan masing-masing memang tampak teruja la. Mudah-mudahan cuaca pun hendaknya cerah dan tidaklah hujan sebab dah hujung tahun kan.



The Day...

Kisah Pendakian ke Gunung Kinabalu


Keesokan harinya, masing-masing memang nampak teruja dan aku macam cuak juga la. Hahaha. Adakah aku berjaya atau tidak, getus aku dalam hati. Siap sarapan dan timbang beg, kitaorang pun bergerak menuju ke Kinabalu Park. Kitaorang disambut dengan guide kami kali ini iaitu Jeo. Yang kelakarnya, aku bawa beg seberat 6kg dan bagi pada porter dalam 4.5kg. Weng betul la kan? Hahahhaha...Tapi aku rasa ok ja kut aku bawa ni naik pelan-pelan.


Pendakian bermula dalam lebih kurang jam 9.00 pagi. Masa ni memang bersemangat dan aku harap sangat-sangat yang aku tak krem kaki seperti sebelumnya. Alhamdulillah, langit memang blue sky, dan masa kitaorang bergambar di pelantar pun, memang takde awan langsung di Akinbalu. Masya Allah, cantik sungguh la haiii. Masa perjalanan di laluan berkayu ni aku sempatla meminta Hanif ambilkan video aku sebelum aku last jumpa dia di Panalaban. Huhuhu. Azim pula, awal-awal dia dah pecut dulu.


Sepanjang pendakian aku menuju ke Panalaban, aku memang naik pelan-pelan (baca: pace Mak Leha kan). Tak perlu sangat nak ikut pace orang. Sambil-sambil tu, aku enjoyed dengan apa yang ada. Ambil gambar dan video sebanyak yang boleh. (baca: last aku naik dulu hujan lebat gila so memang takde gambar dan video sangat). Yang kelakar, aku gigih naik, letak phone tekan rekod dan turun balik. Kemudian naik balik, sebab nak rekod punya pasal. Hahaha. Kadang-kadang bertembung dengan guide dan porter lain, mana yang sempat aku minta tolong, aku khabarkan aja.



Panalaban




Sedar tak sedar, lebih kurang empat (4) jam, aku dah sampai di Panalaban. Fuh, gila aku tak sangka. Memang sepanjang perjalanan masa aku naik tu, kerap kali bertembung dengan pendaki yang turun mengatakan, eh lajunya awak.. Padahal, kalau depa tau sebelum ni aku naik macam siput vavi tu....Hahahaha...Tapi itu semua pengalaman. Yang penting aku selamat sampai dengan gembira. Yang kelakarnya, aku dapat bilik nun di atas. Naik tangga lagi. Huhuhu. Masa ni aku macam terasa lapar la pula tapi makanan aku ada pada porter, so aku decided nak jejalan ambil gambar di kawasan sekitar dengan Azim. Azim ni kalau nak tahu, dia awal sejam daripada aku. Gila kentang. Aku panggil dia jantung alien. Lepas jumpa porter dan aku dah makan lunch aku dalam jam 3 petang tu, aku ajak Azim pi bawah skit kat area pokok-pokok bunga di rumah hijau tu. Masa tengah turun, boleh pula bertembung dengan Joe dan Liza. Dia bilang, jangan turun dan jangan lama-lama di sini. So, kitaorang terpaksa akur la sebab kenalah hormat kan. Dia guide sebab dia mesti tahu dan bukan nak bilang sebarangan. Yela, nak kill the time sementara nak tunggu makan malam kan.

Kisah Pendakian ke Gunung Kinabalu




Macam biasa, aku mesti mandi dengan air sejuk kat sini barulah takdelah rasa sejuk sangat. (baca: sejuk tapi kurang sejuk kut). Makan malam dengan penuh selera sebab dah ada balik menu kambeng; nyumssss. Balik bilik, kita tido awal.



Semangat!


Masa ni kitaorang berempat berdebat, nak supper jam berapa. Azim kata jam 1.30 am dan aku pula kata jam 1.00 am. Yela sebab nak set otak nak bangun jam berapa sebenarnya. Huhuhu. Sudahnya, kitaorang yang bangun awal dan orang lain rileks-rileks tengah tidur. Aduyai, lawak la plak. (baca: maafkan kitaorang tau terbising di awal pagi). Selepas supper dan taklimat oleh Jeo, kitaorang pun memulakan pendakian menuju ke peak pada jam 2.30 am. Masa ni, aku dan Azim dah kena 'sound' dengan Jeo supaya jangan laju-laju. Aku mampu sengih jak sebab mana nak sangka aku tersampai awal di Panalaban.

Kisah Pendakian ke Gunung Kinabalu


Bagi aku, sepanjang aku menaiki tangga menuju ke puncak ni, boleh tahan la juga tapi aku naik je pelan-pelan dan mujur aku makan sedikit jak masa supper (baca: aku takut aku muntah..haha). Ada sampai satu part ni, tetiba aku kene naik pakai tali, tapi the best part is, masa aku tengah pegang tali nak naik, masa inilah la pula angin kuat menderu-deru. Aduh, gigil tangan aku nak bertahan.


Dan tiba-tiba jak aku dah sampai kat sayat-sayat. Aku masa tu, eh dan sampai ke? Tengok jam lebih kurang jam 4.00 am la juga aku sampai di sini. Sebenarnya aku target jam 5.00 am. Hihihi. Sepanjang pendakian kali ni, memang angin kuat gila. Sambil-sambil naik tu, borak-borak la juga dengan pendaki yang lain; kebanyakan yang aku jumpa dari  team Putrajaya.



Sunrise or sunset pun takleh nak beza ke

Kisah Pendakian ke Gunung Kinabalu


Ok, aku nak shared satu (1) cerita lawak la. Aku rasa macam sengal pun iya juga. Selepas melepasi sayat-sayat tu, aku nak cari la port untuk aku solat Subuh. Lama weh aku simpan wuduk ni. Hahaha. Aku pun dengan confident solat la subuh. Habis jak bagi salam, ada seorang guide ni tegur aku. Dia bilang, bukankah muslim kalau solat mengadap matahari terbenam kan? Aku pun cakaplah, ya betul. Pastu dia tanya kat aku, tapi sis kenapa sis mengadap matahari terbit? Aku dengan yakin bagitau dia, sis tengah mengadap matahari terbenam la ni. Pastu, aku long paused. Hahahahahaha weng la weh. Tu nak sunrise la weh, bukan nak sunset. Itupun aku dah takleh nak beza. Weng betul. So, aku solat la balik. (baca: dalam hati kata, patut la tadi aku nak rukuk dan sujud senang bangat rupanya salah kiblat).


So, selepas tu aku pun naik la pelan-pelan. Sebab aku nak bergambar, aku nampakla sorang ni tengah berteduh di sebalik batu besar (baca: masa ni angin tengah kuat gila). Boleh pula aku minta dia tolong ambilkan gambar aku. Yang tak menahan tu, banyak kali aku minta dia ambilkan sebab tangan dia mengigil kesejukan dan asyik-asyik ternampak jari dia bah. Mujur dia sabar melayan aku dan selepas itu, aku baru perasan dialah guide yang menegur aku salah kiblat. Hahahaha, ketemu kita lagi dan terima kasih sebab menegur aku tau.



Puncak


Kisah Pendakian ke Gunung Kinabalu





Kisah Pendakian ke Gunung Kinabalu




Alhamdulillah, aku sampai juga di puncak walaupun ada juga drama aku tengok masa di km 8.5 yang mana sorang akak ni takmo naik sampai atas. Dia bilang, sampai di sini sajalah as long as dia dapat sijil berwarna dan jangan bilang sama dia punya guide. Hahahaha, cute aje akak ni. Agak lama juga aku lepak kat atas sebab tak ramai orang dan sambil-sambil tu aku menikmati pemandangan yang memukau. Bukan selalu kan nak dapat view ni. Masa on the way aku nak turun (baca: setelah dekat sejam aku lepak atas ni), aku bertembung dengan Jeo dan Liza. Masa ni Jeo pesan kat aku untuk aku turun bersama-sama mereka. Jadinya, aku melepak di km 8.5 la. Sambil- sambil tu, kita ambil gambar kat tempat viral ni. Tapi tak seberapa nak menjadi sebab angin kuat, jadinya permukaan air tu tak statik.


Pendakian ke Gunung Kinabalu

Menuruni

Semasa turun, penampakan awan sudah menyelubungi pemandangan. Walaupun agak sejuk bila angin melimpas, namun panahan panas terik tetap terasa. Sesampai di pondok Sayat-sayat, aku pun ambil kesempatan menggunakan tandas view yang termahal bah. Hihi..

Alhamdulillah, kaki masih memberikan kerjasama sehinggalah aku sampai kembali di bilik. Sebelum tu, limpas juga di pondok pos tapi aku tak bawa duit plak. Ok, next time aaaa aku pos poskad untuk diri sendiri. Hihi.


Pendakian ke Gunung Kinabalu

Sempatla juga bersarapan dengan penuh selera. Masa ni barulah aku boleh makan sepuasnya. Kemas apa patut dan bergambar pun apa patut, dalam jam 11.00am baru aku bergerak turun. Antara orang paling last la nak check out dari Panalaban ni. (baca: masa ni rasanya si Azim dah sampai kat Timpohon, budak jantung alien ni..iskkk)



Ditemani

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan turun kali ni, kaki sangat-sangat memberikan kerjasama padu. Tanpa berjalan sebagai ketam malahan boleh berlari-lari anak. (baca: poyo kan si Kin ni..erkkk). Semasa turun, aku memang tak pakai kasut sebab kasut aku tu saiz ngam- ngam; kuku kaki dah la nak tercabut. Jadinya, pakai sandal hiking sangatlah membantu aku.


Ok, nak cerita..Semasa limpas jak di kawasan pokok-pokok bonzai dan aku pun dah start memotong pendaki- pendaki yang lain, aku kembali berjalan sebagai solo kembali. Semasa ni aku dah start perasan macam ada orang ikut di belakang aku. Awal- awal tu aku bajet pendaki yang lain or porter tapi bila aku menoleh ke belakang aku, kosong...Tiada siapa- siapa. Aku berjalan lagi dan dengar derapan kakinya mengikuti langkah aku. Masa ni aku cakap dalam hati, apa-apa ajelah. Tapi instinct aku mengatakan si 'dia' ni lelaki 30an. Oklah fine, dia sekadar nak temankan aku jak ni sebab aku tak terasa takut malahan macam rasa 'selamat' . Aku pun buka lagu-lagu sambil karoks pelan-pelan sesedap halwa telinga aku mendengarnya. Hihi.


Semasa aku tiba di km 1, si 'dia' bagitahu aku yang dia hanya akan temankan aku sampai di sini sahaja. (baca: dia cakap dalam bahasa Dusun dan Sabahan, aku agak-agak ajela sebab aku bukannya paham sangat bahasa Dusun..Mana yang aku leh tangkap tu sikit-sikit, bolehla). Dan dia bilang, kalau mo ikut dia pun boleh. Huhu..Mestilah tidak sebab sebelah kiri aku tu gaung ma. Aku cuma cakap terima kasih dan mohon turun dulu. Terima kasih yea awak tolong temankan saya.


Pendakian ke Gunung Kinabalu



Oh yea, sejak di km 3.5, hujan dah start turun renyai-renyai. Aku ni dulu pernah fobia dengan hujan di trek ni (baca: masa first pendakian aku di Akinabalu). Bukan kaleng-kaleng aku fobia, enam (6) bulan ma aku fobia. Gila tak gila la aku. Tapi kali ni aku nya mental lebih bersedia dan aku chill-chill jak. Nak pakai baju hujan pun malas, aku sarung windbreaker ajelah. Semasa aku menuruni, tak ramai pendaki yang aku bertembung, mungkin bak kata Jeo, bukan bulan November dan Disember kali ni bukan pilihan para pendaki untuk menaiki Gunung Kinabalu. Last aku jumpa pendaki jam 2.00 petang di km 3.5, ehmmm jam berapalah agaknya diaorang akan sampai di Panabalan dengan hujan makin lama makin lebat.



Selamat Tinggal Akinabalu; gonna missed you


Akhirnya pada jam 3.15pm aku tiba di pondok Timpohon. Oklah, melepasi cot. Hihi. Wah, memang aku tak sangka aku akan menamatkan pendakian aku kali ni dengan penuh keterujaan dan masih bertenaga dengan mood aku yang masih ceria. Tahniah Kin!!! Anda berjaya kali ni. Alhamdulillah.


Selepas tu, barulah ketibaan Hanif dan Jeo dan kitaorang pun terus menuju ke homestay untuk mengambil beg dan langsung ke Kota Kinabalu untuk pulang ke sarang. Azim dan Liza awal-awal lagi dah sampai ke bawah (baca: siap makan tengah hari lagi tu). Masa ni aku cakap kat Liza, tang turun hang laju ehhh? Hihi.


Sampai di Kota Kinabalu dah gelap dan memang keadaan trafik pun agak jem. Diaorang semua pulang ke hotel di Kota Kinabalu manakala aku pula meminta untuk hantar ke KKIA. Hahaha, senang nak naik grab untuk tujuan aku seterusnya ke Kota Belud (baca: misi recovery hiking di Nulu Koimayaan). Masa aku mendobi pakaian aku, baru aku perasan yang kasut hiking aku tertinggal di van, sebab aku masa turun pakai sandal hiking jak dan bagi seplastik kasut hiking pada Jeo. Masa aku ambil beg di van, memang aku ambil beg aku ajelah, tak teringat langsung beg plastik yang ada kasut aku tu. Mujur Sham ada nombor contact Sham (baca: nama driver van pun sama maaa..hahaha). Jadinya, esok pagi aku akan ke Nulu Koimayaan dengan sandal aku ajalah, sebab aku plan nak ambil kasut aku pada hari Ahad nanti.Huhuhu.



Cinta ku bawa naik, rindu ku bawa turun






Secara keseluruhannya, alhamdulillah aku sangat-sangat bersyukur pendakian aku kali ni berjaya dengan selamat mental dan fizikal. Kalau aku fikir-fikir balik, sebenarnya trek Gunung Kinabalu ni takdelah sesusah mana cuma mental kau kena kuat, enjoy every moments, cukup rehat sebelum pendakian dan selebihnya tawakal ajalah. Kali ni aku takdelah nak letak high expectation tapi memang kali ni aku bersemangat; konon-kononnya ehmmm nak melepaskan sesuatu di minda aku (baca:reset again) tapi inda berjaya. Huhuhu. Tapi diberikan peluang lagi untuk menaiki Gunung Kinabalu, walaupun seberapa banyak kali pun, aku tetap akan berkata; ya!!! Sebab, aku jak yang tahu kenangan mana yang perlu aku hapuskan dan aku simpan. Ehmmm.....Sepertinya; cinta ku bawa naik, rindu ku bawa turun.

Apa-apa pun, kena ingat kata-kata ini...

Pergilah ke mana pun yang ingin kau daki asal kau ingat bukan gunung yang memberikan ketenangan, tetapi hanya solatlah yang boleh membuatkanmu tenang...


Aku di puncak Gunung Kinabalu


Terima kasih kepada Mr. M (baca : nak ambil pakej boleh rujuk di sini), Jeo dan kawan-kawan seangkatan, kawan-kawan sependakian iaitu; Hanif, Azim dan Liza; you guys rock!!! Dan tak lupa juga kepada Manager Sham dan Driver Sham. Terima kasih semua, tanpa korang tak bermakna dan takde kenangan yang hendak dikenangkan selama kita berkenalan. 



xo


  • Share:

You Might Also Like

0 comments